Wednesday, March 7, 2012

Segalanya tentang perjuangan dan tanggungjawab

Teks; Masayu Ahmad


Setiap hari datang dan pergi, berjalan, berlalu, lopak, longkang, jalan yang lurus. Apa saya mahu katakan, itulah lumrah kehidupan. Ada waktu sedih, gembira, duka nestapa, bersyukur. Setiap yang berlaku datang bersama hikmah yang kita tidak ketahui. Tetapi percayalah semuanya ada perjalanan dan akhirannya yang sangat manis jika dilihat dari sudut positif.

Ketika ini saya rehat sekejap menulis entri ini, menderu-menderu untuk saya menulis di sini. Selalu saya katakan pada diri, ketika saat sibuk tugasan kerja dan urusan anak-anak, tiba-tiba ada panggilan ayah mahu ke klinik, mahu apa-apa dari anaknya ini. Maka bersegeralah katakan ya dan tidak menangguh-nangguh. Bisikan halus kadangkala, tak apalah biarlah orang lain yang urusan. Mudah sahaja untuk tetapkan pendirian, telefon pada en.suami minta pandangan. Selalunya pandangan dan saranan positif dan menyeru saya kembali tindakan yang betul

Sudah niatnya pulang berhijrah ke tanah kelahiran kerana mahu berbakti, maka dengan apa sahaja yang ada saya usahakan untuk berkhidmat. Melihat wajah tua yang semakin bertambah usia, rasa sayu pula hati.

Ketika ayah merasakan sesak nafasnya, saya menggosok-gosok bahagian yang tidak selesa. Rasa ada sesuatu yang hadir. Saya katakan pada ayah, istigfar-istigfar, zikir jangan putus. Rasa menderu-deru perasaan halus yang memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Ayah kini masih lagi di wad kecemasan. Moganya Allah memberikan kesembuhan kepada ayah. Sebagai anak, saya masih berusaha dan terus berdoa dengan perkara-perkara yang positif sahaja. Fikiran dan tindakan masih berada dalam keadaan rasional dan moganya diberikan kesihatan yang baik kepada saya agar dapat menguruskan tanggungjawab dengan baik.

1 comment:

Wan Anie said...

Saya doakan yang terbaik untuk ayah Mas daripada Allah, kerana DIA Maha Mengetahui.

Problem will create opportunity, mungkin ini peluang untuk berbakti kepada orang tua.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin