Thursday, February 21, 2013

Keindahan bekerja di rumah, betapa cantiknya aturan Allah ;)

Teks: Masayu Ahmad

Sudah pun 2.31 tengahari 22.2.2013, wah cepat masa berlalu, saya masih lagi melakukan kerja-kerja akhir manuskrip, nantikan ebook super wahm, super mom, 25 hb sudah terbit secara rasmi. Berehat sehari saya akan bersambung pula ebook Mac 2013. Ya, tahun ini adalah kelahiran lebih banyak susunan manuskrip yang beratur beberapa tahun sudah semenjak 2008. 2013 ini sasaran saya adalah 12 bakal terbit dan juga saya mensasarkan 30 buku/ebook akhir 2014. Selepas selesai 30 ini barulah saya akan memulakan bengkel penulisan online dan offline atas permintaan ramai.  Ini KPI untuk 2013 dan 2014. Ia adalah bentuk pendapatan aktif dan pasif sebelum saya mencecah usia 35 dan dapat bersara awal. Tetapi menulis adalah diteruskan sehingga saya menutup mata. Selagi mana diberikan kesihatan yang baik dan usia yang perlu disumbangkan kepada masyarakat. Moganya usia ini direstui Ilahi, dan perjalanan ini semenjak 2008 sangat indah sekali.

Menyentuh tajuk di atas, keindahan bekerja di rumah. Sejak akhir, akhir ini saya sangat terkesan dengan kuasa usaha, nikmat dan sabar. Ia adalah gabungan paling hebat jika dicerap dan dipraktik. Saya dengan sandaran status bekerja di rumah, anak-anak kecil dan tinggal bersama mertua.

Tentu sekali ada yang berkata, eee.....tinggal denngan mertua?

Alhamdulillah, banyak nikmat yang saya perolehi tanpa sedar dan tidak. Rezeki tidak pernah putus, kecil atau besar, banyak atau sedikit itu adalah ukuran yang sangat subjektif. Apabila berpagi-pagi menyelesaikan memasak dan siapkan Arissa. Atuk dan mok begitu ceria melayan Arissa yang semakin petah bercakap. Arissa lah pencetu suasana. Sambil mulutnya muncung menyebut, mok, mok, mok, tuk, tuk, tuk. Aksi manja, bergurau senda, saya merasakan itulah kenikmatan paling dalam, melihat orang tua gembira.

Gembira masanya di isi melayan keletah cucu, gembira dan tiada kesunyian. Kita tidak tahu apa situasi kita apabila tua kelak. Tetapi gambaran yang nyata apabila kita bayangkan dari sekarang, sudikah anak-anak menjaga kita, sudikan anak cucu bersama kita, sudikan menanti memasak dan tinggal bersama kita. Jawapannya ada di tangan dan fikiran kalian sekarang. Situasi kalian kini bagaimana? Adakah ibu bapa berjauhan, lantaran mencari rezeki di bandar. Adakah ada ibu tua kesunyian, adakah ada ayah yang keseorangan. Kerana saya juga ada ayahanda yang tinggal keseorangan, dan saya masih juga lagi mencari keseimbangan untuk di sini dan di sana. Apakah nasib saya hari tua kelak, kerana saya tidak mampu berada di satu tempat untuk menjaga serentak ayah dan kedua mertua. Saya meletakkan ini atas dasar Allah sebaik-baik perancang, namun saya masih berusaha dengan cara terbaik untuk menjaga kebajikan ayah. Tentunya bersyukur kerana adik beradik yang lain juga mengambil berat perihal ayah. Selesai urusa manuskrip ini akan bersegera saya pulang ke rumah ayah. Insya-Allah.

Bagaimana mahu mula, saya keliru-tips wahm, soho


Salam kasih sayang, kami di sini sudah pun Jumaat, sudah hujung minggu. Pejam celik, pejam celik sudah sabtu, sudah jumaat, sudah isnin. Aduhai, aduhai masa memang laju berlari. Menu pagi ini sudha siap nasi lemak kasih sayang, ikan tenggiri, ikan billis, telur rebus, nasi daun pandan dan teh o panas. Semua sedang menjamur selera. Hanya Aiman sedang merengek-rengek  di kaki meja menunggu saya untuk mandi. Tak Apa ibu siapkan dahulu entri ini. ;)

Saya ada menerima banyak email dan pertanyaan, saya tidak mampu menjawab serentak namun saya cuba untuk jawab di sini agar lebih ramai bermanfaat. Juga sangat ramai surirumah di luar sana yang tidak tahu bagaimana mahu mula.

Ada berita baik untuk kalian, tetapi saya tidak boleh uar-uarkan lagi di sini, masih lagi di peringkat perbincangan. Untuk personal coaching memnag saya sudah mula di sini bagi yang benar-benar mahu bermuala. Saya hanya fokus bagi kalian yang benar-benar zero sahaja. Bagi yang sudah pandai gunakan blog dan facebook boleh hadiri banyak seminar yang sudah sedia ada ditawarkan oleh banyak pakar IM.

Bersambung ya, ada lagi yang mahu dikongsi;)
Promosi pakej ini sah sehingga 10 Mac 2013 Sahaja harga selepas ini RM85
Klik di sini untuk keterangan lanjut: http://jana-wang-di-rumah.blogspot.com/

Pandangan 1: Ebook www.janawangdirumah.com
http://jana-wang-di-rumah.blogspot.com/

Saya Azie dari Perak. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas artikel-artikel hebat dan berilmu untuk para pengunjung blog.
Banyak informasi dan pengetahuan yang saya perolehi sejak berjumpa secara tidak sengaja dengan blog tersebut terutamanya perihal yang berkaitan dengan wanita dan bekerja dari rumah.
Membaca tulisan di blog menyuntik semangat saya untuk kembali bangkit mencari diri sendiri. Panduan dan ilmu yang diberikan begitu bermanfaat untuk saya yang masih lagi teraba-raba mencari hala tuju untuk ke destinasi yang sebenarnya.
Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Tujuan email ini adalah untuk memaklumkan yang saya berminat untuk mendapatkan buku yang bertajuk "JANA RM DARI RUMAH".
Sebelum ini saya sudahpun membeli ebook yang bertajuk "JANA WANG DI RUMAH"www.janawangdirumah.com.
Banyak informasi yang dapat memberi manfaat kepada saya melalui pembacaan ebook berkenaan. Apabila difikirkan kembali bukan tiada usaha tetapi kita yang tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Di samping tiada fokus yang tinggi dan berterusan membuatkan segala apa yang kita lakukan sering tidak menjadi.
Itulah yang sering dihadapi oleh saya, kadang-kadang diri dalam dilema dan sampai satu tahap, sudah tidak tahu untuk buat apa-apa lagi. Mungkinkah saya yang gagal untuk merancang segala perjalanan hidup saya. Betul juga rasanya, minta maaflah kak mas panjanglah pula coretan. Sekadar ingin berkongsi rasa hati, saya sekarang dalam usaha untuk mencari kekuatan diri dalam memajukan diri untuk kehidupan yang lebih bermakna..
Apa-apapun, informasi dan ilmu yang dikongsi ini dapat memberikan saya peluang untuk mecapai apa yang dihajati. Apa yang penting praktikkan apa yang terkandung di dalam buku dan ebook sepertimana yang disarankan. 
Kita berusaha untuk mendapatkannya, terima kasih yang tidak terucap buat kak mas semoga terus dikurniakan Allah dengan idea dan ilmu yang lebih bermanfaat lagi untuk dikongsi bersama kami di luar. 
Wassalam, Azie Perak. 
Ulasan 2-Buku Jana RM Dari Rumah

http://jana-wang-di-rumah.blogspot.com/
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Akhir-akhir ni, semakin ramai yang bertanya kepada saya tentang cara-cara memulakan bisnes dari rumah, langkah-langkah yang harus diambil, tips-tips pemasaran online dan sebagainya. Sebagai seorang yang suka berkongsi apa jua ilmu yang diperolehi, saya rasa amat bertangunggjawab untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bidang ni.

Beberapa hari lepas, Allah telah membuka jalan untuk saya berkenalan dengan penulis, Masayu Ahmad. Beliau merupakan penulis buku yang bertajuk “Jana RM Dari Rumah”. Sebenarnya, buku ni saya beli dah lama, dari akhir tahun lepas. Sudah dibaca sekali, akan tetapi, selepas dapat berkenalan dengan penulis buku ni, saya baca lagi sekali.

Selepas membacanya, saya dapati kandungan buku ni, amat sesuai untuk sesiapa sahaja pun yang ingin memulakan bisnes dari rumah. Ia merupakan satu buku permulaan. ’1st step towards home business’. Ia bukan sahaja memberikan pembaca informasi tentang bagaimana nak mula, malahan tips-tips serta idea-idea bisnes dari rumah disertakan juga.

Boleh dikatakan buku ni amat lengkap untuk sesiapa sahaja yang sudah ada niat untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah. Buat saya yang dah 3 tahun lebih buat perniagaan sepenuh masa hanya dari rumah, tidak dapat dinafikan yang buku ni boleh dan akan membantu sesiapa sahaja.

Tapi adakah buku ni lengkap dari segi tips-tips khusus mengenai satu bidang yang ingin diceburi? Tidak sama sekali. Ini adalah kerana tips/informasi yang dikongsikan dalam buku ini lebih kepada bisnes dari rumah secara umum. Akan tetapi, walaupun secara umum, ia banyak menyentuh bisnes melalui internet.

Pada saya, asas bisnes mesti kukuh. Banyak yang gagal kerana asas tidak kukuh. Kalau sekadar ingin berbisnes kerana ingin kaya dan banyak duit, saya berani jamin, bisnes anda, kalau dapat jana pendapatan pun, tidak akan pergi jauh.

Di sini, saya ingin tekankan dari pandangan saya pula, kenapa saya berkata ianya tidak akan pergi jauh.

Pertama sekali niat mesti betul. Jangan sekali-kali jadi hamba duit. Jangan sekali-kali buat duit sebagai matlamat hidup, atau matlamat bisnes. Besar kemungkinan, kerana duit menjadi matlamat, kita akan mula fikir bagaimana nak untung lebih. Kalau berniaga nasi ayam kita akan mula kurangkan nasi, kurangkan ayam, tapi harga kita naikkan seposen. Kerana kita tahu, bila kita kurangkan nasi dan ayam, kita boleh jual kepada lebih ramai orang.

Nanti lama kelamaan, orang ramai akan dapat rasa yang nasi ayam anda terlalu mahal, atau quantity nasi terlalu sikit. Sup tawar kerana kurangkan garam (Saya tahu sihat, tapi kalau da mcm hirup air paip buat pe) dan sebagainya. Kalau anda buat kan duit sebagai matlamat utama, syaitan mula berbisik untuk menghalalkan yang haram. Da mula nak guna pelaris dan pergi jumpa bomoh. Syirik tu semua!

Jadi, macam mana agaknya nak dapatkan niat yang betul, supaya kita tidak terjerumus dalam kancah maksiat?

No. 1, kalau sebelum ni niat buat bisnes pasal nak kaya, gi ubah. Tukar kepada “Saya nak berbisnes pasal nak hantar mak & ayah saya gi haji setiap tahun” Dan niat tu mesti IKHLAS. Baru Allah akan buka jalan.

Lepas tu, da ada niat, mesti ada MINAT. Okay, tentang minat ni, saya post di lain masa. Buat masa skarang, nasihat saya, grab lah satu copy “Jana RM Dari Rumah” oleh Puan Masayu Ahmad. Lepas sudah terbuka sket minda tu, boleh cari saya pula. hehehe

Sampai sini sahaja,

Wassalam,


Wednesday, February 20, 2013

Realisasikan matlamat bekerja dari rumah- ;)

Hanya 21 Feb hingga 10 Mac sahaja,
singgah di sini untuk keterangan lanjut http://jana-wang-di-rumah.blogspot.com/

Cabaran bekerja dari rumah dan solusi

Teks: Masayu Ahmad

                                                 http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Sumber: Bab 9 super wahm super mom
Terdapat banyak cabaran bekerja dari rumah, berikut saya senaraikan

1. Tidak tahu mula dari mana
-Kes begini banyak berlaku di kalangan mereka yang baru pertama kali mendengar perkataan bekerja dari rumah dan keterujaan mula menguasi mereka. Sangat penting ilmu dan penyelidikan sebelum mengambil keputus bekerja dari rumah. Kalian akan kecewa apabila ia tidak sebagaimana yang digambarkan. Hari indah pada hari pertama, minggu pertama, bulan pertama akan berubah suasana menjelang tahun-tahun berikutnya.

2. Motivasi merudum
Tidak dapat tidak, jika kalian seorang yang mudah putus asa, motivasi akan mudah merudum apabila prestasi bekerja dari rumah tidak ada pencapaian. Maksudnya tidak mampu melaksanakan strategi untuk meningkatkan jualan harian, bulanan, tahunan. Sumber kewangan semakin merosot dan anda tidak pandai untuk melakukan aktiviti inovasi ke atas rancangan bekerja di rumah atau rancangan bisnes. Sangat penting berada dalam kelompok bekerja dari rumah dan wanita bergelar usahawan dari rumah.

Inovasi dan kreatif-tips wahm terhebat

Teks: Masayu Ahmad

Banya hari saya menulis kemudian simpan semula dalam draf, tetapi menghargai kalian yang sudi singgah di sini, perlunya juga saya berkongsi walau seciput pengalaman. Alhamdulillah saya semakin serasi dengan jadual baru. Tetapi masih lagi berada dalam momentum penulisan, tinggal beberaoa hari lagi secara rasmi ebook super wahm, super mom akan diterbitkan. Terima kasih kepada yang sudah sudi membeli. Bagi yang belum ada apa-apa bahan bacaan asas permulaan bisnes, boleh dapatkan dahulu ebook asas permulaan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Kerana apa? Dalam ebook janawangdirumah.com saya berkongsi impian mereka yang mahu bekerja dari rumah, dan yang menariknya sebahagian wanita yang berkongsi itu sudahpun merealisasikan impian mereka. Kisah mereka ada pula kesinambungan dalam  ebook terbaru saya super wahm super mom. Hebat bukan? Itu juga kuasa minda separuh sedar, antara lain apabila kita mencatat matlamat dan berkongsi. Mereka berkongsi dengan saya, dan mungkin ramai yang membaca dan memakbulkan doa. Kisah 15 wahm, yang punya pengalaman menarik untuk dikongsi bersama kalian.

Bagaimana mereka ada perasaan keliru untuk bermula, perkongsian jurutera bertukar status bekerja dari rumah, perkongsian surirumah yang tidak ada pendapatan dan sudah ada punca pendapatan dari bisnes. Juga bagaiman mereka bergelumang dalam kehidupan dan realiti sebenar berstatus wahm dan juga surirumah. Bukan senang sebenarnya, tetapi mereka adalah surirumah terhebat yang telah memilih jalan yang mereka mahu dan tentunta sudah bermohon kepada 'majikan' sebenar dan restu suami.




Untuk tempahan ebook ini, klik di sini

Bab 2: Super wahm, super mom
Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.
Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan. Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluara semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya 

 
Sumber: Bab 3 ebook super wahm super mom

http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Sekarang apabila difikirkan semula baru saya sedar kenapa saya tidak suka bisnes. Sebenarnya ayah meninggal masa abang umur tujuh tahun dan saya dua tahun, kakak sulung pula masih di sekolah menengah. Mak pulak belajar setakat darjah empat sebab arwah atuk tak mampu. Untuk menyara kehipan, mak dan arwah nenek buat kuih dan hantar ke kedai kopi untuk dijual. Apabila saya di sekolah rendah, sebelum ke sekolah, mak selalu suruh hantar kuih ke kedai dan ambik dulang dan duit lepas balik sekolah. Entah kenapa, tapi saya rasa malu. Mungkin pada saya masa itu kerja jual kuih ni memalukan. Terukkan saya? Hingga sekolah menengah pun masih perasaan yang sama.
Apabila sudah besar, saya pernah tanya mak kenapa dia buat kuih, sedangkan sepupu dia yang juga kematian suami, yang langsung tak sekolah dan tak tahu tulis dan baca, boleh kerja di kilang dengan gaji yg lebih banyak dan dapat EPF. Kenapa mak tak nak kerja kilang? Mak jawab
“Rumah kita kan depan laut, aku takut nanti kalau aku tak ada di rumah, hangpa akan mandi laut dan mati lemas’.
Hmmmm..terdiam panjang masa tu. Sekarang ni baru perasan yang rupanya mak ni bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab dia mahu pastikan anak-anak dia sentiasa depan mata dan selamat. Satu pekerjaan yang ramai ibu2 masa kini yang memegang ijazah, masters dan PHD impikan
Berbalik pada kisah saya. Selepas Diploma Sains Komputer di UTM, saya terus ke US untuk sambung ijazah. Nak dijadikan cerita, berjumpa pulak jodoh di sana. Lepas habis pengajian, saya dan suami nekad untuk bekerja dan menetap di US. Niat untuk kumpul duit supaya bila balik Malaysia tak perlu berhutang untuk beli rumah dan kereta. Selepas 11 tahun baru lah terbuka hati untuk pindah ke Malaysia demi keluarga tercinta.




http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Sumber: Bab 3 super wahm super mom
Tekanan urus rumahtangga
Pada mulanya memang sukar. Tekanan dengan kerenah 4 orang anak (dulu semua hantar taska). Saya perlu uruskan kerja rumah, siapkan tempahan, pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah. Saya menghadapi masalah kemurungan hampir enam bulan, alhamdulillah saya ada ramai sahaba
t seangkatan yang beri sokongan.
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5.
Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.
Perkongsian Noor Hidawati.

http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5. Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.Perkongsian Noor Hidawati.
http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Tuesday, February 19, 2013

Motivasi pagi terhebat-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Hari tehebat bermula lagi, hari ini sudah 20 Februari 2013, alhamdulillah masih ada usia untuk teruskan perjuangan hari ini. 24 jam diberi masa, selesai atau tidak kita lihat nanti pengakhiran untuk malam ini. Tugas utama hari ini.

1. Sunting, sunting dan sunting manuskrip

2. Bergerak manuskrip bulan Mac

3. Masih ada beberapa urusan belum selesai www.nbbukuonline.com saya masih memasukkan judul-judul buku. Insya-Allah.

4. Urusan dropship buku dan produk sunnah berjalan seperti biasa.


Seronoknya saya bermula Mac skynet berpindah lebih dekat dengan jarak kediaman, jadi banyak masa boleh jimat dan lebih mudah. Alhamdulillah. Bagi yang berminat untuk sertai dropship boleh lihat link ini ya




Monday, February 18, 2013

Banyak wang, banyak masa-tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Sumber buku jana rm dari rumah: mukasurat 85

Kenal pasti waktu produktif

Setiap individu mempunyai waktu produktif ynag berlainan. Menurut Roberst Sullivan dalam bukunya The small business start-up guide, menyatakan terdapat dua kategori individu produktif. Iaitu produktif pada waktu siang dan produktif pada waktu malam. Bagi mereka yang tergolong dalam produktif pada waktu pagi dan siang hari adalah individu yang sesuai bekerja sebagai usahawan.

Ini kerana menjalankan bisnes memerlukan tenaga dan keupayaan yang tinggi untuk kekal fokus dna mencapai matlamat dalam bisnes. Jam kerja adalah lebih panjang, komitmen lebh tinggi dan sanggup berkorban masa dan tenaga.



Promosi 19 feb hingga 10 Mac 2013

Hanya RM50 untuk belian berikut (harga selepas 10 Mac RM85)


Hanya RM50 sahaja
Bayar di sini 
                                         http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan


                                                 Ebook Bonus: Panduan Mula Bisnes Butik (percuma)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin