Tuesday, March 19, 2013

Pandangan protege kelas asas blog dan penulisan


mahu belajar blog, di sini ada butirannya -http://belajarasasblog.blogspot.com/

Baca ulasan dan pandangan protege kak Aishah di bawah ini ya,
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html


Terkesima sekejap pembaca ulasan dan pandangan kak Aishah. Terima kasih kembali ;)
Ulasan protege kelas asas blog dan penulisan
............................................................................................................................................
Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja. Tetapi memang sebenarnya telah dirancang oleh Allah SWT. Ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya. Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut. Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.

Sebelum masuk ke Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu, saya memang sudah ada blog sendiri. Tetapi, blog itu hanya menjadi sawang setelah 3 tahun tidak dikemaskinikan. Bukan setakat tidak dikemaskini malah nak terus menulis pun tak ada idea, lebih-lebih lagi penyakit malas pun dah menyerang.

Sebaik sahaja saya dapat tahu Puan Masayu ada menawarkan kelas ini dengan bayaran yang berbaloi dan mampu dibayar, saya terus mendaftar sebagai pelajar. Bagi saya kelas ini memang sangat praktikal dijalankan secara online. Semua langkah-langkah dan tugasan diberikan secara online melalui facebook. Inilah salah satu kebaikan facebook yang patut kita terokai untuk digunakan sebagai medium penghubung sesama manusia. Walaupun jauh tetapi dekat di hati. Lagipun bagi ibu-ibu seperti saya ni manalah ada masa nak pergi ke kelas lepas waktu pejabat. Balik petang dah terkejar nak ambil anak. Hujung minggu pun nak luangkan masa dengan keluarga juga. Pendek kata tak habis-habislah dengan keluarga. Dah tu masa bila yang nak belajar. Orang kata kalau tak berkorban macam mana nak maju. Jadi saya rasa ambil ajelah kelas online. Yang saya mampu korbankan hanyalah waktu malam saya. Janji semuanya dibuat di rumah. Malam-malam tidur lambat sikit sambil-sambil layan homework anak-anak. Harap-harap dengan pengorbanan yang sedikit ini akan memberi peluang untuk saya maju dan menambah ilmu yang berkat di sisi Allah SWT, in shaa allah.


Pada hari pertama saya mula kelas, saya sudah diberikan satu dokumen rujukan yang mengandungi langkah-langkah untuk membina blog. Dan sifu saya ni memang seorang yang bersemangat tinggi. Tugasan pertama memang sudah tertera di dalam nota tugasan. Setiap malam, selalunya beliau akan online untuk sebarang pertanyaan dan tunjuk ajar. Namun pada hakikatnya, beliau sebenarnya sentiasa online 24 jam. Namanya pun online, jadi sifu akan terima soalan-soalan melalui mesej di facebook dan beliau akan jawab semua soalan secepat yang mungkin. Tetapi janganlah mengharapkan jawapan serta-merta. Puan Masayu kita pun ada tugasan lain juga di siang hari. Tetapi selalunya beliau akan menjawab semua pertanyaan sebaik sahaja beliau online.

Berbalik kepada kelas online, Puan Masayu selalunya akan membimbing pelajar-pelajarnya “one-to-one” secara online menggunakan kemudahan facebook “chat”. Pada waktu malam kelas bermula dari pukul 9 sehingga 11 malam. Waktu itulah kita jadikan ruang untuk bertanya dan meminta nasihat dan tunjuk ajar dari sifu. Jika kita tiada apa-apa masalah, kita boleh teruskan dengan penulisan entri atau apa sahaja tugasan yang diberikan oleh sifu. Bila belajar online ni, pelajar akan jadi lebih pro-aktif. Tak adalah mengharapkan cikgu datang tunjukkan satu-satu baru nak buat. Cuma baca arahan dan tugasan yang diberikan di dalam facebook dan pelajar boleh terus buat tugasan berpandukan arahan.

Bagi saya yang tidak mempunyai asas penulisan, saya rasakan bukanlah satu tugas yang mudah untuk menulis sesuatu entri. Lebih-lebih lagi nak tulis entri yang bertepatan dengan tajuk blog yang telah dipilih. Bila masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, Puan Masayu bukan setakat mengajar cara untuk wujudkan blog sahaja tetapi juga akan memberi tunjuk ajar cara penulisan. Bukanlah dibiarkan sahaja kita merapu dalam blog. Malah sebelum wujudkan blog juga, perbincangan awal antara sifu dan pelajar akan dijalankan bagi menentukan tajuk dan konsep blog. Setiap hari pelajar akan diberikan dua tugasan dan bila siap beliau akan semak dan sunting entri pelajar-pelajar. Tetapi, jangan risau, tugasan semuanya bukanlah kena buat tergesa-gesa. Sifu pun tidak akan memaksa pelajar-pelajar untuk siapkan tugasan. Ikut pada kadar kemampuan dan masa pelajar itu sendiri. Dan yang pentingnya beliau akan sentiasa memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang perlahan macam saya ni. Beliau juga akan buat promosi blog pelajar-pelajarnya di facebook supaya trafik blog kita meningkat. Bila trafik bertambah laju bertambah, laju jugalah semangat pelajar untuk menulis.


Pelajar-pelajar juga akan sentiasa dibantu dengan tips yang berkaitan dengan tajuk blog masing-masing. Jadi bila idea tersangkut, cepat-cepatlah minta bantuan sifu. Sebagai seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang penulisan, dia banyak sangat membantu saya dengan idea-idea dan cara menulis.


Setelah mengikuti kelas online ini, saya rasa memang cukup berbaloi mendaftar di Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu. Bukan kerana setakat ilmu menulis blog yang diperolehi tetapi juga kerana matlamat akhir kelas ini. In shaa allah di pengakhiran kelas ini sifu akan membantu pelajar-pelajar untuk menerbitkan sebuah ebook. Saya tak pernah impikan yang saya akan ada ebook sendiri dan rasanya tidak akan dapat melakukannya sendiri tanpa ilmu dan bimbingan dari sifu saya ini. Saya amat menyarankan sesiapa yang ingin mencuba menulis blog dan belajar asas penulisan cepat-cepatlah mendaftar di Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu Ahmad. Bayarannya berpatutan dengan ilmu yang bakal dipelajari dari seorang sifu yang tidak pernah kedekut ilmu.

Baca lagi di sini ya

http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html

masa cukup pantas, tercungap dibuatnya

Teks: Masayu
Singgah di sini untuk belajar asar blog dan  penulisan, pendaftaran sudah dibuka

Sudah petang, kejap lagi maghrib, hari ini sudah 19.3.2013. Masya Allah lajunya masa, pagi tadi saya tidak masak, tengahari buat satu periuk besar tomyam, untuk menu tengahari, petang dan malam.

Kanak-kanak riang pulang tadi berkejaran ke dapur. Setiap orang mengambil satu cawan ais krim coklat, sudah di situ bersambung pula satu mangkuk kuetiew tomyam. Semua sudah kenyang, kembali berlari ke laman, menghabiskan sisa petang sebelum matahari terbenam.

Saya masih berfikir untuk membeli kolam besar untuk anak-anak. Satu hari diluar rumah dari pagi hingga petang. Malam bersambung pula aktiviti sebelum tidur. Itu sangat baik, sebabnya anak-anak saya tidak berada dalam kesesakan lalu lintas. Hakim hanya 5 minit pergi dan lima minit pulang, begitu juga Arif dan Aiman. Dekat sahaja. Saya cuma berkejaran sebelah tengahari dan petang. Dua hari ini Arif dan Aiman en. suami yang hantarkan. Jadi saya boleh sambung rutin bekerja tanpa gangguan, hanya diselang seli aktiviti surirumha jemur pakaian, mengemas, melayan Arissa.

Pagi, saya akan selesaikan Arissa, apabila dia sudha mula tidur. Saya pecut ke pejabat pos. Perlu pandai bajet masa. Kerja pula perlu pantas.


Monday, March 18, 2013

Bina blog berpengaruh

Teks: Masayu Ahmad

Pernah tak kita rasa apabila bangun pagi, rasa mahu sambung semula tidur. Tidka mahu buat apa-apa. Tidak mahu masak, malas kemas rumah. Kalau boleh mahu menikmati sarapan pagi, mahu sambung guling-guling, mahu santai-santai sahaja tidak mahu lakukan rutin seperti biasa. Itu, adalah normal.

Tidak salah kerana kita sangat penat, dan mahu berehat atau lari dari rutin yang sama. 10 pilihan berikut boleh kita lakukan.

1. Ambil cuti satu hari, dan lakukanlah. Minta cuti pada en.suami pergi ke Kuala Lumpur dan pulang keesokan harinya. Lakukan aktiviti kalian mahu buat, mahu beli belah atau jumpa kawan lama. Kalau saya selalunya pada musim pesta buku. Saya suka kalau saya bersendirian dan pergi bawa diri sahaja, bawa keterujaan menjelajah ilmu di tapak pesta.

2. Selesaikan segala sasaran dan kemudian reward diri. Saya selalunya apabila selesai tugasan kecil, saya bagi reward juga pada diri sendiri, ceperti makan sepotong kek coklat, minum kopi susu kambing kegemaran, makan nasi daun pisang atau singgah makan nasi kerabu. Terap yang paling saya suka, urut tradisional kak lah. Habis semua satu badan rasa ringan dan lega.

3. Saya masih lagi dengan sasaran 12 buku/ebook untuk tahun ini. Usai selesai tugasan ini akan bersambung lagi 18 untuk capai matlamat 30 ebook.

4. Saya masih juga belum selesai kemas kimi www.nbbukuonline.com. Ia adalah web shopping cart yang saya mahukan belum sempurna lagi masih lagi 70%. Buku-buku masih lagi dikemaskini.

5. Inilah sasaran utama dua tahun ini 30 ebook/buku dan shopping cart sebagaimana saya impikan. Rewardnya adalah sebuah SOHO yang penuh rak buku dengan karya saya, dengan andaian saya perlu konsisten dengan momentum 1 buku/ebook sebulan. Jadi dengan usia yang ada tahap boleh capai ialah 100 buku. Berangan dulu, tulis dan usaha. ;)


Ok untuk kelas asas blog dan penulsan ia masih berlangsung. Berikut adalah pakej yang saya tawarkan.

Berikut kelas asas blog yang saya sedang promo.


1. Belajar asas blog
1.Create blog (personal dan juga bisnes)
Selepas pandai puan boleh buat seberapa banyak blog
2. Tips penulisan di blog
Bonus (bernilai RM75)
1. Ebook super wahm super mom
2. Ebook mula bisnes butik

Hasil akhir
-Sebuah ebook penulisan bersama.


Ini senarai protege yang sudah pun mendaftar dan blog mereka sedang dikemas kini.
 Ada lagi beberapa pelajar akan mendaftar.
1.http://nurulhuda-ismail.blogspot.com/

2. http://aishah-hussein.blogspot.com/

3.http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/

4. http://sulatinhananu.blogspot.com/

5. http://ahfarisaahmad.blogspot.com/

Bagaimana kelas diadakan?

- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Hubungi saya, untuk pendaftaran.



Pendaftaran masih dibuka untuk kelas asas blog dan penulisan ;)
Mengapa perlu ada blog
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasnaya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromos barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Sunday, March 17, 2013

Berlari mengejar pelangi ;)

Teks: Masayu Ahmad


Cantik tak gambar di atas, ya, ini kampung saya. Cantik kan, tajuk bukan main lagi mengejar pelangi, kejar lah sangat kan hehe. Ok hari ini nak tunjuk juga, cover untuk salah satu ebook terbaru juga Ebook Belajar Asas Blog, ok tak. Tengah tunggu satu lagi design.

Ok, sekarang kelas online belajar asas blog sudah dibuka pendaftaran untuk kelas ke dua. Bersambung ya, cik kiah, semek Arissa sudah bangun nanti saya sambung lagi entri ini... 





















Saturday, March 16, 2013

Susun semula prestasi kerja 3 bulan pertama 2013

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, tahun ini masih marathon menulis, berikut senarai buku/ebook yang sudah terbit dan bakal terbit.

Sudah terbit

1. Jana RM Dari Rumah- karangkraf
2. Jana Wang Di Rumah- www.janawangdirumah.com
3. Mula Bisnes Salun- pts
4. Mula Bisnes Butik
5. Super wahm, super mom

Bakal terbit
6. 30 tips pantang dan hamil
7. Rahsia Bisnes Khadijah
8. Panduan Asas Belajar Blog
9. 101 Idea Bisnes Bulan Ramadhan/ Syawal
10. Strategi Pemasaran Rasulullah
11. 101 idea home based bisnes
12. Usahawan SOHO

Lima bakal menyusul bersama protege saya

13. Mula Bisnes Jahitan
14. Mula Bisnes Katering
15. Mula Bisnes Produk Kreatif
16. Mula Bisnes Kesihatan & Kecantikan
17. Mula Bisnes Masakan

Jadi, berbaki 13 lagi untuk cukupkan 30, hoyeh..;)

Ya, kelas asas protege itu adalah, bagaimana membuat blog yang berpengaruh, juga belajar menulis secara konsisten, dan produk akhir adalah penulisan ebook bersama saya. Kerana selesai sesi masing-masing sudah ada pendapatan pasif dan aktif. Kelas ke dua dibuka penyertaan.


Friday, March 15, 2013

Rahsia Bisnes Khadijah, Isteri Rasulullah, bakal terbit!


Ubat tidur lena malam ini, hehe, Alhamdulillah, bakal terbit ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tips motivasi terhebat buat surirumah ')

Teks: Masayu Ahmad



Sudah Jumaat, sudah separuh bulan 15 Mac 2013, aduhai masa sangat pantas

Hari ini saya masak menu sayur dan ulaman. Kerabu ala kelate pucuk paku dan kacang, sayur campur (ada udang, kangkung, kobis), ikan siakap goreng, ikan gelama kering basah goreng dan ayam goreng. En.suami bertanya banyaknya sayur. Saya iyakan sahaja, asyik-asyik santankan, hari ni separuh ada sayur dan ulam hehe ;)

Tips penulisan hari ini.


1. Untuk mengasah kepakaran menulis, tulis dan tulis. Blog adalah cara termudah untuk kita berkongsi, selepas menulis terus sahaja 'publish'. Mudah kan, rasa teruja apabila ada yang membaca apa yang dikongsi.

2. Menulis apa? Bagaimana mahu memilih bidang apa, perkara apa, dan bagaimana nak mula. Ini soalan asas yang selalu ditanya kepada saya. Jawapannya berdasarkan analisan ini, iaitu pendidikan, pengalaman, kemahiran, minat dan matlamat jangka pendek/ jangka panjang. Melalui analisa ini kita sudah boleh memilih untuk fokus apa yang kita mahu tulis.

3. Bagaimana mahu konsisten?
Sangat ramai yang ada blog, tetapi ada tak anda lihat blog yang sudah lama tidak terusik. Salah satu penolakan positif untuk menulis adalah, apabila melihat trafik pelawat yang ramai, tetapi tidak ada sesuatu pun boleh dibaca, ada entri setahun yang lepas, tidak dan masih tersadai di situ. Tentu pembaca blog kecewa, jadi antara semangat dan inspirasi saya adalah mencatat dan berkongsi di sini. Ia adalah luahan, perkongsian pengalaman atau apa sahaj.

Sumber nota: Kelas Asas Blog & penulisan.

























LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin