Dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Alhamdulillah, selesai membaca eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online ini dan mendapat input yang berguna. Ketika memulakan bisnes online, niat hanya sekadar mahu test market sahaja. Jadi, tiada perancangan yang khusus untuk menyimpan maklumat pelanggan yang membeli, maklumat aliran tunai atau stok barang, apatah lagi tabungan khas setiap keuntungan.
Di dalam eBook ini, penjelasan yang diberikan mudah untuk difahami. Antaranya mengenai panduan asas untuk memulakan bisnes tanpa modal, menggunakan kemahiran yang ada sebagai perkhidmatan kepada pelanggan dan bagaimana cara untuk tidak memulakan bisnes dengan berhutang.
Langkah demi langkah (melalui kaedah 5W 1H) sebelum memasuki pasaran juga di terangkan. Ini untuk memastikan bahawa kita tahu produk, kaedah pemasaran dan prospek yang betul agar tiada lambakan stok. Amat merugikan jika kita mempunyai produk tetapi tiada pelanggan yang mahu membeli.
Memahami bahawa modal bukan faktor utama, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk mendapat modal tanpa berhutang. Tidak perlu pening kepala untuk membayar hutang, sedangkan kita mampu membuat tabungan khas melalui komisyen droship, bonus (jika masih bekerja) atau bekerja sambilan. Melalui eBook ini juga, saya memahami kelemahan biasa usahawan baru di dalam bisnes yang pertama.
Ringkasnya, di dalam eBook ini, panduan yang diberikan sesuai bagi mereka yang mempunyai bisnes atau baru mula berbisnes. Tidak kira sama ada secara konvensional (offline) atau online, mengetahui kaedah yang betul untuk pemasaran dapat mengelakkan kesilapan yang berulang. Insya Allah, apabila kita berusaha, berdoa dan bertawakkal, tiada yang mustahil.
No comments:
Post a Comment