Wednesday, August 5, 2015

Malu

Usai mematikan enjin kereta, Arissa memberi isyarat mahu temankan hingga pintu.
Jadi saya turun seperti biasa.
Memujuk anak dara. Ketika itulah disapa seorang wanita yang baru selesai menghantar anak.
"Mujuk juga dih."
"Gitulah anok-anok," saya senyum dan balas sapaan.
Sebenarnya sudah mahu tutup daun pintu dan berlalu. Tetapi dia masih di situ.
"Kerja ko?"
"Dok, nego huduh-huduh"
Perbualan itu tidak tamat di situ. Dia berhenti kerja setahun yang lalu. Kerana tidak tahu buat apa, jadi menjaja dengan motosikal dari rumah ke rumah dan dari kedai ke kedai.
Malu?
Memang malu. Tetapi cara ini sahajalah saya pandai. Berniaga lain saya tidak pandai.
Bayangkan dia keluar rumah dan hanya menjual produk melalui katalog sahaja. Terselit dalam raga motor satu plastik katalog bukan produk.
Gigih
Macammana pendapatan harian?
Begitulah saya keluar rumah setiap hari, tetapi alhamdulillah ada sahaja jualan dan order dari rakan-rakan dan juga pelanggan tetap.
Wajahnya ceria dan saya berterima kasih kerana menyampaikan mesej dari Allah buat saya.
"Kak sangat bagus, rajin dan tak putus asa. Kalau saya, belum tentu saya boleh buat.
Saya malu dengan kak kalau saya malas, sedangkan saya hanya ada komputer, internet dan saya boleh hasilkan wang (dengan izin Allah) tanpa perlu saya keluar bermuka tebal.
Saya malu. ;(
Travelog suri nota motivasi.

1 comment:

Anonymous said...

Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin