Saturday, October 31, 2015

101 Idea Home-Based Bisnes

http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Ketika membaca eBook 101 Idea Home Based Bisnes, saya sedar bahawa ia bukan sekadar senarai biasa. Senarai yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Bisnes Makanan, Bisnes Kreatif dan Bisnes Pendidikan memaparkan informasi yang berguna. Setiap bisnes mempunyai kaedahnya yang tersendiri kerana bukan sekadar bergantung kepada modal semata-mata, tetapi juga kemahiran dalam menguruskan bisnes.

            Melalui eBook ini juga, saya mengetahui terdapat banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika mula berbisnes. Bukan sahaja simpanan saya telah habis digunakan selepas saya berhenti kerja, malah terpaksa pula menggunakan duit dividen tahunan sebagai modal berniaga. Namun, saya cuba untuk terus positif untuk menguasai ilmu kewangan dan pemasaran bisnes.

         Salah satu idea home based bisnes yang saya dapati, tanpa perlu mengeluarkan modal membina kedai ialah kemahiran dalam bidang komputer. Modal yang saya perlukan hanyalah langganan Internet dan komputer peribadi. Dengan membuat akaun Facebook peribadi dan fan page, saya sudah boleh membuat promosi perkhidmatan yang di sediakan.

        Di sini saya mengetahui bahawa kemahiran saya lebih kepada asas pengaturcaraan berbanding memberikan servis teknikal. Ia melibatkan aspek pemahaman serta hands-onyang mudah untuk di pelajari dan di ajar.

Bagi anda yang mempunyai kemahiran teknikal, perkhidmatan seperti format laptop, mencuci kipas (fan) yang berhabuk atau pemeriksaan terhadap masalah laptop adalah antara permintaan tinggi daripada pelanggan. Jika anda berada di kawasan tumpuan pelajar seperti di Universiti atau di rumah sewa, ia menjadi suatu kelebihan. Apabila pelanggan sekitar anda berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, ia boleh di jadikan testimoni bagi meningkatkan keyakinan pelanggan baru.

Antara topik yang menarik minat saya di dalam eBook ini ialah Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaanWalaupun sering mendengar kisah-kisah tentang kewibawaan Baginda s.a.w, namun ia dapat di tonjolkan ke dalam teknik perniagaan moden. Dan memahami hukum hakam dalam urusan jual beli bermula dengan diri sendiri bagi mengelakkan kita memakan harta yang haram.

         Alhamdulilah saya dapat mencari idea dalam mengembangkan kemahiran yang saya ada. Biarpun terpaksa bermula semula dari bawah, tidak bermakna impian saya untuk berjaya di dalam bisnes sendiri terkubur. :)


Gerimis senja

Teks: Masayu Ahmad
Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian, alhamdulillah kesihatan agak merudum turun dan naik. Apa pun sangat bersyukur masih dipinjamkan nafas untuk meneruskan perjuangan.

Beberapa hari ini cuaca redup dan nyaman sekali. Ketika menulis entri ini hujan masih turun, tanah sudah basa. Cuaca damai. Alhamdulillah.

Saya memperlahankan aktiviti oleh kerana kesihatan kurang mengizinkan. Ketika inilah terasa begitu nikmat kesihatan. Apabila ditarik, rasa bersyukur.

Ada dua manuskri yang sedang saya sunting, juga dua manuskrip baru sedang ditulis. Doakan diberi kemudhan dan insya-Allah ilham tidak pernah putus.

Ammar juga kurang sihat sejak kebelakangan ini, mahu 'berdepek' sahaja. Saya mahu segera pulih, mahu segera sihat. Moga ini sebagai kifarah buat saya. Insya-Allah.

Mulut payau badan juga terasa lemah. Apabila kurang sihat begini, kita begitu teringin sekali kesihatan yang dulu.

Doakan saya ya.

Tuesday, October 27, 2015

Kita berjuang setiap hari

Teks: Masayu Ahmad

Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian? Lama sungguh saya tidak menulis sebarang entri di sini. Namun kalian masih juga menjengah di sini dengan harapan ada nota baru. Sungguh lebih kurang dua minggu juga nikmat sihat ditarik sebentar.

Bermula dengan anakanda Ammar kemudian berganti dengan saya. Jadi saya lepaskan segala apa sahaja tugasan. Beri ruang kepada diri untuk berehat.

Banyak soalan yang diajukan saya simpan unuk jawapan entri insya-Allah.

Rintik hujan membasahi bumi, sejuk bugar udara pagi. Sangat tenang ketika ini. INilah waktu terbaik munajat diri dan mengenal diri. Mengumpula segala kekuatan dan meneruskan satu lagi masa yang dipinjamkan Allah untuk meneruskan amanah dan perjuangan.

Bertanya kepada diri

Kadangkala saya kembali bertanya kepada diri, apakah sudah selesai berkongsi manfaat kepada masyakarat, apakah yang sudah disumbangkan kepada masyarakat. Walaupun sekadar coretan, hakikatnya kita berjuang setiap hari untuk berkongsi ilmu baru yang lebih bermanfaat.


Rengekan Ammar sejak dua minggu ini sangat berlainan. Sungguh saya sebenarnya mengalami kejutan dan berfikir panjang. Saya tidak bersedia menerima amanah Tuhan seterusnya, memandangkan sedia ada sudah berat untuk dipikul.

Setiap kali itulah saya berfikir kembali, inilah ruang dan peluang memaksimakan masa yang ada, agar peranan di rumah ini saya menggunakan sebaiknya. Mendidik anak-anak.

Betul. Amanah ini sangat berat namun kita perlu bersedia untuk di soal pada hari kebangkitan.

Moga kita menggunakan masa yang ada ini sebaik mungkin, memberi seberapa banyak manfaat. Insya-Allah.

Monday, October 19, 2015

Mula Bisnes Tanpa Modal

http://munirah-yusoff.blogspot.my/2015/10/ulasan-ebook-10-langkah-mudah-bina.html




Alhamdulillah, selesai membaca eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online ini dan mendapat input yang berguna. Ketika memulakan bisnes online, niat hanya sekadar mahu test market sahaja. Jadi, tiada perancangan yang khusus untuk menyimpan maklumat pelanggan yang membeli, maklumat aliran tunai atau stok barang, apatah lagi tabungan khas setiap keuntungan.

      Di dalam eBook ini, penjelasan yang diberikan mudah untuk difahami. Antaranya mengenai panduan asas untuk memulakan bisnes tanpa modal, menggunakan kemahiran yang ada sebagai perkhidmatan kepada pelanggan dan bagaimana cara untuk tidak memulakan bisnes dengan berhutang.

       Langkah demi langkah (melalui kaedah 5W 1H) sebelum memasuki pasaran juga di terangkan. Ini untuk memastikan bahawa kita tahu produk, kaedah pemasaran dan prospek yang betul agar tiada lambakan stok. Amat merugikan jika kita mempunyai produk tetapi tiada pelanggan yang mahu membeli.

    Memahami bahawa modal bukan faktor utama, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk mendapat modal tanpa berhutang. Tidak perlu pening kepala untuk membayar hutang, sedangkan kita mampu membuat tabungan khas melalui komisyen droship, bonus (jika masih bekerja) atau bekerja sambilan. Melalui eBook ini juga, saya memahami kelemahan biasa usahawan baru di dalam bisnes yang pertama.

     Ringkasnya, di dalam eBook ini, panduan yang diberikan sesuai bagi mereka yang mempunyai bisnes atau baru mula berbisnes. Tidak kira sama ada secara konvensional (offline) atau online, mengetahui kaedah yang betul untuk pemasaran dapat mengelakkan kesilapan yang berulang. Insya Allah, apabila kita berusaha, berdoa dan bertawakkal, tiada yang mustahil.

Monday, October 12, 2015

Menjahit sambil jaga lima orang anak



Inspirasi Tukang Jahit 1
Cabaran saya sepanjang dunia jahitan sewaktu tidak ada modal untuk memulakan bisnes. Saya bekerja seorang diri tanpa ada orang membantu, sambil menjaga 5 orang anak. Tetapi saya yakin Allah sentiasa bersama saya, suami sibuk dengan kerjanya tidak ada masa untuk membantu.
Untuk mendapatkan modal pun sendirian mengendung anak kecil ke sana dan ke sini untuk mendapat tandatangan dan surat sokongan.
Alhamdulillah besyukur Allah permudahkan. Saya bangga dengan apa yang saya usahakan walaupun keseorangan. Kini saya dapat kecapi hasilnya walaupun tidak seberapa. Selain itu juga saya pernah berhadapan dengan pelanggan yang sangat cerewet.
Tetapi saya anggap itu sebagai proses belajar bukan menyusahkan. Allah sudah aturkan yang terbaik walaupun Nampak menyusahkan tetapi ada hikmah di sebaliknya.
Perkara yang paling membanggakan saya apabila pelanggan berpuas hati dengan tempahan dan dapat menyiapkan tepat masa. Semuanya dengan izin Allah kerana bagi saya itu amanah. Saya berusaha semampu, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah.
Cabaran
Jangan menganggap segala cabaran sebagai menyusahkan, buat dengan hati yang ikhlas. Anggaplah kita sedang mengutip pahala. Atus masa sebaik-baiknya. Sentiasa mohon dipermudahkan urusan.
Setiap kali memulakan tugas saya sentiasa mengamalkan 3 perkara
1. Sedekah.
2. Al-Fatihah kepada ke dua orang tua dan mertua.
3. Baca ayat seribu dinar dan mulakan denga bismillah serta sambil menjahit itu saya pasang note book, sambil mendengar alunan surah al waqiah, surah yassin, surah al mulk, surah Kahf.
Sejak dahulu itulah amalan saya sehingga sekarang. Alhamdulillah saya sudah dapat hafal surah tersebut dengan izin Allah.
Alhamdulillah sekarang saya ada ramai pelanggan dari pelbagai bangsa. Sudah dapat poduk jenama sendiri. Mesin semua jenis pun ada.


Saturday, October 10, 2015

Alhamdulillah, buku bakal terbit

Teks dan foto: Masayu Ahmad

Baca naskah persediaan asas di sini www.janawangdirumah,com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah, atas doa yang dimakbulkan Tuhan

Petang semalam saya ada menerima perkhabaran dari editor bahawa pasukan penilai meluluskan salah satu ebook saya untuk terbitan versi cetak. Dengan kata lain buku.

Ingat lagi tahu perkongsian doa saya agar ramai-ramai mengaminkan usaha dan kerja keras saya tahu ini menjadikan 20 ebook saya sebagai buku fizikal.

Dan saya sedang berjuang dengan keras. Semalam dan hari ini saya berehat sebentar dari menulis, dan kembali menyambung perjuangan.

Sudah tiga buku sebenarnya terbit, tetapi saya membuat penyelarasan semula, buku Jana RM Dari Rumah dan perkhabaran petang semalam adalah buku ke dua.


Manuskrip ke tiga saya sudah hantar kepada editor dahulu baru hantar kepada penerbit, yang ini juga perlu dikemaskini iaitu ebook Yeay Mama Sudah Resign ini juga saya usahakan untuk terbit sebagai buku.

44 resipi berpantangd dan juga panduan berpantang juga saya usahakan untuk terbit sebagai buku,

Dua lagi, mula bisnes tanpa modal dan juga ebook mula bisnes jahitan.


Ini susunan terkini jadual penulisan. Insya-Allah terima kasih atas doa kalian, saya tidak pernah berhenti berjuang dan mahu menyelesaikan semua ini.

Juga matlamat tegar saya adalah siri mula bisnes inilah rujukan lengkap untuk surirumah seluruh Malaysia.

Hanya puji bagi Allah yang memberikan kesihatan dan akal fikiran. Selagi mana bernyawa usaha untuk selesai 100 manuskrip sebagai rujukan surirumah Malaysia, terus berkibar dalam hati yang membakar.

Jalan juang itu tidak mudah, namun ia nikmat apabila kita tahu bahawa ada tujuan dalam kehidupan yang perlu kita kongsikan.

Kongsikan dan sebarkanlah ilmu, gunakan masa yang ada. Kerana sekejapan lagi kafan bakal menyelimuti kita semua

Alhamdulillah

Klik di sini ya untuk pembelian www.akademibekerjadirumah.com/shop

Monday, October 5, 2015

Matlamat perlu realistik

Baca persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumh.com/shop


Matlamat perlu realistik.
Kenapa perlu realistik?
Kalau tak kita buang masa sahaja, satu apa pun tidak selesai dan capai.
Mak cik Limah berpagi masuk semak cari daun kayu.
Dapatlah 10 ikat pucuk niding, 10 ikat daun kesum, 10 tompok ubi kayu.
1 ikat pucuk niding rm1, 1 ikat kesum rm1, 1 tompok ubi rm 3.
Jadi Mak cik Limah, mahu jual semua hasil ini dua kali dalam seminggu, iaitu 8 kali sebulan di pasar pagi.
Berapakah jumlah pendapatan aktif Mak Cik Limah?
Staro mak cim limah pom reti buat kiro kiro matlamat bulanan, malu ko mok limoh kalu tok pandai buat kira kira harian dan bulanan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin