Wednesday, May 7, 2014

Alhamdulillah untuk Iryani Ahmad


Kelas Menulis Ebook - Lahirnya ebook Bersalin Alami

Bismillah

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga. Pada tahun lepas, saya masuk kelas coaching menulis ebook secara online. Sepatutnya, saya mesti siap menulis ebook dalam tempoh 100 hari. Tapi saya dah ambil masa 1 tahun untuk siapkannya! Haha

Dalam kelas online ini, saya tak pernah lagi berjumpa guru saya. Haha. Semuanya secara online. Saya dikehendaki menulis setiap hari 2 entri. 2 entri maknanya 2 artikel sepanjang 2 mukasurat dalam microsoft word. Entri pertama tentang catatan harian. Catatan harian ialah diari kita. Dari sinilah, kita melatih menulis dengan laju. Selepas 44 hari, insyaAllah idea mengalir laju. Baik untuk penulisan catatan harian atau untuk tajuk ebook.

Menulis memang semangat. Macam menulis diari tapi berdasarkan topik yang difokuskan. Wajiblah ada pengetahuan atau pengalaman berdasarkan topik tersebut. Tulis apa yang kita minat sahaja!

Penulisan untuk ebook,tulis sahaja dulu apa yang kita tahu tentang tajuk tersebut. Kemudian, baru difokuskan kepada bab yang lebih kecil. Saya dilatih untuk tulis dalam 4 bab sahaja dulu. Dalam setiap bab seharusnya ada 10 subtopik. Subtopik inilah entri yang ditulis dalam bentuk entri blog. Jika sudah hampir siap, semua entri ini akan dipindahkan ke blog lain yang diprivatekan. Tujuannya supaya entri dapat diperbaiki dengan menambah fakta dari sumber rujukan. 

Penulisan ebook wajib mempunyai buku rujukan. 

Tajuk ebook saya pula dah bertukar sampai 3 kali! Dasyat kan? Sebab turun naik semangat tadi. Haha. Tapi, tak kira. Saya mahu buat sampai selesai. Semua tajuk tu memang saya minat. Semuanya dah tulis separuh. InsyaAllah kalau ada orang nak baca, bolehlah akan datang saya terbitkan juga. Tajuknya ialah Mula Bisnes Coklat. Lagi satu tajuk ialah Berubat dengan Makanan Sunnah.

Kelas ebook ini dibuka semula pada tahun ini. Oh, ya. Sebelum terlupa berbesar hati mahu kenalkan guru yang mencurahkan ilmunya kepada kami. Beliau adalah Puan Masayu Ahmad. Beliau tidak ambil ramai pelajar. Edisi Terhad. Sesiapa yang berminat mahu belajar secara online dalam tempoh 1 bulan hari sudah dapat hasilkan ebook, sila hubungi beliau di sini >> http://naufalsayang.blogspot.com.

Paling best, ilmu pengetahuan saya dalam kedua-dua tajuk ebook yang tak siap tu pun bertambah. Terkini, akan terbit lagi satu. Kali ini saya akan bagi percuma sahaja. Istimewa buat sesiapa yang telah membeli dan menulis review ebookBersalin Alami. Penulisan sulong, Ebook Bersalin Alami. Jemput layari blog ini untuk tahu dengan lebih lanjut.http://bersalinalami.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin