Monday, December 13, 2010

7 hari sudah

Teks: Masayu Ahmad

Sekejap sahaja hari ini sudah seminggu melahirkan si puteri. Seminggu juga berjaga siang dan malam.Si kecik suka sangat berjaga malam. Siang tidur malam berjaga. Setiap 10 atau 15 minit akan menyusu. Badannya nampak kecil tetapi berat mendahului semua abang-abang, 3.4 kg.

Saya masih berhutang entri saat kelahiran si puteri. Nanti ya. Antara menu pilihan setakat ini seperti berikut.

Pagi: Roti atau biskut. Minuman susu kambing campur kopi radix, atau air suam.

Tengahari: Nasi putih ikan bakar, sawi masak bersama lada hitam, ikan bilis, bawang putih. Hari ini dapat makan sup ayam. ;D

Malam: Kalau lapar sangat baru makan nasi, kebanyakannya adalah makan biskut atau roti bersama minuman panas.

Rawatan: Habiskan sepenuhnya ubatan yang dibekalkan doktor. Saya tidak mengalami perinium dan tiada episiotomi. Jahitan sedikit sahaja pada saluran bayi keluar. Jadi walau dua tiga hari, alhamdulillah selesa untuk duduk dan bangun. Tidak menganggu pergerakan. Pun begitu tetap juga menjaga pergerakan. Dalaman perlu jaga sepenuhnya.

Set HPA, saya ambil dahulu spirulina untuk membuang toksin dalam badan mencuci usus. Juga memudahkan penghadaman setiap pagi. Selang seli juga mengambil buah epal dan oren. Saya utamakan pemakanan seimbang, tetapi untuk makanan yang boleh mendatangkan mudarat atau alergi, saya tidak makan.;D

Tunggu lagi dua minggu agar bahagian luka baik sepenuhnya, saya akan memulakan sauna di rumah. Setiap hari selama 20 minit sahaj. Esok sudah boleh mula makan gamat HPA.

Alhamdulilah badan rasa sihat dan cergas walau malam adalah waktu kritikal saya berjaga, kerana si puteri suka bangun menyusu.

Setiap hari memang mandi air rebusan serai wangi dan pandan wangi. Memangs segar, sebelum berstoking sapu minyak panas daun serai wangi, meresap dan segar.

2 comments:

suriummah said...

Salam kak Masayu..tahniah atas kelahiran. Wah bertambah zuriat akak.. dapat puteri pula tu. Saya ni dari dulu lagi mengidam anak perempuan tapi dah taqdir Allah, saya redho.. Kak Mas pantang elok2 ya..suka baca entry akak walaupun jarang tinggalkan komen.

Ummi Hanie said...

salam kak Mas

alhmdllh sudah slmat melahirkn sang puteri yg pastinya comel ! ;)

slmt berpantang ye...tak care

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin