Wednesday, August 4, 2010

Selamat menyambut ramadhan, pertapaan akan bermula

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut ramadhan. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan penuh keberkatan ini. Saya akan sunyi seketika beberapa ketika. Mahu bertapa sebentar jauh dari Kuala Lumpur.

Masih berkira-kira menyiapkan entri sepeninggalan saya nanti. Insya-Allah saya akan kembali semula mengisi ruang di blog ini. Moganya pertapaan kali ini melahirkan hasil yang lebih berkualiti. Insya-Allah. Sama-sama kita raih ilmu dan amal dalam bulan mulia ini. Oh, ya jangan lupa bagi yang masih mahu mengikuti dan menyertai peraduan buku inspirasi ruang masih dibuka.

Juga saya akan meninggal satu tugasan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Jika kalian suri rumah, usahawan online, usahawan sepenuh masa, usahawan blog, wanita bekerjaya, sertai saya dengan menjawab soalan-soalan yang mudah. Artikel dan jawapan kalian akan dimasukkan dalam mana-mana projek penulisan saya, insya-Allah.

Ada satu entri yang berkaitan dengan usahawan, jadi saya akan aktifkan semula entri tersebut. Sesiapa yang berminat, inilah peluang kalian untuk melihat nama kalian tertera pada salah satu halaman buku-buku saya. Insya-Allah. Jangan ketinggalan untuk menyertainya kelak. Saya akan sertakan soalannya pada masa terdekat, sebelum saya keluar bertapa.

Jika ada salah dan silap saya, mohon dimaafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki ;D. Harapnya jalinan ukhwah di alam maya ini meninggalkan manfaat dalam hubungan silaturrahim.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

2 comments:

Unknown said...

selamat bertapa Mas..

dan selamat mengharungi Ramadhan
semoga ada hasil yg dpt dimanafaatkan bersama hasil dr pertapaan nya ..

Masayu Ahmad said...

kak yong

terima kasih, moga saya lebih fokus dan hasilnya lebih berkualiti, insya-allah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin