Thursday, December 2, 2010

Istimewanya berada di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Betapa kita tidak perlu menidakkan kelebihan berada di luar rumah berbanding berada di luar rumah. Mari saya senaraikan.

Berhias untuk diri dan suami

Tidak perlu bersusah-payah berpagi-pagi memilih baju apa, warna apa, tudung jenis apa. Mahu bergaya bermekap untuk siapa? Pakailah mengikut pilihan sendiri, kepuasan sendiri dan buat tatapan suami. Itu lebih bermakna dan mendapat pahala, berbanding beli pakaian mahal semata-mata kerana ingin membandingkan diri dengan orang lain.

Bermekap cantik dengan niat, cantinya aku, bergayanya aku untuk tatapan majikan, kawan-kawan. Bahawa kita tidak mahu kalah.

Lebih jimat

Duduk di rumah bukan tidak boleh bergaya, terpulang kepada keperluan dan niat masing-masing. Duit tidak lagi berbelanja boros membeli aksesori itu dan ini. Kadang kala beli, beli dan beli setiap bulan, pakaian, tudung, koleksi beg tangan, gelang tangan dan segala macam mak nenek barang-barang. Kadangkala ia memenuhkan ruang bilik, sampai masa ia menjadi sampah atau hanya disedekahkan. Cuba lihat kembali garis panduan aurat dan pemilihan pakaian yang disarankan agama kita. Serba serbinya sederhana. Jika benar-benar faham, memang lebih jimat dan banyak yang kita laburkan membazir semata-mata.

Bergaya biar berpada-pada

Saya memang tidak faham apa keperluan membeli barang mekap mahal-mahal, ratusan ringgit. Kepada siapa mahu berhias cantik dan apa tujuannya. Cuba selami kembali. Jika benar untuk suami semata tidak mengapa. Apa tujuan asal kita. Fikirkan kembali. Ini ingatan buat diri sendiri.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin