Sunday, August 22, 2010

Alhamdulillah, kembali bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah selamat sampai ke kediaman di Hulu Langat dengan selamat. Percutian kali ini penuh bermakna, dua minggu talian internet tidak ada. Saya fokus semata-mata mahu berehat, dan menyiapkan kerja, tiada talian internet selama dua minggu.

Saya ada menyiapkan entri diari harian, tidak bernasib baik pula apabila tumb drive hilang ketika tiga hari mahu pulang ke KL.

Penginapan yang selesa dan harga yang berbaloi. Sebetulnya mahu menemankan suami yang perlu berada di Pulau Pinang atas uruas kerja selama dua minggu. Jadi kebetulan pula bermula pada minggu pertama puasa, jadi alang-alang kami sekeluarga berangkat bersama. Saya juga sudah lama tidak berkunjung ke Pulau Pinang, jadi penginapan kami di homestay amat berbaloi, kerana boleh memasak dan penginapan yang selesa. Ok, saya mahu rehat dahulu, nanti saya sambung lagi ;D

Salam kasih sayang dan selamat berpuasa.

4 comments:

Wan Anie said...

ooo... patutlar lama jer menyepi.. moga sihat dan ceria selalu Mas

Syahida said...

mas, selamat kembali :-)

MamaYatie said...

alhamdulillah..seronok bercuti kan..br dpt rehat lebih sket ek..

Masayu Ahmad said...

wan
ya wan terputus talian sekejap

syahida

terima kasih, saya selalu juga ke blog syahida, cuma tidak berkesempatan tinggalkan komen

mamayatie

alhamdulillah, cuti pun kira rezeki juga, rehat sebentar

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin