Sunday, May 11, 2014

Segalanya dengan izin Allah

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
 Baca naskah wajib ini dahulu jika sudah mula yakin mahu bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah, hanya puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk. Allahuakbar, Allah maha besar, segalanya dari Allah.

Rasa gembira melihatkan perkembangan sahabat-sahabat akademi, terutama barisan hadapan guru online sudahpun menjana pendapatan bersih 4 angka sebulan. Saya kembalikan ini kepada kalian dengan usaha dan komitmen tanpa putus asa.

Juga para suri yang sudah menjadi rakan niaga atau pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah. Iaitu kalian belajar mengaktifkan blog melalui penulisan yang kalian suka untuk ditulis. Macam mana kita mahu tahu, ia adalah berdasarkan 8 soalan analisa. 8 soalan ini sangat penting kerana setiap orang tidak sama tujuan dan matlamatnya.

Kerana setiap orang ada cerita dan pengalaman masing-masing, kerana setiap orang ada kemahiran yang boleh dikongsi. Tinggal sahaja lagi bergabung dengan kami dan mula menjana pendapatan aktif harian.

Kenapa tidak dapat hasil? Kerana kalian tidak sungguh-sungguh dan tidak mahu buat sehingga selesai, ibarat sudah mula membina tangga, kemudian tangga belum siap sudah sibuk bina rumah lain di sebelah. Terpandang jiran mahu buat banglo, dengan segera merobohkan apa yang ada dan mula semula. Kemudian sudah rasa macam tidak tahu punca, ubahsuai lagi. Begitulah seterusnya sehingga penat dan sudah habis masa.

Fokus, komitmen

Dua ini sahaja yang saya mahu jelaskan, agar kalian tahu apa matlamat. Sudah tahu jalan ini, mahu buat jalan baru. Jika mahu bekerja dari rumah perlu belajar dari mereka yang sudah kedepan menebang pokok dan menebas hutan.

Tetapi kadangkala hati kita ini akan dipalu dengan pelbagai hawa yang pelbagai, sedangkan ia tidak sesuai dengan kita, tetapi sesuai dengan orang lain Sangat penting apabila sudah mula belajar untuk selesaikan. Apabila sudah mula belajar untuk fokus. Apabila sudah mula belajar untuk berusaha luar biasa.

Saya sangat kecewa orang yang usaha separuh jalan, sudah semangat mahu mula. Tetapi mudah roboh dengan hanya ditiup angin alasan yang bertompok-tompok keras.

Kadnagkala sikap kita yang cepat mahu jalan pintas. Cepat mahu cepat. Semua perkara datang dari Allah, saya hanya perantara sahaja. Saya suka berkongsi orang yang bersedia mahu mengisi gelas yang kosong. Bukan kerana saya tahu, akan tetapi mahu berkongsi apa yang sedikit ini agar kalian boleh lakukannya dengan hanya 1 tahun sahaja, tanpa perlu laluan yang panjang.

Boleh sertai dan daftar sebagai pengurus online kami dan mula pada bila-bila masa. Boleh pilih guru mana yang kalain suka, klik pada logo Akademi Bekerja Di Ruamh di sebelah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin