Monday, August 30, 2010

Penghujung ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang buat suri sekalian, nampaknya saya berkejaran masa. Tinggal lagi bulan 9,10, 11, 12. Tidak banyak masa yang ada. Saya perlu menyiapkan tugasan sebelum bersalin. Dalam pantang pun rasanya masih boleh bekerja, buat penyelidikan bahan sambil menjaga orang baru.

Raya tahun ini juga tidak macam raya. Rasanya saya perlu tingkatkan intensiti kelajuan menulis dan menyiapkan kerja. Alhamdulillah juga apa yang saya sasarkan pada bulan ini selesai juga menjelang 31 Ogos 2010. Bermula September bermula lagi deretan tugas baru yang perlu dikerjakan. Semoga saya dilimpahi kurnia kesihatan dan tenaga untuk menyelesaikan tugas. Tidak mengapa berada dalam kesibukan, itulah hakikat yang saya mahu.

Mahu dan memburu kejayaan dalam tempoh yang saya tetapkan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar salam ke sampai lengan. Alang-alang mandi biar basah. Biar tidak laju tetapi konsisten. Biar lambat asal siap. Biar berjalan perlahan asalkan sampai ke garisan garisan penamat.

Kata-kata ini bukan ditujukan buat saya sendiri, malah sesiapa sahaja yang masih dalam mood mengejar sesuatu seperti saya. Keseimbangan antara keluarga dan rumahtangga, masa fleksibel dan sudah tentunya kehidupan yang sebagaimana yang ingin kita corakkan dan nikmati.

Salam ramadhan penuh keberkatan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin