Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com
Tenang anak-anak bergelimpangan ketiduran. Alhamdulillah atas segala cabaran dan kasih sayang. Apa pun kita kembali kepada aturan Allah.;) Banyak inbox dan email yang bertanyakan tentang peluang bekerja dari rumah. Namun hari ini saya tidak mahu bicara yang ini saya mahu santai sahaja.
Melepaskan kesibukan saban hari buat seketika. Terima kasih kepada kalian, saya tidak ada upaya dengan masuk tahun ke lima, sudah beroperasi lebih setahun kelas secara online dan kini sudah pun 750 pendaftaran menghala 1k keahlian yang menyertai akademi bekerja di rumah ABDR. Apa pun saya berterima kasih kepada penggerak, terutama barisan guru online yang sama-sama berusaha dan bekerjasama. Ia tidak terjadi satu malam, satu hari. Blog akademi saya hanya create dan namakan sahaja, rupanya ia adalah doa yang realisasikan Tuhan. www.akademibekerjadirumah.com sudah pun bermula ;)
Pernahkan saya rasa penat?
Ada sesekali saya juga diuji, pun begitu saya melihatkan ia adalah teguran dari Tuhan, agar saya kembali ke trek. Kembali istigfar, kembali muhasabah diri. Saya yang tidak sempurna, sudah tentu ada masa penat. kecewa, tidak puas hati. Namun saya lempar jauh-jauh perasaan itu. Jalan juang itu tidak mudah, ia sentiasa ada masam manisnya.
Keterujaan saya
Keterujaan saya dalam penulisan, membuatkan kita tenggelam dengan apa yang kita baca dan kita tulis. Itu menjadikan kita berada dalam dunia sendiiri. Meneroka ilmu memberikan sentuhan magnet membuatkan kita ketagih dan ketagih. Ketagih dalam timbunan buku, dan menyebabkan kita rasa ralit dan apabila sedar oh sudah jauh mengelamun dalam barisan perkataan.
Apabila sedar, seolah diketuk bahawa ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukanlah nanti apabila mati, ia mati yang sia-sia.
Bersambung
No comments:
Post a Comment