Teks: www.masayuahmad.com
Salam ceria pagi Khamis. Pagi ni sarapan nasi goreng kampung merah. Apa yang merah? Merahnya kerana guna cili kering. Mudah sahaja kerana bawang kisar sudah ada dalam peti ais. Jadi masak nasi, panas minyak, masuk bahan kisar, ikan bilis, masukkan nasi putih, kemudian sayur. Hidangan bersama teh o panas.
Suasana pagi tetap nyaman seperti biasa, usai menyiapkan sarapan, bersegera menyidai pakaian di ampaian. Macam biasa juga saya ditemani keliling pokok-pokok menghijau. Sekarang sudah musim buah, manggis sudah banyak yang masak ranum, tetapi rambutan belum masak, hanya nampak putik buah yang mula bergayut sana sini.
Selesai menyidai kain, saya seperti biasa bersarapan sambil menyuapkan Arissa. Anak dara ini memang bangun pagi menyusu, kemudian dimandikan. Sekarang Arissa sudah wangi, ada di belakang ibu, menyatakan.
"Baa, baa, baa, baaa," membebel seorang diri-maksudnya buatlah ibu kerja, Arissa sudah kenyang sekarang mahu bermain.
Anak dara sudah menangis, nanti saya sambung lagi, ada entri motivasi pagi ini. Saya mahu berundur sekejap ;D
Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com
No comments:
Post a Comment