Saturday, March 24, 2012

Panduan bekerja di rumah

Rancang kalender kerja

Sebagaiman bekerja makan gaji, bekerja sendiri juga mempunyai disiplin yang berkaitan. Walaupun anda tidak terikat dengan mana-mana majikan. Namun anda masih terikat dengan masa yang akan bergerak walaupun anda sedang berehat. Dalam tempoh berapa lama anda mahukan usaha anda mengeluarkan hasil. Mungkin enam bulan, 1 tahun atau beberapa tahun kemudian.

Mungkin pada tahun pertama pendapatan kurang lumayan tetapi ianya perlu berganda menjelang tahun berikut.

Tahun pertama anda bekerja sendiri, anda perlu bekerja keras agar segala dalam perancangan berjalan dengan sebaiknya. Anda akan hadapi berbagai halangan dan cabaran. Sediakan perancangan A, B dan C.

Dalam setahun sudah ada 12 bulan, dalam kalender sudah dinyatakan cuti-cuti perayaan dan cuti umum. Sebelum bercuti anda perlu menyiapakan kerja pada tempoh yang ditetapkan dan mengikut masa yang anda boleh siapkan.

Percutian

Gunakan masa ini sebagai ganjaran selepas anda penat bekerja. Jika tahun pertama pendapatan anda adalah belum daripada matlamat, berpada-pada dengan sederhana. Gunakan percutian bersama keluarga dengan menggunakan bajet yang sederhana.

Anda masih lagi dalam mood mengejar matlamat dan belum sampai lagi ke destinasi. Usah berlebihan dalam percutian kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

Percutian yang bermakna apabila apa yang sudah anda usahakan berjaya dan sudah tercapai dengan apa yang disasarkan.

Masa kerja

Jangan lakukan kerja separuh jalan, lakukan sehingga selesai. Itulah ayat inspirasi yang diluahkan daripada salah seorang peserta rancangan The Biggest Loser yang terkeluar semalam.

Setelah keluar dari kepompong lama tidak berjaya menurunkan berat badan, akhirnya peserta tersebut berjaya melakukannya. Keyakinan bertambah apa yang diusahakan untuk menurunkan berat badan bukan usaha yang sia-sia. Malah dia kini semakin sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan.

Begitu juga ketika masa bekerja. Kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia hari ini dengan melakukan kerja hanya separuh jalan. Mulakan dan tamatkan ia. Hasilnya pasti ada.


Rehat

Masa kerja kita perlu bekerja manakala jika tiba masa rehat itulah waktunya memberi ganjaran kepada tubuh badan agar mampu memulihkan tenaga, minda dan fizikal. Tidur awal dan bangun awal adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Bersama keluarga

Kualiti bersama keluarga adalah keutamaan. Bekerja sendiri ataupun bekerja makan gaji keluarga adalah perkara yang penting dalam kehidupan.

Apa tujuan anda bekerja dan mencari pendapatan. Sudah tentunya untuk memberi kebahagian dan sara hidup kepada keluarga. Bataskan waktu sibuk dan tentukan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin