Saturday, October 31, 2015

101 Idea Home-Based Bisnes

http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Ketika membaca eBook 101 Idea Home Based Bisnes, saya sedar bahawa ia bukan sekadar senarai biasa. Senarai yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Bisnes Makanan, Bisnes Kreatif dan Bisnes Pendidikan memaparkan informasi yang berguna. Setiap bisnes mempunyai kaedahnya yang tersendiri kerana bukan sekadar bergantung kepada modal semata-mata, tetapi juga kemahiran dalam menguruskan bisnes.

            Melalui eBook ini juga, saya mengetahui terdapat banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika mula berbisnes. Bukan sahaja simpanan saya telah habis digunakan selepas saya berhenti kerja, malah terpaksa pula menggunakan duit dividen tahunan sebagai modal berniaga. Namun, saya cuba untuk terus positif untuk menguasai ilmu kewangan dan pemasaran bisnes.

         Salah satu idea home based bisnes yang saya dapati, tanpa perlu mengeluarkan modal membina kedai ialah kemahiran dalam bidang komputer. Modal yang saya perlukan hanyalah langganan Internet dan komputer peribadi. Dengan membuat akaun Facebook peribadi dan fan page, saya sudah boleh membuat promosi perkhidmatan yang di sediakan.

        Di sini saya mengetahui bahawa kemahiran saya lebih kepada asas pengaturcaraan berbanding memberikan servis teknikal. Ia melibatkan aspek pemahaman serta hands-onyang mudah untuk di pelajari dan di ajar.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran teknikal, perkhidmatan seperti format laptop, mencuci kipas (fan) yang berhabuk atau pemeriksaan terhadap masalah laptop adalah antara permintaan tinggi daripada pelanggan. Jika anda berada di kawasan tumpuan pelajar seperti di Universiti atau di rumah sewa, ia menjadi suatu kelebihan. Apabila pelanggan sekitar anda berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, ia boleh di jadikan testimoni bagi meningkatkan keyakinan pelanggan baru.

Antara topik yang menarik minat saya di dalam eBook ini ialah Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaanWalaupun sering mendengar kisah-kisah tentang kewibawaan Baginda s.a.w, namun ia dapat di tonjolkan ke dalam teknik perniagaan moden. Dan memahami hukum hakam dalam urusan jual beli bermula dengan diri sendiri bagi mengelakkan kita memakan harta yang haram.

         Alhamdulilah saya dapat mencari idea dalam mengembangkan kemahiran yang saya ada. Biarpun terpaksa bermula semula dari bawah, tidak bermakna impian saya untuk berjaya di dalam bisnes sendiri terkubur. :)


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin