Sunday, October 28, 2012

Travelog suri dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini dari jam 8 hingga 10 malam, selesai saya membaca travelog kehidupan abadi, perjalanan menuju masa, masya- allah ia sangat menyantun hati saya. Serap dan kemas dalam layar kota minda Ia bermua di Dundee dan ia kembali semua ke Dundee, perjalanan pengalaman isteri, suri rumah, wanita bekerjaya, dalam tempoh tiga tahun menjelajah ke luar negara  bersama suami Prof.Kamil.

Helaian demi helaian hingga bab akhir, habis saya baca selama 2 jam, berselang seli melayan kanak-kanak riang. Nah ia membawa pespektif berbeza namun ada persamaan tentang kisah suami isteri, anak-anak, dunia kerjaya, suri rumah, keluarga orang tempatan dan orang asing 'mat salih' dan 'minah salih'. Ia terungkap dalam catatan kenangan seorang wanita bermula dari kanak-kanak kampung yang menyimpan angan-angan di keluar negara. Angan-angan itu menjadi realiti dari udara kampung berpindah ke udara mengeluarkan kepulan asap. Bagi saya yang tidak pernah menjejak kaki ke sana, dapat membayangkan jalan cerita kisah 'benar' Roza Roslan dan suaminya Prof. Kamil. Ia lebih banyak menceritakan sisi kisah isteri, kisah yang penuh motivasi dan juga pengajaran dalam erti kata lain bersyukur dalam apa juga keadaan.

mukasurat 59 Travelog Kehidupan Abadi

Kami asyik menyaksikan askar Diraja Istana Buckingham bertopi tinggi dan menutup mata berkawad menukar giliran. Malah berbangga kerana dapat menabur jagung kepada merpati yang mengerumuni Trafalgar Square. Juga terpesona melalui Westminster Abbey dan beberapa tempat menarik yang lain.

Kami menaiki bas persiaran. Bas merah dua tingkat. Di sana sini pondok-pondok telefon berwarna merah amat memikiat. Ia bagaikan gambar yang pernha dilihat dalam poskad.

Sampai di Tower of London (castle yang besar) mata saya terpaku melihat jambatan gantung yang masyur tersergam indah di sisi. Saya fikir ia adalah London Bridge sehinggalah pemandu pelancong menyatakan bahawa jambatan itu dinamakan Tower Bridge.

Tiba-tiba saya mengimbau kenangan beberapa tahun yang lampu. Teringat kepada sekeping poskad yang dikirim oleh seseorang, yang tertulis di atasnya "Greetings From London".

"Ya Allah! Subhanallah sampai juga aku di sini."

Bab 2, mukasurat 71

Anggun Bergaya

Persiapan terakhir sebelum meninggalkan Scotland. Sekiranya diterbalikkan, persiapan sebelum kembali ke tanah air, Malaysia.

Saya menyediakan sepasang sut hitam buat suami. Sara memakai gaun kembang berjahit smoking di dada berjenama Laura Ashley. Azrai kelihatan comel sekali dengan dungari denim berjenama Osh Kosh.

Saya memakai sut berseluar berwarna hitam sedondon warna beh jenama Bally. Saya rapikan lagi dengan  mengikat sehelai skraf sutera buatan Itali di leher. Keronsang mewah berkilau bertatah kristal menambah gaya.

Muka surat 77

Selamat kembali ke Malaysia

Ia satu perasaan yang unik. Terasa Scotland yang ditinggalkan hanya menjadi satu cebisan kenangan yang sudah lama berlalu. Namun ia indah. Tersangat indah.

Kami mengemas diri di dalam bilik air berhampiran dengan tempat mengambil bagasi. Kami menyarung semula sut supaya kelihatan seperti orang baru pulang dari luar negara. Saya ikat semula skarf di leher dan sematkan kerongsang di atasnya.

Ah, menawan!

Anak-anak masih memberontak enggan berpakaian sebagaimana yang dihajati. Namun mereka akur melihat saya mula menyinga! Nada perlahan namun gigi dikertap dan mata saya jegil tajam.

"Pakai stoking dan jaket...Pakai!"

Apabila selesai urusan mengambil bagasi, kami cepat-cepat menuju ke balai ketibaan. Abah dan emak kelihatan melambai-lambai kami.

Kami bersalaman dan berpelukan.

Ramainya manusia panasnya suasana. Kami menggelupur kepanasan. Peluh menitik, merecik ke seluruh badan. Terasa bahang yang sangat membara. Suami sibuk, berulang alik menguruskan bagasi dan kelihatan mula menanggalkan sut.

Saya?
Masih dengan sut sedondon mempertahankan gaya walau peluh menyimbah mengalir terasa dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Anak-anak?
Saya biarkan sahaja emak menanggalkan pakaian dan kasut mereka. Hanya tinggal seluar sekeping tanpa baju. Pipi mereka merah menyala.

Travelog Kehidupan Abadi, perjalanan menuju dewasa

Bukan sekadar Respi RM35
Travelog Impian Abadi RM19
Travelog Kehidupan Abadi RM19
Pos RM10
Jumlah RM83 (Semenanjung)

Sabah Sarawak
RM37+21+21+ RM15 (pos)
Jumlah RM94

Bayar di sini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan 
 

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin