Sunday, March 24, 2013

Apa pilihan yang saya ada?

Sedang bertungkus lumus dengan yang ini, bakal terbit hujung bulan ini.

10 slot iklan dibuka, jika berminat, pm saya segera. ;)



Friday, March 22, 2013

Travelog kehidupan, bersyukur saat diuji

Teks: Masayu Ahmad

Kelahiran Arissa adalah satu nikmat kesyukran, dan kemudiannya kami diuji dengan perubahan Arissa iaitu penurunan berat badan 2 kg dalam masa 2 minggu. Jadi bermula hari itu saya menghabiskan masa pantang di hospital, sebelum genap sebulan 30 hari, kami berpindah ke Kelantan.

Pengalaman dan ujian ini adalah satu nikmat, pada saya ia adalah satu situasi 'ujian segera' apabila saya sangat mendambakan seorang puteri selepas kelahiran 3 putera sebelumnay

Saya masih tergiang kata-kata ini.

"Buah pinggang sudah rosak 70% dan harapan hanyala 50-50 sahaja."

Saya terduduk dan pada masa itulah air mata jatuh dan saya sudah pasrah, sekiranya Allah pinjam saya puteri Arissa hanya sekadar 2 minggu, saya terima itu dengan hati redha.

Pun begitu dalam hari-hari menjalani rawatan, doa syifa tidak pernah terlepas dari mulut, Arissa tidak pernah sekali hilang dari pandang. Segala kasih sayang ditumpahkan untuk hari-hari seterusnya. Semoga ada keajaiban yang akan berlaku.

Hari pertama kelahiran


Ketika waktu kecemasan membawa Arissa ke klinik kesihatan Hulu Langat, kemudian segera bergegas ke  Hospital, selepas saranan doktor yang bertugas. Pada masa tersebut saya masih hati batu, berkata tiada apa-apa dan tiada apa-apa. Hati keibuan masih lagi dipagut rasa 'ya Allah, kau hadirkan aku kegembiraan kemudian kau datangkan pula satu 'ujian'. Aku terima dan aku terima.

Selepas doktor pakar melihat dan memeriksa Arissa, kemudiannya, Arissa di pindahkan ke dalam 'inkubator' seperti gambar ke dua di atas. Hati saya sudah terpana, air mata sudah mahu gugur tetapi saya masih bertahan.

Namun setelah doktor membawa Arissa pergi dan menghala wad ICU, berada di zon kritikal, air mata saya sudah gugur.

Bersambung....









Laju berlari ke garisan

Teks: Masayu Ahmad

Alhamduillah untuk momentum dan kesegaran emosi yang tidak saya gambarkan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi banyak peluang, kesyukuran luar biasa saya panjatkan. Alhamdulillah dengan segala urusan dipermudahkan.

Dulu-dulu ketika kecil saya masih kabur apa cita-cita saya. Kemudian ketika mahu menduduki SPM tidah tahu mengapa saya mahu ambil jurusna berlainan. Dan ketika STPM, saya mula tekad mahu jadi wartawan.

Dipendekkan cerita, saya pernah berkata, aku tidak mahu jadi guru, kerana ia kurang sesuai dan tidak pandai mengajar. Ini adalah kerana ramai kawan-kawan menjadika guru sebagai pilihan utama.

Nah, sekarang ia adalah doa dimakbulkan. Di luar jangkaan saya, apabila saya juga kini mengajar mengajar pula secara online yang tidak dengan masa dan juga ketetapan asas kelas dan pelajar. Ia berada di dalam luar jangkaan saya.

                                                  http://belajarasasblog.blogspot.com/
Yuran masih lagi RM120, genap 20 penyertaan pertam, yuran baru adalah RM150, bertindak segera ;)

Bertambah pula keterujaan saya dengan ulasan protege kelas ini. Allahu Allah, terima kasih atas peluang ini. Sangatlah seronok kelas ini adalah berdasarkan kepakaran ciput saya, dahulu di Universiti pernah sebagai Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang Berita Kampus, iaitu projek tahun akhir pelajar kewartawanan  Universiti Sains Malaysia.Kemudiannya menjalani praktikal di Kumpulan Karangkraf, kemudian tahun akhir sebelum habis belajar saya sudah dapat tawaran bekerja, kerana masa masih belajar itu, saya telah dipanggil temuduga, itu juga atas informasi senior, Zulina Hassan, pada waktu itu kak Zu wartawan di majalah Dewan pelajar. Kak Zu kini menulis dari rumah dan bergelar editor juga, operasi sama macam saya masih di rumah.

Diringkaskan cerita, saya bekerja di editorial Mingguan Wanita, ya sangat seronok, masakan tidak budak kampung, masuk bandar. Apatah lagi kerja wartawan majalah lebih seronok, (akhbar pun sama tetapi tarikh akhir penulisan adalah setiap hari), kebanyakan program adalah di hotel-hotel terkemuka di lembah klang mahupun luar. Lima, bintang 4 bintang smeua kami jelajah, dilayan seperti vip juga, ini yang seronok. Apatah saya ini kan budak kampung, ia memang luar biasa. Kalau mahu out station juga, pilih mana yang berkenan, ia adalah percuma, kerana kita datang atas dasar kerja dan banyak mendapat penajaan penginapan mahupun  apa sahaja layanan yang cukup baik.

Ok, saya ringkaskan cerita, nanti ada masa saya sambung lagi kisah di atas. Kemudian saya berhijrah pula ke Amanah Ikhtiar Malaysia, iaitu Insititusi Kewangan Mikro, khusus menyediakan pembiayaan mikro kepada masyarakat luar bandar, tetapi kini sudah ada program untuk luar bandar juga.
Di sini saya mengetuai Unit Penerbitan, masya-Allah di sini saya banyak belajar dari A-Z semua urusan penerbitan adalah di bawah tanggungjawab saya, dan AIM ini berada di seluruh Malaysia dengan jumlah cawangan saya sudah (tidak tahu status semasa) menjeljah ke pelosok negara.
Di sini kerja pun sama, tetapi tugasnya lebih banyak, kerana amanah juga banyak. Siri menjelajah seluruh negara, pun sama juga seperti semasa jadi wartawan, jadi saya tiada masalah akna hal itu. Masa bujang kita jelah sungguh-sungguh, semenanjung, sabah, sarawak.

Kemudian sudah berkahwin, saya sudah kembali dengan matlamat yang lain iaitu bekerja dari rumah, yang ini sudha saya cerita netr yang lepas

Guru online
Cerita belum habis, saya juga belum masak. Nanti saya sambung ya

Sebelum itu saya mahu kongsi ulasan protege kelas asas blog dulu

Ulasan Fatin Farhana
http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-blog-dan-penulisan.html


Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.
Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.
Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.
Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.
Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.
Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.
Nota: Terima kasih Fatin, atas pandangan ini, alhamdulillah, moga lebih ramai lagi yang mendapat manfaat, kalian boleh baca di pautan di bawah
http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-blog-dan-penulisan.html





Ini pula Ulasan Sulatin Hanunu


Saya membuka lembaran akhbar Utusan Malaysia Mega Mode 14hb Februari 2013, terpandang saya satu bahagian yang begitu menarik perhatian saya. Inilah yang saya cari-cari. Masayu Ahmad, penulis buku Jana RM Dari Rumah.

Hmmm... macam mana ye saya nak hubungi beliau? Lalu saya google Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO) dan saya dapat menghubungi beliau melalui facebook. Memang dah lama sangat saya mencari guru yang boleh mengajar saya membuat blog ini, biarlah orang kata saya terlewat atau dah lambat tapi bagi saya 'better late than never'. Saya sanggup belajar macam budak tadika baru nak mengenal ABC, 123 dan sebagainya, yang penting perjalanan saya untuk mengetahui sedalam-dalamnya mengenai blog atau blogger ini akan tercapai, insyaALLAH.

Setelah mendaftar sebagai pelajar Tutorial Asas Blog, saya dan kawan-kawan lain (juga telah mendaftar sebagai pelajar) diajar secara 'one to one' online melalui facebook bermula dari mencipta emel, membuat blog mengikut analisa yang telah diberikan. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Pn Masayu Ahmad mengajar saya yang 'zero knowledge' mengenai blog ni dengan penuh kesabaran. Saya memang akan banyak bertanya itu dan ini kerana ingin mendapatkan 'output' yang bernas lagi kreatif. Setiap hari Pn Masayu akan memberikan tugasan mengikut bidang. minat dan kemahiran masing-masing. Pn Masayu memberitahu pada yang baru mahu melatih menulis, tulislah setiap hari untuk catatan harian. Jangan tinggalkan dan lihat perubahan sepanjang 44 hari. Idea akan mengalir lancar. Hendaklah sentiasa konsisten dalam bidang penulisan ini. Tulis dengan jiwa. Tulis dengan ikhlas. Begitulah nasihat beliau.

Saya amat-amat berharap saya dapat melahirkan blog yang padat dengan informasi yang berguna kepada trafik blogger.
InsyaALLAH
Nota: Alhamdulillah, terima kasih Sulatin Hananu Mohd Aris, semoga semakin konsisten dengan penulisan dan idea yang mencurah. Singgah blog beliau di sinihttp://sulatinhananu.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html




Daftar sekarang, di sini ya
http://belajarasasblog.blogspot.com/




Thursday, March 21, 2013

From Corporate Office to Home Office

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah dengan segala urusan yang dipermudahkan. Hampir separuh tugasan selesai, namun masih bertarung lagi dengan manuskrip. Untuk itu saya ubah suai semula kedudukan meja kerja. Mahu cari kelainan baru.

Laju tahun ini dirasakan, sudah pun 22.3.2013

Bersambung ya, saya mahu masak dulu ')



Masih lagi ramai yang keliru untuk bekerja di rumah, juga imbangan antara urus soho dan juga anak-anak kecil. Ini saya kongsikan salah satu pertanyaan ibu kepada dua anak kecil.

Assalamualaikum.
Mahu minta pandangan dan nasihat, saya ada 2 orang anak. Seorang berusia 2 tahun dan serang lain 6 bulan.  Setiap hari masa berlalu begit pantas, saya hanya dapat rehat selepas dua anak ini tidur. Masa saya banyak menjaga dua anak yang aktif ke sana ke sini. Saya masih tertanya-tanya sesuai atau tidak saya berjualan online. Pada masa sekarang saya mengajar mengaji dan tuisyen. Mohon berkongsi tips bisnes online sambil mengasuh anak-anak yang aktif.
Puan N
Pandangan ibu-ibu lain

 Noraini Dollah
Sama situasi seperti saya, ada dua anak lelaki 3 tahun dan 6 bulan yang aktig. Bagi saya bisnes dropship amat sesuai sebab tak perlu bungkus barang dan keluar ke pejabat pos, hanya promosi sahaja. Tetapi perlu cari syarikat dropship yang bagus pengurusannya. Urusan promosi pula buat masa anak sudah tidur.


Emma Novianty
Saya juga buat dropship, baru mula secara serius dalam tempoh 3 bulan dan masih merangkak. Saya masih kelam kabut tetapi masih sesuaikan diri. Saya cuba kemas kini barang baru pada tengah mala. untuk menjawab soalan pelanggan pula tidak tentu masa.

Norhafizah Hasamuddin
Saya mahu berkongsi, saya ada tiga anak lelaki umurnya 6 tahun, 4 tahun dan 1 tahun setengah. Memang sedang lasak, pada mulanya sukar untuk seimbangkan antara jaga anak, buat kerja rumah seperti basuh baju, kemas rumah dan lain-lain. Itu tidak termasuk tugasan mendidik anak-anak, memang tidak terkejar masa 24 jam.

Pada pandangan saya, hanya disiplin dan pengurusan masa sahaja cara paling baik untuk teruskan dalam bisnes online, dropship dan lain-lain. Cua buat satu jadual, kalau tak dapat ikut, jadual tu setiap hari memadai dapat ikut dalam 80 peratus. Insya-Allah lama-kelamaan puan akan biasa dengan tugasan harian, tugasan bisnes, promosi atau apa sahaja boleh buat pada masa tengah malam. Jadi perlu korbankan sikit tidur lambat. Waktu pagi juga sangat bagus untuk mulakan dengan ursan bisnes, cuba dahulu lama-kelamaan akan dipermudahkan.

Ini saranan dan pandangan saya ya ;)

Ops saya mahu sarapan dulu, nanti kita sambung




Pakej Bekerja Dari Rumah RM50

Iklan: Dapatkan dua ebook ini asas persediaan untuk bekerja dari rumah dan juga pengurusan super duper wahm. Hanya 50 untuk 2 ebook dan 1 buku bonus: Strategi Pemasaran Cara Rasulullah.


Buku Bonus

Bayar di sini ya RM50 sahaja

atau pakej ini



Pakej Mula Bisnes RM95





RM95 sahaja








Wednesday, March 20, 2013

Tidak tahu mula dari mana, tidak ada idea, tidak konsisten.

Teks: Masayu Ahmad
Apabila ebook ini siap, semua protege akan mendapat naskah ini ya
Yuran sekarang adalah RM120, harga yuran akan dinaikkan selepas cukup 20 penyertaan dan yuran baru RM150

Untuk keterangan lanjut sila ke sini http://belajarasasblog.blogspot.com/




Ini soalan yang diajukan kepada saya,

- Tidak tahu mula dari mana

- Tidak tahu dan tidak ada idea

- Tidak konsisten menulis


Dalam ramai yang bertanya, saya simpulkan tiga di atas ya. Ini berkisar dengan penulisan di blog. Ada ramai yang sudah pun mempunyai blog, tetapi ketandusan idea. Bagaiman mahu mula.

Selepas mendaftar, saya akan analisa 5 perkara berikut.

1. Pendidikan

2. Pengalaman

3. Kemahiran

4. Minat

5. Matlamat jangka pendek dan jangka panjang

Selepas kalian memberi jawapan ringkas kepada lima perkara di atas, saya akan mengenal pasti apa gabungan kepakaran dan kemahiran sedia ada untuk kalian mula. Ya, ia sangat penting untuk kalian kerana dari situlah fokus dan konsisten itu akan terhasil dan memudahkan untuk menyelesaikan tugasan demi tugasan. Usai selesai tugasan 44, saya kira kalian sudah berlari laju.

Ini perbanding blog. milik Puan Aisha sebelum dan selepas mendaftar sebagai pelajar.
Ini blog pertama Puan Aishah, http://luvinbaking.blogspot.com/

Ini pula blog selepas berbengkel dengan saya, http://aishah-hussein.blogspot.com/


Apa matlamat? Tulis, rancang dan usahakan! Jangan mengalah.

Teks: Masayu Ahmad
mahu bekerja dari rumah rancang dari sekarang www.janawangdirumah.com

Banyak sumber yang kita yang boleh kita rujuk dan belajar, secara online mahupun offline, secara berjemaah atau perseorangan. Banyak juga pilihan mentor yang percuma atau berbayar, yang sudah popular atau kurang popular. Siapa mentor saya.

Ada beberapa mentor saya.

1,. Seorang jutawan/ usahawan low profile, belakang tabir sahaja. Sudah sukses empayar bisnes, dia tidak ada masa mengajar tetapi terus diajar saya secara praktikal sahaja.

2. Jutawan/penulis buku/ usahawan. Iaitu Dato' Rusly, walaupun tidak belajar secara terus, saya sudah beberapa kali ke seminarnya, juga melalui buku-buku beliau. Sangat banyak ilmu yang boleh diserap dan dipraktik.

3. Mentor penulisan yang dikenali seperti Sri. Diah. Beliau adalah bekas bos atau ketua saya ketika masa bekerja di Karangkraf dulu. Banyak yang saya belajar dari dulu dan sehingga sekarang. Seorang yang lemah lembut budi bicara. Tidak pernah nampak pun kak sri berada dalam keadaan tegang atau stress.

4. Pn. Ainon Mohd, ini juga adalah serang yang sangat terkenal bukan sekadar pemilik pts, mentor penulisam, bisnes dan sebagainya. Saya banyak belajr dan mencerap dari perkongsian beliau sama ada di fb, web dan sebagainya.

5. Kumpulan usahawan. Trend kini sangat banyak kumpulan sosial di fb, jadi sangat mudah untuk berkongsi dan bertukar fikiran dan pengalaman. Sama ada yang muda atau yang lama, ambil sahaja apa sahaja ilmu di depan mata. Kemudian kita tapis yang mana kita boleh guna dan sesuai kita ikut.

Senaraikan matlamat

Betul dan sangat betul. Antara impak yang paling berkesan apabila kita menulis matlamat dan mula merancang ke arah itu ia lebih berhasil. Sekarang matlamat jangka pendek saya adalah menyiapkan 12 ebook/buku ini untuuk 2013 dan bakinya lagi 2014.

Juga kelas online untuk belajar asas blog dan penulisan juga bermula. Pernah tak dulu kalian baca, saya rancang akhir tahun ini atau awal tahun 2013. Tup, tup sudah mula suku pertama 2013 lagi. Jadi kita merancnag Allah mempercepatkan, maksudnya bersedia dengan apa sahaja yang berlaku di luar dugaan, dengan keyakinan kita tetap yakin dengan apa yang kita lakukan akan berjaya, akan dimakbulkan cepat atau lambat sahaja.

sudah boleh daftar, klik di sini ya untuk keterangan lanjut http://belajarasasblog.blogspot.com/


Tuesday, March 19, 2013

Keterujaan suku tahun 2013!

Ini juga bakal terbit!

Bakal terbit ya, pembaca budiman.

Ebook ini mungkin juga akan diterbitkan versi buku. Bagi pelajar atau protege kelas asas blog dan penulisan, ini adalah rujukan utama. Berdasarkan mazhab Masayu Ahmad. heheh

Klik sini untuk pendaftaran, harga yuran akan naik RM150 selepas cukup kuota pertama seramai 20 orang.
http://belajarasasblog.blogspot.com/ (klik pautan ya untuk keterangan lanjut)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin