Monday, August 18, 2014

Fokus kepada keindahan, kesyukuran, ketenangan

Teks: Masayu Ahmad

Bangun pagi seperti biasa, saya marathon sekejap untuk Arif, Hakim, Aiman dan en.suami. Kemudian sambung golek bersama Ammar. Seronoknya anak menyusu, dengan dingin pagi yang nyaman memang ralit jika sambung tidur.

Iya, kadangkala saya layan juga mood bermasalan waktu pagi bersama anak. Usai memandikan Ammar kami sambung lagi.



Pagi sekarang sudah kembali suasana sejuk, sejak sebelum puasa yang lepas, saya memulakan projek 100 pokok serai. Bukan saya yang tanam en.suami yang usahakan. Juga saya mula mengalihkan pasu-pasu tidak terurus untuk memasukkan daun pandan. Laman sebelah penuh pokok pandan yang tumbuh subur menghijau.

Selalukan kita kalau membeli di pasar keperluan dapur kunyit, serai, daun pandan. Sepatutnya tidak perlu beli hanya tanam sahaja. Kita selalu membeli dan tidak mahu memuahkan kerja di dapur.

Saya memang tidak rajin berkebun, akan tetapi saya suka melihat pokok hijau dan tanaman herba. Mungkin juga kesibukan harian. Namun sekarang ambil juga masa sedikit untuk mengalihkan pasu-pasu bunga milik mertua. Nampaknya dia suka, kerana kudratnya tidak lagi membolehkan menguruskan rumah tangga. 

Laman belakang saya mahu penuhkan dengan tanaman herba, berdikit buat sambil membuang peluh waktu pagi. 

Lakaran keindahan

Jika jika penuhkan fikiran kita tentang keindahan maka fokusnya juga akan terbias perkara yang indah. Begitu juga fikiran dan diri kita. Kita berhak menikmati kehidupan yang ada, walau sangat jauh dari matlamat mahukan semua yang bagus-bagus sahaja dalam kehidupan.

Jika sekarang kita rasa tertekan, rasa banyak ujian dan cabaran. Mulakan dengan perkara yang kecil. Contohnya sudah sangat jemur dengan keadaan dalam rumah. Alihkan dengan menukar cat yang kita suka, sekiranya kita belum mampu memiliki rumah idaman.

Matlamat berada di rumah.
Juka bagi wanita, ibu dan isteri sudah tentu mahukan kediaman idaman, dapur idaman, juga laman menghijau. Memenuhi citarasa suri yang mengimpikan tidak perlu berkejaran keluar untuk bekerja. Mula usahakan ke arah. Lakukan secara sambila dan berperingkat. Insya-Allah kita boleh dan kita capai apa yang kita mahu.

Buat gambaran jelas dalam fikiran
Buat dengan jelas apa matlamat kewangan, kehidupan dan keluarga yang kita mahu. Lakukan dan berusahalah sehabis baik.

Salam kasih sayang















No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin