Assalamualaikum w.bt
Agak lama juga ya saya tidak mencoret di sini. Sungguh 'masa' begitu berlalu pantas sampaikan saya cukup sesak nafas dibuatnya. Dalam minggu ini saya menikmati hari-hari yang penuh rencah. Ada hari penuh perjuangan, ada hari penuh informasi, ada hari dilanda juga 'cuit-cuit' sayang, diuji dengan pelbagai gelagat teman. Gelagat, perwatakan, bahasa dan nada yang kadangkala hati dan iman yang tidak seberapa ini tergugat juga.
Sungguh. Saya juga insan biasa-biasa, jika didatangi 'insan luar biasa', terasa juga akan auranya. Mahu atau tidak saya perlu syukur, kadangkala insan-insan beginilah hadir sebagai ubat atau suntikan sejauh mana sabarnya saya.
Sesekali saya mendapati sememangnya Tuhan sudah menciptakan jin, manusia dan syaitan yang mempunyai peranan tersendiri. Betapa saya akan cepat-cepat menjauh diri apabila berdepan dengan insan yang pelbagai 'luar biasa' tindakan dan tutur kata.
Mohon maaf andai kata tulisan kali ini agak 'pedas'. Saya tidak menujukan kepada siapa-siapa. Mohon maaf jika sepanjang kita berkenalan di alam maya juga di alam realiti ada salah silap yang tidak saya perasan. Mungkin juga saya ini pernah 'cuit-cuit' sayang, takut saya juga tidak perasan.
Yang baik itu datangnya dari Allah, segala kelemahan datang dari saya sendiri.
Wednesday, March 10, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Pesta Buku Antarabangsa 19-28 Mac 2010
Monday, March 8, 2010
http://packmelove.blogspot.com- Perantis pertama
Assalamualaikum w.b.t
Ely sudah pun membuktikan bahawa bekerja dari rumah boleh dijadikan kenyataan. Walaupun kini ianya secara sambilan, insya-Allah matlamat Ely untuk sepenuhnya bekerja dari rumah sepenuh masa akan menjadi kenyataan.
Bagaimana mahu mula?
Ini soalan biasa yang diterima. Bekerja dari rumah juga perlu ada persediaan asas. Umpamanya membuat terjunan daripada sebuah heli. Anda tidak boleh terus terjun, terus terjun memang koma. Perlu ada persediaan.
Mahu ke universiti perlu ada persediaan, mahu makan nasi perlu ada persediaan.
Pentingnya menyertai peraduan di blog ini?
Ya, sangat penting. Sebenarnya niat saya mahu mencari pembaca yang benar-benar mengikuti blog ini, serius mahu bekerja dari rumah.
Buku yang saya hadiahkan selain tanda mata dan persahabat, ianya adalah salah satu cara berkongsi informasi dengan status anda bekerja dari rumah.
Bagi yang sudah bekerja dari rumah, sudah tentu ada juga buku yang sesuai untuk dibaca. Bukan sekadar mendapat informasi, malah untuk meningkatkan lagi ilmu dan konsisten dalam usaha yang dilakukan.
Bisnes skala kecil
Bisnes skala kecil adalah lebih mudah diurus. Ianya sangat sesuai untuk suri rumah tangga. Apabila sudah fokus dan menguasi satu bisnes, peluang-peluang lain akan anda dapat satu demi satu.
Jana pendapatan tanpa had
Ya, bekerja dari rumah memberi peluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Namun ianya juga memerlukan anda tahu dan bersedia menimba ilmu. Belajar sepanjang hayat, tidak kira ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu sebagai isteri, ilmu sebagai pendidik buat anak-anak.
Tahniah Ely (peluk saya erat-erat). Saya doakan lebih ramai selepas ini yang akan memulakan usaha dan bekerja dari rumah. Juga tahniah buat Ida yang melahirkan anak ke- dua (pemenang buku buat duit dengan blog), saya masih mengikuti perkembangan Ida daripada jauh.
Selepas ini siapa lagi ya? Sertai saya dan sertai Buku Peraduan Inspirasi. Bukan semata-mata menyertai peraduan, tetapi sasaran dan matlamat jauh daripada itu sebenarnya.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/- Laman web rasmi
http://www.naufasayang.blogspot.com/- Panduan Bekerja Di Rumah
http://www.masayuahmad.blogspot.com/ - Panduan Kesihatan Kecantikan
MasayuAhmad.com- Fans page
Buku halal haram, Persatuan Pengguna Islam
Saya pernah ada sebuah buku rujukan ini, ingat tak pada bulan puasa yang lepas saya kehilangan satu beg kesayangan yang berisi banyak buku saya. Alhamdulillah hari ini, bukan sahaja saya dapat menjejaki semula buku ini, malah diberikan gedung ilmu percuma pula. Siang tadi selepas membawa Arif ke klinik saya berkesempatan singgah di perpustakaan. Disebabkan saya tidak ada kad, jadi perlu mendaftar dahulu. Disebabkan di tangan saya sudah penuh dengan buku, penjaga perpustakaan tersebut Ina namanya memberi kelonggaran pada saya boleh mendaftar dan terus meminjam. Sebetulnya pemegang kad boleh meminjam jumlah maksima tiga sahaja, tetapi sudah rezeki saya dapat meminjam 9 buah dalam satu masa. Masakan tidak saya terus mendaftar untuk en.suami dan Hakim. Jadi saya mempunyai tiga kad. Sungguh seronok, seperti dunia ini saya yang punya. Tahulah akan tabiat saya ini, kalau dalam gedung buku 24 jam tidak minum dn tidak makan pun tak mengapa.
Hasilnya tadi saya membawa 9 buku berikut.
1. Mengubat Cara Nabi, Jamaludding Ibrahim Mydin
2. Panduan Hak Cipta, Karya Kita Hak Kita, Nisah Haron
3. Sukses Dalam Karier Untuk Muslimah, Aishah Yussofea
4. Panduan Senaman Tanpa Ubat, Persatuan Pengguna Pulau Pinang
5. Fiqih Wanita, Muhammad Athiyah Khumais
6.Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin
7.Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
8. Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, Muhd Kamil Ibrahim
9. Diari Hidup Rasullullah, PTS Millenia
Inilah buah hati terbaru untuk minggu ini. Saya sampaikan menangguh-nangguh kerja kerana ada buah hati baru. Aduhai saya diserang penyakit ini lagi, mahu tenggelam malam ini dalam dunia saya. ;D
Anda apa yang anda makan, berhati-hatilah
Sila klik pada imej untuk mendapat gambaran yang jelas
Dua hari saya menghadiri majlis ilmu yang begitu bermanfaat. Sekembalinya saya bersama ahli masyarakat, satu amanah terpikul berat. Ya Allah, ku mohon padamu berikan kekuatan, ku mohon pada Mu jalan-jalan yang lurus. Walau ku sedar banyak onak di depan, mohon restu meneruskan perjuangan.
Sedar akan tanggungjawab ini, saya tidak boleh menutup mata, namun tidak pula melepaskan tangan. Saya akan berusaha sedaya. Insya-Allah. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.
Saya membawa cawan yang kosong, fikiran yang lapang ketika menghadiri majlis ilmu ini. Alhamdulillah cawan saya penuh terisi malah melimpah ruah. Saya akan kongsikan di sini dari masa ke semasa.
Friday, March 5, 2010
Keputusan Buku Inspirasi Contest 2010 pada 20 Mac 2010
Alhamdulillah, sudah berkahir peraduan yang pertama untuk tahun ini, pada tarikh 2 Mac 2010.
Untuk peraduan seterusnya saya akan memudahkan proses penyertaan untuk memastikan lebih ramai yang menyertai.
Saya akan umumkan nama pemenang pada 20 Mac 2010. Harap kalian bersabar ya.
Terima kasih buat penganjur Galeri Ilmu & Nazira.biz

Thursday, March 4, 2010
Mengurus kesibukan
Teks: Masayu Ahmad
Apabila sudah berkeluarga dan mengalami pertambahan usia, masa dijadikan sebagai ukuran 'sibuk'.
Sibuk urus keluarga, tiada masa untuk diri berehat.
Sibuk dengan karier, kerana sudah semakin penting dan ada 'kedudukan'.
Sibuk dengan bisnes sehiggga tidak ada masa berjumpa teman-teman.
Keluarga dan karier membuatkan kita begitu 'sibuk'. Kadangkala dan kerapkali terperangkap dengan 'kesibukan'. Sibuk atau menyibuk.
Ramai yang terlepas pandang dan tidak berhati-hati apabila menggunakan perkataan 'sibuk'. Ini ingatan juga buat diri sendiri. Apabila ada teman laman mahu berjumpa, tetapi ada pula urusan mustahak yang mahu diuruskan segera. Jadi saranan dan jawapan mengambil hati berikut boleh membantu.
Mahu jumpa, tetapi tidak sekarang. Cari tarikh yang sesuai agar kedua-dua pihak merasakan masih saling memerlukan.
Sebaiknya jangan memberi jawapan sebegini.
"Aku sibuk sangat ni, lusa mahu out station ke Sabah, minggu depan ke Austarlia, bulan depan ada Hari Keluarga di Korea".
Sesiapa yang mendengar pun rasa meluat, sibuknya dia, macamlah orang lain tidak ada urusan. Macamlah terhegeh-hegeh sangat mahu jumpa.
Kenalan lama, kenalan baru, ahli keluarga, jiran sebelah rumah tetap mempunyai nilai hubungan yang perlu kita jaga. Sehebat manapun kita, tetap memerlukan setiap ahli masyarakat agar kehidupan kita tidaklah terkontang-kanting seorang diri. Kita tidak dilahirkan seorang diri di muka bumi, jadi berkongsi, berhubung adalah salah satu talian silaturrahim yang perlu dijaga.
Salam penuh kasih sayang
Nota: Walaupun sibuk, saya sayangkan blog ini dan lagi sayang pada sesiapa yang sudi baca dan meninggalkan jejak.

Subscribe to:
Posts (Atom)