Saturday, March 31, 2012

Borong kaftan batik-mula bisnes online


Bagi kalian yang ingin mendapatkan stok kaftan secara borong, batik dan pakaian kasual seperti di atas boleh hubungi pemiliknya.
N0.44, Depan Sek.Keb. Semut Api
Jalan Pantai Cahaya Bulan
15350, Kota Bharu
Contact Person
Noraini Ismail
Telephone
6013-9444 010, 6013-9840706,



Friday, March 30, 2012

Moga selamat pergi dan balik

Teks: Masayu Ahmad


Bulan ini adalah paling sibuk saya rasakan, sekarang ini barulah dapat melepaskan penat seketika. Minggu-minggu awal menguruskan ayah dan juga kenduri kahwin adik. Juga bulan ini anak-anak bergilir tidak sihat, Arif dengan penyakit kulit, bersambung Hakim seminggu tidak ke sekolah, kemudian sekarang Aiman dan Arissa.

Pada masa yang sama ayah tidak sihat dalam minggu majlis berlangsung. Pada hari ditahan wad, saya wakilkan ayah hadir kursus umrah. Kemudian saya uruskan semula setiap minggu, iaitu setiap pagi Sabtu jam 9.30 berada di masjid. Alhamdulillah sehari sebelum berangkat, saya bawakan ayah kursus khusus hanya dia dan ustaz sahaja. Segalanya dipermudahkan

Pada 28 Mac, saya menghantar ayah ke Kuala Lumpur dan tadi 30 Mac, selemat berangkat akan transit di Brunei dan esok hari akan berangkat ke Mekah.

Usai saya mahu berangkat kembali ke Kelantan,  naluri syahdu sudah mula menderu-deru datang. Saya memeluk ayah erat, memohon ampun dan maaf. Air mata bercucuran jatuh. Saya mengucup pipi ayahanda kiri dan kanan. Ayahanda tidak putus dengan kata-kata nasihatnya seperti biasa, taat pada suami dan keluarga. Insya-Allah ayah doakan terbaik dan dapat dijemput ke sana juga.

Hati sebak, berulang-ulang air mata jatuh. Saya peluk erat, hati sangat pilu namun sisa gembira dipanjatkan dengan rasa syukur. Dengan kudrat yang ada saya dapat sempurnakan apa yang terdaya. Allahuakbar. Syukur.

Betapa syahdunya. Syahdunya kerana Allah memakbulkan doa, walau tidak dapat pergi bersama, namun ini hadiah paling bermakna untuk tahun ini. 

Saturday, March 24, 2012

Bawa Aiman pula


Disebabkan kerja sekarang banyak tugasan luar, makanya tiga kanak-kanak ini boleh ikut ibu. Semalam ke Bachok dan Tok Bali. Apabila sampai di destinasi, Aiman berkata, "wow cantiknya ibu."


Dua hari lepas bawa Hakim ke Pantai Cahaya Bulan. Sebenarnya saya mencari lokasi yang sesuai untuk bawa anak-anak, juga termasuk lokasi untu 'memerah otak' menyiapkan manuskrip. Mahu cari lokasi melepaskan lelah dan bersantai bersama kanak-kanak riang.

Apa yang bagusnya memang banyak pilihan tepi pantai, tepi sungai Kelantan yang membuatkan hati saya aduhai,aduhai. Saya akan kembara lagi dan berkongsi lebih banyak tempat menarik. Jadi kalain boleh singgah di blog http://cuti-cutikelate.blogspot.com/2012/03/kandiez-sunrise-chalet.html untuk melihat lebih banyak info dan lokasi menarik jika kalian mahu bercuti di Kelantan. 

Sebelum balik singgah dahulu minum air kelapa muda. Aiman kata, mahu ikut ibu lagi, memang best pergi tempat kerja ibu.



Panduan bekerja di rumah

Rancang kalender kerja

Sebagaiman bekerja makan gaji, bekerja sendiri juga mempunyai disiplin yang berkaitan. Walaupun anda tidak terikat dengan mana-mana majikan. Namun anda masih terikat dengan masa yang akan bergerak walaupun anda sedang berehat. Dalam tempoh berapa lama anda mahukan usaha anda mengeluarkan hasil. Mungkin enam bulan, 1 tahun atau beberapa tahun kemudian.

Mungkin pada tahun pertama pendapatan kurang lumayan tetapi ianya perlu berganda menjelang tahun berikut.

Tahun pertama anda bekerja sendiri, anda perlu bekerja keras agar segala dalam perancangan berjalan dengan sebaiknya. Anda akan hadapi berbagai halangan dan cabaran. Sediakan perancangan A, B dan C.

Dalam setahun sudah ada 12 bulan, dalam kalender sudah dinyatakan cuti-cuti perayaan dan cuti umum. Sebelum bercuti anda perlu menyiapakan kerja pada tempoh yang ditetapkan dan mengikut masa yang anda boleh siapkan.

Percutian

Gunakan masa ini sebagai ganjaran selepas anda penat bekerja. Jika tahun pertama pendapatan anda adalah belum daripada matlamat, berpada-pada dengan sederhana. Gunakan percutian bersama keluarga dengan menggunakan bajet yang sederhana.

Anda masih lagi dalam mood mengejar matlamat dan belum sampai lagi ke destinasi. Usah berlebihan dalam percutian kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

Percutian yang bermakna apabila apa yang sudah anda usahakan berjaya dan sudah tercapai dengan apa yang disasarkan.

Masa kerja

Jangan lakukan kerja separuh jalan, lakukan sehingga selesai. Itulah ayat inspirasi yang diluahkan daripada salah seorang peserta rancangan The Biggest Loser yang terkeluar semalam.

Setelah keluar dari kepompong lama tidak berjaya menurunkan berat badan, akhirnya peserta tersebut berjaya melakukannya. Keyakinan bertambah apa yang diusahakan untuk menurunkan berat badan bukan usaha yang sia-sia. Malah dia kini semakin sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan.

Begitu juga ketika masa bekerja. Kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia hari ini dengan melakukan kerja hanya separuh jalan. Mulakan dan tamatkan ia. Hasilnya pasti ada.


Rehat

Masa kerja kita perlu bekerja manakala jika tiba masa rehat itulah waktunya memberi ganjaran kepada tubuh badan agar mampu memulihkan tenaga, minda dan fizikal. Tidur awal dan bangun awal adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Bersama keluarga

Kualiti bersama keluarga adalah keutamaan. Bekerja sendiri ataupun bekerja makan gaji keluarga adalah perkara yang penting dalam kehidupan.

Apa tujuan anda bekerja dan mencari pendapatan. Sudah tentunya untuk memberi kebahagian dan sara hidup kepada keluarga. Bataskan waktu sibuk dan tentukan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Thursday, March 22, 2012

kisah dan kehidupan


Apabila wajah tua ini senyum ceria, sudah boleh bangun, makanya anaknya ini hatinya kembali tenang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Usai pagi tadi menguruskan urusan untuk ayah. Katanya mahu singgah lokasi 'dating' bersama arwah emak, setiap kali pulang dari hospital atau dari Kota Bharu.

Nasi Sup Jalan Hospital

Oh, memang sedap. Lokasinya strategik dan berada di bawah pokok ketapang yang rendang. Dua mangkuk nasi sup dan dua gelas air kelapa muda. Juga ada 'pulut lepo' atau pulut bakar kata orang KL. Jadi kenyanglah saya. Sambil makan dan wajah ceria ayahanda membuatkan hati saya juga ceria.

Tuesday, March 20, 2012

Cari terapi diri

Teks: Masayu Ahmad

Salah satu terapi yang saya suka adalah menulis. Tiada masa? Bukan tiada masa tetapi pengurusan masa. Setiap hari setiap orang sama sahaja agihan masa, tinggal lagi bijak mengagih dan menggunakan masa. Ada waktu saya cemerlang mengurus masa, pada masa tertentu saya terbabas-basa juga. Kita tidak sempurna tetapi lakukan dengan sempurna adalah usaha yang baik.

Tengahari ini saya pulang awal, bawa tiga kanak-kanak sekali, Arissa, Aiman dan Hakim. Sudah tiga malam tidur tidak tidur, Arissa terjaga dan badannya panas. Saya agak capek, nasib baik bergilir dengan en.suami. Minggu ini saya kurang produktif dari segi kerja, banyak tuntutan keluarga, rasanya 60 peratus keluarga dan 40 peratus adalah kerja.

Keluarga diutamakan kerjaya ke dua. En.suami menenangkan saya, sabar, sabar. Jadi apa-apa tindakan saya merujuk dia. Apatah awal bulan sangat sibuk ke sana ke sini, ada sedikit lagi urusan ayah sebelum berangkat ke tanah suci.

Iktibar dalam kekalutan

Ada satu ketika dalam seminggu saya sangat lelah dan penat. Makanya saya mahu menangis, ayah di tahan wad, anak kecil tidak sihat. Alhamdulillah urusan esoknya dipermudahkan Allah. Selalu didatangkan ujian-ujian kecil agar kita bersangka baik dalam apa-apa kejadian. Bertenang dan teruskan sahaja perjalanan. Lalu sahaja lopak yang becak, sungai yang deras, apabila sampai ke seberang lopak tadi sudah dibasuh air sungai. Rasa dingin dan damai.

Sudah lena
Arissa sudah lena dalam buai. Sangat berterima kasih kepada mertua selalu sahaj menyediakan menu malam dan pagi. Jika saya sempat balik kerja memang giliran saya memasak, pagi kini mertua yang ambil alih untuk sediakan sarapan. Hujung minggu adalah tugas saya, begitulah seterusnya.

Apabila malam, Arissa selalu berada di dalam pelukan mok, juga ketika saya sibuk kemas rumah, lipat pakaian atau sedang sembahyang. Allah hadiahkan saya mertua yang sangat baik. Tidak terbalas budi. Ini yang mengenangkan rasa malu saya. Tidak jika berada di rumah sendiri, saya boleh bermalas-malasan, di sini juga boleh, tetapi malu itu akan menjadi perisai. Begitu juga dalam hal-hal, ia adalah pagar diri agar berpada-pada dan jangan berlebih-lebih.

Salam kasih sayang, bersangka baik pada setiap ujian kecil, kerana ia menjadikan kita lebih sabar dan manisnya datang perkara-perkara yang tidak terduga.

Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com

Monday, March 19, 2012

Mengapa gagal bekerja dari rumah

Petikan: Ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita,
Bab: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah

Faktor 2: Gagal menjana pendapatan

Kerana teruja untuk bekerja di rumah anda terus terjun tanpa apa- apa persediaan seperti sandaran modal, kewangan dan juga kemahiran. Anda tidak kisah dan berpegang pada prinsip terus berusaha dan jangan mudah putus asa.

Memang ya, anda perlu sentiasa positif, tetapi persediaan dan perancangan adalah salah satu strategi sebelum anda benar-benar bersedia untuk bermula.

Lakukan dahulu secara sambilan atau pada hujung minggu ketika anda masih lagi kerja tetap. Sekiranya kerja/bisnes yang anda lakukan sudah ada pendapatan, dan yakin sekiranya melakukannya sepenuh masa pendapatan akan berganda. Maka sudah boleh menghantar notis perletakan jawatan.

Faktor 3:  Tidak disiplin

Faktor 4: Cepat bosan

Faktor 5: Putus asa

Faktor 6: Tidak memilih bisnes pekerjaan yang disukai

Faktor 7:  Tidak bijak menangani gangguan

Faktor 8: Tewas

Faktor 9: Kegagalan pengurusan kewangan berhemah

Faktor 10: Gagal mengurus kepuasan & kemewahan

Baca sepenuhnya dalam ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita, klik pautan di bawah untuk memilikinya:

                                                      http://www.janawangdirumah.com/
Add captionhttp://www.janawangdirumah.com

Miliki ebook ini, www.janawangdirumah.com

Melayan emosi di pagi hari ;D

Teks: Masayu Ahmad

Wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia mahupun di Malaysia, mempunyai rutin yang hampir sama, tidak kira mempunyai anak seorang, dua orang, tiga orang dan lebih lagi.

Apa yang saya mahu kongsikan. Setiap hari memang macam jenis versi drama anak-anak. Biasanya Aiman, kalau mandi pagi pergi berdukung dahulu.

Bersambung

Sunday, March 18, 2012

Idea mencipta rutin mingguan di rumah

Teks: Masayu Ahmad


Hari ini sudah 19 Mac 2012, baru rasa lega dalam urusna rumah tangga, anak-anak sudah kembali ke PASTI, abang Hakim masih demam, dan ada di rumah ditemani mok dan atuk.

Rasanya saya sudah mendapat rehat yang cukup dan kembali dengan rentak kerja yang bersusun-susun. Dua hari ini sangat terasa keletihannya. Malam tadi sebelum tidur saya berfikir dan mencatat segala senari kerja segera, maksudnya menulis senarai kerja (to do list) dalam minda separuh sedar. Harapnya semuanya dapat disiapkan dalam masa seminggu ini. Insya-Allah, saya boleh dan Masayu Ahmad sangat yakin boleh menyelesaikannya.

Sumber Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 110-111

Idea Mencipta Rutin Mingguan Di Rumah

-Mencipta rutin mingguan dengan menggunakan senarai semak dan menandakan perkara-perkara yang perlu dilakukan selama seminggu.

-Membuat senarai rutin setiap hari dan menentukan senarai keutamaan atau tugas besar yang perlu diselesaikan.

-Memulakan hari dengan bersarapan agar memberikan tenaga dalam satu hari dengan tugas berat yang perlu diselesaikan, kemudian pada ketika siang bergerak ke petang memilih hanta tugas-tugas yang ringan sahaja.


Juga dapatkan info di www.janawangdirumah.com.

Saturday, March 17, 2012

How to be a Super Mom

TIP NUMBER ONE- SUPER HUMAN POWERS

You will need to harness super human powers. You need to see through doors, hear noises happening miles away and develop a sixth sense for problems. This skill must be able to transcend airwaves and oceans and is particularly useful if a child is on a solo holiday abroad.

TIP NUMBER TWO-ORGANISE

Your organisational skills need to be highly developed. You need to organise a schedule for all the family, ensuring that they are where they should be when they should be. Failure is not an option as it will be totally your fault and the agony of a missed swimming class will be felt by your child for an hour, but by you for a lifetime.

TIP NUMBER THREE- DRIVING

Driving- If you are not a competent driver consider taking lessons as it will make your job so much easier. Instead of taking buses laden with shopping and kids in tow you can pile it all into your car. It also makes it easier to fill your schedule as you need less time between appointments and therefore you can work at a faster rate.

Baca lagi di sini:

Mahu fleksibel atau super?

Teks: Masayu Ahmad

Kita sebagai wanita, ibu, anak dan apa sahaja gelaran, memang mahu yang sempurna dalam segala hal. Namun keupayaan kita terbatas. Mahu A yang ini, tetapi B pula terabai. Jadi apa yang boleh menjadikan panduan.

Kita semak kembali kesederhanaan dalam anjuran agam dan Nabi.
Sederhana juga memudahkan kita mengurus rumah tangga.

Bersambung

Esok bermula rutin sibuk

Teks: Masayu Ahmad


Hakim, Arif dan Aiman sudah bergelimpangan di atas toto merah jambu. Arissa kini berpindah ke pangkuan en.suami sambil makan malam.

Ibu? Mahu reda sekejap, usai mengemas segunung pakaian, mengosok seminggu untuk Hakim, ibu dan ayah, masih separuh lagi. Berhenti lelah sebentar. Sudah berpeluh-peluh. Bunyi kipas deras membantu ibu reda, beransur badan menurunkan suhu.

Badan rasa lenguh-lenguh, saya sudah mula teringatkan sentuhan jemari Kak Lah memicit belakang, bahagian yang penat. Selepas sejam memang rasa segar semula. Juga sudah jumpa lokasi idaman hati, mahu rawatan muka hanya RM25 dan sauna RM15 sahaja, campur urutan badan satu jam hanya RM20, semuanya RM60 rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Itu sebagai 'reward' untuk di sendiri, yang ke sana ke sini, urus rumah tangga, urus anak-anak, pemandu, jururawat, doktor, tukang masak, segala-galanya. Terima kasih en.suami kerana banyak membantu.

Aduhai masa menulis saya sekarang banyak terbantut, ada- ada sahaja halangan dan cabaran dan peluang-peluang baru yang terbuka luas. Harapnya saya kekal fokus satu persatu. Apabila kita berkenalan dengan ramai usahawan lama, maka lebih banyak peluang pula yang datang. Alhamdulillah.

Ok, saya mahu mandi dan rehatkan badan. Belum boleh rehat mahu sambung gosok pakaian.

Sehingga ketemu lagi:

Buat Farah yang bertanyakan kumpulan bekerja dari rumah ini saya sertakan link:

Malaysian WAHM community

http://www.facebook.com/groups/272386236172102/

ini juga

Malaysian Mum Biz Network
http://www.facebook.com/groups/mmbiznetwork/

Friday, March 16, 2012

Siri jelajah mengenali usahawan


Di atas adalah salah satu spa yang mana pemiliknya baru berusia 24 tahun. Saya ada juga berjumpa pemilik restoran suami isteri yang berusia 24. Mereka kalangan ini adalah mendapat sepenuh sokongan daripada ibu bapa atau keluarga yang sudah mempunyai bisnes.

Famili bisnes

Bayangkan kita yang sudah memulakan bisnes dari sekarang, tinggal lagi boleh diteruskan oleh anak-anak.
Ia mungkin akan menjadi warisan, empayar atau apa sahaja yang boleh diteruskan oleh anak-anak.

Pilihan bisnes skala kecil

Sewaktu menemuramah En. Zulkifli pemilik Danga Inn, iaitu pengusaha penginapan bajet yang berkonsepkan rumah tetamu di atas air. Atau dengan kata lain En.Zul membina sebuah rumah tamu yang mempunyai panorama di tepi sungai. Pemandangannya sangat cantik, jika di tengok dari luaran ia adalah biasa-biasa sahaja.

Sebaik sahaja saya melangkah masuk, aduhai sangat terpukau dengan bilik yang menghadap terus ke air.



Antara perkongsian menarik en.zul, danga inn ini dibuka sejak lima tahun lalu. Ketika anak-anak sedang membesar dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kelantan. Membina rumah penginapan. Katanya, kini anak-anak sudah besar jadi rumah penginapan ini dibuat bersambung dengan penginapan keluarganya. Jika anak-anak sudah berkahwin kelak, boleh jadikan rumah tetamu ini khusus untuk ahli keluarga, jadi pada masa-masa yang lain ia boleh menjana pendapatan sampingan.

Rumah tamu boleh dijadikan pendapatan pasif bagi jangka masa panjang, pun begitu ia perlu dipromosi secara berterusan. Bagi kalian yang ingin menginap di sini, nanti saya masukkan nombor untuk menghubungi en.zul. 

Bilik di atas hanya RM120, sangat murah dan lokasi ini hanya lima hingga tujuh minit ke Pantai Irama Banchok.

Thursday, March 15, 2012

Tiada masa untuk rehat

Teks: www.masayuahmad.com


Jika dulu ramai yang berkumpul di forum-forum online, kemudiannya blog mengambil tempat, selepas itu facebook muncul sebagai perantara atau medium paling baik untuk menghubungkan silaturrahim, terkini banyak kumpulan-kumpulan mengikut kelompok atau kategori mula mengambil alih. Kumpulan seperti ibu-ibu menyusu, bekerja dari rumah, wanita-wanita bisnes, yang dibuka secara 'tertutup' dan ada juga secara terbuka.

Ini salah satu cara atau medium untuk kita berkenalan dan juga mencipta rangkaian baru khususnya bagi ibu-ibu yang mencari peluang diluar sana. Tidak ketinggalan juga sesi sembang dan meluah pendapat tentang urusan rumah tangga, agihan masa dan banyak perkara lagi yang disentuh.

Bersambuang

Wednesday, March 14, 2012

Melayan kerenah anak-anak

Awal pagi tadi macam-macam keranah anak-anak. Agaknya kebetulan minggu ini saya sibuk, jadi amat terasa masa berkualiti yang terhad untuk anak-anak. Selesai sudah urusan kenduri kendara, jadi saya kembali fokus untuk rutin harian dan juga urusan kerja. Banyak yang tersangkut yang perlu mengikut trek kembali.

Tuesday, March 13, 2012

Musim cuti sekolah

Alhamdulillah selesai sudah urusan majlis kesyukuran untuk adik perempuan saya. Juga tadi majlis sambut menantu di Machang. Selepas ini ada beberapa lagi urusan penting. Moganya Allah memberi kesihatan yang baik untuk saya menjalani rutin sebagai isteri, anak, ibu dan yang sewaktu dengannya.

Di sini jika tiba musim cuti sekolah, keadaannya seperti hari raya, meriah di jalan raya dan juga meriah dengan kenduri dan kendara. Mungkin bukan sekadar di sini tetapi di negeri kalain juga di seluruh negara.

Esok bermula semula rutin bekerja seperti biasa, banyak yang bersusun-susun menanti untuk diselesaikan.

Wednesday, March 7, 2012

Al-Quran Digital Al-Iman


                                                       Miliki naskah ini sekarang, di pautan ini                  
                                                      http://panduanbacaquran.blogspot.com/

Segalanya tentang perjuangan dan tanggungjawab

Teks; Masayu Ahmad


Setiap hari datang dan pergi, berjalan, berlalu, lopak, longkang, jalan yang lurus. Apa saya mahu katakan, itulah lumrah kehidupan. Ada waktu sedih, gembira, duka nestapa, bersyukur. Setiap yang berlaku datang bersama hikmah yang kita tidak ketahui. Tetapi percayalah semuanya ada perjalanan dan akhirannya yang sangat manis jika dilihat dari sudut positif.

Ketika ini saya rehat sekejap menulis entri ini, menderu-menderu untuk saya menulis di sini. Selalu saya katakan pada diri, ketika saat sibuk tugasan kerja dan urusan anak-anak, tiba-tiba ada panggilan ayah mahu ke klinik, mahu apa-apa dari anaknya ini. Maka bersegeralah katakan ya dan tidak menangguh-nangguh. Bisikan halus kadangkala, tak apalah biarlah orang lain yang urusan. Mudah sahaja untuk tetapkan pendirian, telefon pada en.suami minta pandangan. Selalunya pandangan dan saranan positif dan menyeru saya kembali tindakan yang betul

Sudah niatnya pulang berhijrah ke tanah kelahiran kerana mahu berbakti, maka dengan apa sahaja yang ada saya usahakan untuk berkhidmat. Melihat wajah tua yang semakin bertambah usia, rasa sayu pula hati.

Ketika ayah merasakan sesak nafasnya, saya menggosok-gosok bahagian yang tidak selesa. Rasa ada sesuatu yang hadir. Saya katakan pada ayah, istigfar-istigfar, zikir jangan putus. Rasa menderu-deru perasaan halus yang memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Ayah kini masih lagi di wad kecemasan. Moganya Allah memberikan kesembuhan kepada ayah. Sebagai anak, saya masih berusaha dan terus berdoa dengan perkara-perkara yang positif sahaja. Fikiran dan tindakan masih berada dalam keadaan rasional dan moganya diberikan kesihatan yang baik kepada saya agar dapat menguruskan tanggungjawab dengan baik.
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin