Lama saya tidak menulis panjang di sini, rindu tidak bertepi. Dua anak Ammar 7 bulan dan Arissa sudah 4 tahun lena. Lenalah anak. Laju masa deras meninggalkan kita, kadangkala tercungap dibuatnya. Sepanjang puasa saya mengambil tempoh bertenang dan fokus akan hal surirumah sahaja. Sementelah pula keadaan bonda mertua saban hari semakin bersisa.
Dia tidak lagi sepenuhnya memasak. Bulan puasa saya mengambil sepenuhnya tugas ini. Semoga Allah memberi usia yang diberkati dan ruang masa dan tenaga untuk saya berbakti.
Kadangkala apabila melihat penuhnya tugasan surirumah, terlintasa rasa penat dan mula bisikan halus. Lantass segera istigfar, bahawa inilah senarai tugasan harian yang Allah beri peluang kepada kita wanita buat sehabis baik.
Hakim: Ibu, abe dapat nombor 32
Ibu: hehe bakpo tak cukup kuota terus nombor 35
Hakim: hehe
Ibu: Abe walau berada dalam kelas paling bijak sekalipun, ia kedudukan tidak bijak nasib baik subjek quran masih kekal 100 markah berterusan, itu sahaja pengubat hati ibu
Saya akui tahun ini saya membuatkan Hakim terlepas pandang dalam sisi perhatian seorang ibu. Sejak hamil dan bertambah ahli baru. Ya mulai bulan ini Hakim perlu diletak pada perhatian paling atas.
Minggu lepas saya singgah di pusat baru, tahfiz aulad, akan mendaftar Hakim di sana, iaitu untuk sesi malam bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
Perjuangan yang satu ini insya-allah tekad mahu anak-anak hafaz quran. Hakim dan Arif sudah menunjukkan hafazan yang baik, hanya saya ibu yang kurang sempurna ini perlu menambahbaik pemantauan untuk anak-anak. Insya-Allah. Maafkan segala kekurangan ibu yang anak-anak. Ibu perlu kembali memasuki trek pematauan dan mahu singgah di sekolah untuk pantau semula persekolahan Hakim.
Sebetulnya ibu tidaklah menekankan sangat, asalkan mereka masih menerima dan belajar dalam keadaan seronok Pilihan utama adalah pendidikan agama untuk asas yang kukuh. Hakim terlebih gembira dan riang ria sehingga jatuh begitu mendadak. Ibu perlu segera berjumpa guru kelas, adakah betul kenyataan Hakim di atas.

3 comments:
Semoga Hakim menjadi anak yg soleh...aamiin
untung ayu dapat handle anak2 sendirian berhad depan mata. untung juga anak2 sebab seawal usia kanak2 dh dihantar ke sekolah tahfiz.
harap2 ambe ada juga kelapangan sedemikian.
mam amir
terrima kasih atas doa
amir aiman akashah
alahamdulillah, masih diberi peluang ruang dan masa
insya-allah kamal juga mampu
Post a Comment