Saturday, December 18, 2010

Persediaan kelahiran normal

Teks: Masayu Ahmad

Setelah empat kelahiran saya sudah melalui proses bersalin berikut.

1. Pembedahan- Hakim
2. Epidural- Arif, Aiman
3. Induce, Entonox- si puteri


Untuk empat kelahiran ini juga tiada episiotomi, perinium, luka yang banyak mahu pun jahitan yang teruk. Amat perlu bagi ibu-ibu hamil membuat persediaan mental dan fizikal sebelum bermula proses perjuangan di bilik bersalin.

Mendapatkan maklumat yang betul dan hak yang sebaiknya adalah perlu untuk kalian mendapatkan perkhidmatan profesional semasa bersalin. Pun begitu amalan paling mujarab seawal kandungan adalah sentiasa berdoa agar dimudahkan bersalin agar tidak mengalami komplikasi yang kompleks.

Zikir perlu sentiasa di dalam hati dan bibir, tambahan pula ketika mula kontraksi pertama, zikir tidak boleh putus. Insya-Allah akan dipermudahkan.

Untuk kelahiran ke empat saya bersedia untuk bersalin secara normal tanpa apa-apa bantuan. Tetapi pada  tahap kesakitan 70%,  tekad saya tidak mahu mengambil entinox tidak menjadi kerana saya sudah letih. Kontraksi saya berlangsung sehari semalam, itu adalah sebagaimana biasa semasa Aiman dan Arif. Tetapi, proses meneran dua kali sahaja si puteri lahir dengan mudah.

Entonox akan memberi rasa kesan bius, iaitu rasa mengantuk dan mamun. Ketika kontraksi makin kerap, saya merasa sedikit senang kerana dapat mengurangkan sakit, tetapi lama-kelamaan masih terasa. Jadi saya terus sahaja menyedut gas.

Pada masa saya khayal, saya masih kekal fokus tidak terbuai dengan perasaan mengantuk. Fokus, menyimpan bekal tenaga untuk proses meneran. Alhamdulillah menjadi.

Selepas 10 hari pantang, badan kekal cergas dan sihat, juga tiada masalah pergerakan dan bangun, duduk sangat mudah dan selesa. Terima kasih bidan yang merawat, berkali-kali saya ucapkan terima kasih, semasa dia menyudahkan kerja-kerjanya.

Untuk entri penuh, nanti dahulu ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin