Teks: Masayu Ahmad
Minggu ini dan minggu seterusnya adalah minggu sibuk. Sibuk dengan kerja dan sibuk hijrah baru kami sekeluarga. Hijrah ke mana, insya-allah kembali menetap di negeri cik siti wan kembang. Sudah lama menanti, bertahun merancang, alhamdulillah bonus untuk 2010, selain kelahiran si puteri sulung kami, juga encik suami akhirnya mendapat tempat juga menyambung perjuangan karier di negeri sendiri (en.suami bukan guru ya). Masanya untuk pulang berbakti.
Jika disenaraikan banyak perkara perlu dilunaskan. Tetapi saya mengambil pendekatan rehat dan rawat dahulu. Hanya en.suami membuat persiapan. Selain mencari tempat penginapan di Kelantan, lokasi tadika Hakim, juga urusan di sini.
Karier penulisan diteruskan sebagaimana biasa, memang banyak urusan tertunggak. Walaupun hati kurang enak, kerana banyaknya kerja tertangguh, saya pejamkan mata sekejap untuk berehat. Mungkin juga perlu selesaikan sebelum saya berpindah sepenuhnya akhir bulan ini.
Selamat tinggal Kuala Lumpur
Lokasi baru mungkin pinggir bandar, kampung sangat pun tidak, bandar sangat pun tidak. Persekitarannya mesti yang sesuai untuk ahli keluarga kami. Juga kerana saya masih turun Kuala Lumpur atas urusan kerja pernulisan saya.
Kuala Lumpur tetap saya kunjungi, namun pulang ke tanah kelahiran sendiri, adalah perancangan beberapa tahun sudah. Alhamdulillah rezeki 2011.
No comments:
Post a Comment