Friday, August 29, 2014

Perlu ke kita keluar rumah

Teks: Masayu Ahmad

Jika kita lihat perkembangan hari ramai yang berusaha untuk berniaga. Berniaga adalah salah satu cara untuk ketika berusaha dengan matlamat menjana pendapatan dengan kebergantungan kita kepada Allah.

Model bisnes untuk wanita

Juga kita melihat perkembangan sejak akhir ini, ramai yang teruja untuk hadir pelbagai program bisnes, seminar, atau apa sahaja untuk tujuan menambah kenalan, jaringan dan sebagainya.

Suka saya memetik salah satu buku, dunia akhir zaman, nanti saya masukkan di sini rujukan hadisnya ya.  Apa yang disampaikan ialah menjadi satu kegilaan dunia akhir zaman ramai yang berlumba lumba dan ada percampuran dalam lelaki dan wanita bergaul bebas. Ini juga mereka lakukan atas dasar bisnes.

Kita kembali kepada niat asal kita mahu bekerja dari rumah, kita keluar pula ke percampuran yang lain. Apa pilihan kita?

Sekiranya bisnes kita itu ada pakar rujuknya wanita, maka jadikan mentor utama kita adalah wanita. Sekiranya ada peluang untuk kita belajar secara online, maka usahakan untuk belajar secara online. Sekiranya mentor atau kelas itu ada lelaki, kita usahakan untuk datang bersama suami sebagai peneman dan pendamping.

Sekiranya ia sangat memerlukan kehadiran kita untuk masyarakat, maka niat kita keluar untuk menyampai ilmu dan atas usaha berkongsi akan ilmu. Mohon perlindungan agar kita terhindar dari fitnah dunia akhir zaman.

nota larut malam

Salam kasih sayang

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin