Friday, October 5, 2012

8 sebab seronoknya memegang status wahm,sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.

1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan sebenar' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saa masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak-anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yag ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

4. Bila-bila masa sahaja saya boleh ubahsai soho saya. Ketika rajin menggebu menulis, saya boleh fokus menulis, ketika kanak-kanak riang mahukan perhatian, saya ubahsuai semula mengikut keperluan iaitu saya dan anak-anak masih boleh bersama dalam suasana yang kami sukai.

5. Kita yang tentukan pilihan bukan orang lain. Ketika membuat keputusan berhenti kerja, saya mengikut kata hati dan naluri, sudah tentulah ia adalah hasil usaha selama ini yang mula fokus untuk bekerja dari rumah.

6. Tinggalkan kebiasaan ramai orang. Saya tidak suka kesesakan lalu lintas, kesesakan ketika membeli belah di pasaraya. Saya sukakan suasana yang lengang, dan jalanraya yang tenang. Ubah dan pilih cara ini. Juga seronoknya membawa anak-anak bermain di taman permainan ketika tidak ramai orang.

7. Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian.

8. Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hiduo hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salam kasih sayang, sesiapa yang belum lagi membuat persediaan bekerja dari rumah. Boleh mulakan hari ini.

www.janawangdirumah.com

Buku wajib baca untuk usahawan di rumah

Beli di sini

yang ini


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=438128519543094&set=a.429807340375212.91437.325713544117926&type=3&theater

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin