Teks: Masayu Ahmad
Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kalian? Lama sungguh saya tidak menulis sebarang entri di sini. Namun kalian masih juga menjengah di sini dengan harapan ada nota baru. Sungguh lebih kurang dua minggu juga nikmat sihat ditarik sebentar.
Bermula dengan anakanda Ammar kemudian berganti dengan saya. Jadi saya lepaskan segala apa sahaja tugasan. Beri ruang kepada diri untuk berehat.
Banyak soalan yang diajukan saya simpan unuk jawapan entri insya-Allah.
Rintik hujan membasahi bumi, sejuk bugar udara pagi. Sangat tenang ketika ini. INilah waktu terbaik munajat diri dan mengenal diri. Mengumpula segala kekuatan dan meneruskan satu lagi masa yang dipinjamkan Allah untuk meneruskan amanah dan perjuangan.
Bertanya kepada diri
Kadangkala saya kembali bertanya kepada diri, apakah sudah selesai berkongsi manfaat kepada masyakarat, apakah yang sudah disumbangkan kepada masyarakat. Walaupun sekadar coretan, hakikatnya kita berjuang setiap hari untuk berkongsi ilmu baru yang lebih bermanfaat.
Rengekan Ammar sejak dua minggu ini sangat berlainan. Sungguh saya sebenarnya mengalami kejutan dan berfikir panjang. Saya tidak bersedia menerima amanah Tuhan seterusnya, memandangkan sedia ada sudah berat untuk dipikul.
Setiap kali itulah saya berfikir kembali, inilah ruang dan peluang memaksimakan masa yang ada, agar peranan di rumah ini saya menggunakan sebaiknya. Mendidik anak-anak.
Betul. Amanah ini sangat berat namun kita perlu bersedia untuk di soal pada hari kebangkitan.
Moga kita menggunakan masa yang ada ini sebaik mungkin, memberi seberapa banyak manfaat. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment