Friday, March 30, 2012

Moga selamat pergi dan balik

Teks: Masayu Ahmad


Bulan ini adalah paling sibuk saya rasakan, sekarang ini barulah dapat melepaskan penat seketika. Minggu-minggu awal menguruskan ayah dan juga kenduri kahwin adik. Juga bulan ini anak-anak bergilir tidak sihat, Arif dengan penyakit kulit, bersambung Hakim seminggu tidak ke sekolah, kemudian sekarang Aiman dan Arissa.

Pada masa yang sama ayah tidak sihat dalam minggu majlis berlangsung. Pada hari ditahan wad, saya wakilkan ayah hadir kursus umrah. Kemudian saya uruskan semula setiap minggu, iaitu setiap pagi Sabtu jam 9.30 berada di masjid. Alhamdulillah sehari sebelum berangkat, saya bawakan ayah kursus khusus hanya dia dan ustaz sahaja. Segalanya dipermudahkan

Pada 28 Mac, saya menghantar ayah ke Kuala Lumpur dan tadi 30 Mac, selemat berangkat akan transit di Brunei dan esok hari akan berangkat ke Mekah.

Usai saya mahu berangkat kembali ke Kelantan,  naluri syahdu sudah mula menderu-deru datang. Saya memeluk ayah erat, memohon ampun dan maaf. Air mata bercucuran jatuh. Saya mengucup pipi ayahanda kiri dan kanan. Ayahanda tidak putus dengan kata-kata nasihatnya seperti biasa, taat pada suami dan keluarga. Insya-Allah ayah doakan terbaik dan dapat dijemput ke sana juga.

Hati sebak, berulang-ulang air mata jatuh. Saya peluk erat, hati sangat pilu namun sisa gembira dipanjatkan dengan rasa syukur. Dengan kudrat yang ada saya dapat sempurnakan apa yang terdaya. Allahuakbar. Syukur.

Betapa syahdunya. Syahdunya kerana Allah memakbulkan doa, walau tidak dapat pergi bersama, namun ini hadiah paling bermakna untuk tahun ini. 

1 comment:

Wan Anie said...

saya doakan semoga ayah Mas selamat pergi dan balik, dipermudahkan segala urusan di sana oleh Allah.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin