Monday, September 16, 2013

Hujan, ubi rebus dan zaman indah kanak-kanak

Foto: pakcik google

Teks: Masayu Ahmad

Menderu hujan lebat jatuh ke tanah, perut pula mula memberi irama mahu sesuatu yang panas dan sedap untuk dihirup. Aroma meruap susu kambing dicampur pula sedikit kopi dan susu. Ya Allah sedap di petang hari dingin begini. Meja tersusun seperti biasa dengan manuskrip demi manuskrip. Ada yang perlu segara, terutama ebook asas blog yang sedang saya tambah nilai kemudian pdf. Ini paling segera.

Suasana sunyi, hanya mok dan atok sahaja. Anak-anak semua keluar, en. suami bawa mereka merai Arif yang mahukan sesuatu. Tadi dengar juga teriakan kecil Arissa yang menangis mahu mengikut. Kemudian semua lenyap, agaknya Arissa juga pergi sama.

Mendung di luar saya gegas keluar untuk mengutip pakaian di ampaian. Dua hari ini santai sahaja. Pun begitu jiwa masih tegar mengejar matlamat, banyaka manuskrip terbengkalai, ada yang perlu suntingan semula, ada yang perlu ditambah, proposal yang menanti, susunan artikel yang perlu dihantar. Saya gemarkan keindahan kerja begini. Kerana saya tidak perlukan siapa-siapa mengatur saya, tetapi disiplin diri itu amat perlu, kerana produktiviti bergantung kepada gerak kerja yang kita usahakan sendiri.

Begitu juga pasukan di akademi bekerja di rumah, saya amat berpuas, hati nampaknya mereka sudah ada rentak sendiri. Kami masih lagi buka pendaftaran setiap hari.

Oh ya, kembali kepada tajuk, hujan, ubi rebus dan kenangan lalu.

Satu gambar lama menyentuh hati saya, arwah mek memangku Aiman, ya pada masa itu Aiman baru lepas pantang, sekitar penghujung tahun 2008. Sudah lama ia berlalu. Hmmm...

Semoga Allah merahmati mek, al-fatihah.

Kelas online masih dibuka pendaftaran seperti biasa, boleh hubungi saya di fb untuk pendaftaran.https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.



Sunday, September 15, 2013

Buat dan selesaikan.

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Selamat bercuti-cuti,  sudah siap nasi lemak kasih sayang, telur rebus, dan sambal udang. Rehat dan santai di rumah, sambil meneruskan rutin seperti biasa.
Semalam dalam masa 1 jam saya sempat khatamkan sebuah buku yang penuh inspirasi, nukilan adik Nur Madihah, pelajar cemerlang 20 A.

Saya kongsikan di sini, kata-kata inspirasi, muka surat 24.

Aku menyimpulkan kata-kata ayah supaya belajar kerana ilmu adalah tanggungjawab. Aku belajar ilmu agama: tauhid, feqah, sirah, akhlak, tasawaur, al-quran, hadis, nahu, soraf dan lain-lain untuk menguruskan kerohanian (ruhku).
Manakala pelajaran seperti sains, fizik, biologi, matematik, ekonomi, prinsip akaun dan lain-lan untuk memanfaatkan akalku agar menjadi insan yang cerdik demi kemakmuran bumi Allah. Juga aku dapat menyusur sumber ilmu yang ku sebutkan di atas hanyalah dengan mempelajari banyak bahsa terutamanya Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Inilah yang sering ku sematkan dalam hati, bahawa pengetahuan adalah sahabat bagi seorang pelajar walaupun menempuh kesukaran dan cabaran.
Nota saya: Ilmu itu sehingga ke liang lahad, banyak sumber.
Iklan: Kelas online masih dibuka pendaftaran setiap hari seperti biasa, boleh dapatkan keterangan lanjut di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


Perkongsian Aishah Hussein
Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta. Kami saling bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas. Dari situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para peserta. Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.

Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7 guru online. Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru online. Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini. Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan bisnes-bisnes lain.

Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke mana-mana. Jadual kelas adalah fleksibel. Peserta hanya berhubung dengan guru melalui message di facebook. Nota untuk kelas semua diberikan di dalam kelas online. Peserta hanya perlu baca dan rajin berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.

Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung melalaui online. Bemaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas boleh terus bermula. Gajet tidak perlu yang canggih-manggih. Gajet wajib adalah talian internet atau broadband dan laptop atau PC. Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan walau di mana mereka berada. Malah ada pelajar saya yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di blog beliau. Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog. Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor, malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah. Jadi jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini. Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.

Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah. Moga niat kami untuk menyediakan platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.

Friday, September 13, 2013

Bisnes online- produk dan servis tanpa perlu keluar rumah.

Teks: Masayu Ahmad
Mula dari sekarang baca naskah ini www.janawangdirumah.com. Mulakan langkah pertama kalian.

Ya masih gigih untuk bulan 9, 10, 11, 12. Masih berbaki 3 bulan dan 2 minggu sahaja untuk selesai senarai di bawah

Senarai segera minggu ini
1. 16 artikel
2. Proposal
3. Suntingan manuskrip 200 mukasurat

Senarai segera minggu berikutnya
1. Selesaikan ebook 101 idea home-based bisnes
pakej wahm soho
2. Selesaikan ebook rahsia khidmat pelanggan online
pakej wahm soho
3. Selesaikan ebook 44 hari berpantang tradisional & moden
pakej ebook berpantang

Senarai segera minggu 1 lagi

1. Manuskrip surirumah jutawan
2.
3.
4.

Baik kembali kepada tajuk: Mana lebih mudah untuk diurus produk digital atau fizikal.

Dua jenis produk ini ada pro dan kontranya. Tetapi hari ini saya mahu berkongsi 10 manfaat produk digital.

Apa itu produk digital. Produk digital tidak dapat dipegang tetapi dibaca dan dilihat. Contoh, ebook, video tutorial, kelas online dan perkhidmatan online.

Contoh lain:

1.  Affiliate
2. Kelas online
3. Periklanan.

Sejak tiga bulan ini saya fokus kepada 3 kategori produk digital. Iaitu kelas online, ruang periklanan dan juga ebook.

10 manfaat.
1. Tidak perlu kos
2. Kalau ada ia sangat minima
3. Mudah diurus di mana-mana pun.
4. Tidak perlukan ruang- jadi tak perlu bayar sewa kan.
5. Tak perlu stok-jadi tak perlu ruang juga kan.
6. Tak perlu keluar rumah. Jadi tak perlu ke pejabat pos pun, jimat minyak.
7. Tidak perlu komitmen urus dan hantar atau maklumkan status penghantaran kepada pelanggan. Minima urusan luar, terutama produk lambat sampai. Boleh diselesaikan tempoh 24 jam.
8. Jika ada kecemasan, anak sakit, demam, dan sebagainya masih boleh diuruskan seperti biasa.
9. Tiada had pendapatan, berusaha luar biasa, maka hasil luar biasa juga.
10. Mula bila-bila masa, raih pendapatan luar biasa. ;)

Thursday, September 12, 2013

Fokus dan konsisten

Teks: Masayu Ahmad
mula dari sekarang www.janawangdirumah.com

Kami berada di sini dari petang semalam dan hari ini, Cadangnya sambil ikut suami, sambil sambil bawa anak-anak, sambil rehat, sambil buat kerja. Berapa banyak sambil tu.




Umum ketahui Kelantan salah satu daya penarik adalah tepi pantai dan pantainya yang cantik. Banyak pilihan jika ke sini salah satunya, Perdana Beach Resort.

Bersambung ya..

Wednesday, September 11, 2013

Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah?

Teks: Masayu Ahmad

Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.

Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?

Ok, semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan

Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.


Kembali bekerja

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.

Sasaran dalam jangka masa pendek

Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)

Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.

Tambah pengalaman, kemahiran, pengetahuan

Anda rasa masih belum berpuas hati dengan kemahiran dan pengalaman yang ada. Jadi, boleh bekerja secara sambilan atau sepenuh masa untuk mengasah kembali kemahiran dan ingin belajar perkara baru.

Mencari perubahan baru

Selepas berhenti kerja, anda ditawarkan dengan gaji lumayan. Boleh mempertimbangkan hal tersebut, tetapi niat asal sudah tentun akan kembali ke pangkuan keluarga. Saat kritikal yang diperlukan adalah semasa proses anak-anak membesar dan juga semasa anak-anak mula bersekolah. Ini boleh dirancangan daripad awal.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Tuesday, September 10, 2013

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah

 Teks: Masayu Ahmad


Salam hujung minggu buat semua suri hebat diluar sana. Tidak kira suri yang bekerja dari rumah atau suri rumah sepenuh masa.

Suri rumah sepenuh masa

Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah

Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah

Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif

Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Ubah pandangan

Apabila kita memandang seseorang daripada pakaian yang biasa-biasa, kita tidak boleh memberi gambaran yang tepat. Kadangkala perwatakan bersahaja, tetapi mempunyai ilmu luar biasa. Kadangkala kehebatan pakaian luar biasa, tetapi apabila bercakap dan memberi pandangan, tidak apa-apa yang ada.

Serlakan rasa rendah diri

Apabila kita merasa hebat, sebenarnya kita sudah menonjolkan kelemahan diri yang nyata. Semakin tinggi darjat, kekayaan, pangkat dan kuasa, kita sudah dimain-mainkan oleh perkara berkenaan. Kita bergantung kepada kuasa ini untuk mengekalkan kehebatan kita. Jadilah padi semakin tunduk semakin berisi.

Jejak pelanggan- tips wahm soho


Nota; Jejak pelanggan melalui blog. Cari follower tegar, dari situ akan timbul kepercayaan. Tukar pembaca kepada blog.

Review: Kata Tak Suka Blogging...

Teks: ain akib


Jujurnya, saya tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini, waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir jauh, hoho.

Kasihan saya, saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya, hehe.

Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone), saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas, alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di hujung jari dan bila-bila masa sahaja.




MULA BERBLOG

Terdetik saya untuk berblog adalah selepas beberapa kali membaca penulisan sahabat sekolah saya, Puan Khairunnisa Hamzah. Promosi yang dibuat oleh beliau pada mulanya hanya menjadi tatapan saya sehinggalah suatu ketika terdetik untuk merisik khabar. Bahasanya yang santai mengajak orang lain untuk turut sama belajar dalam Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis dengan panduan daripadanya membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencuba. Saya mempunyai minat untuk menulis walaupun tiada arah tuju yang tetap, jadi saya mendaftarkan diri untuk kelas ini.

Setelah 'bertemu' dengan Nisa di mukabuku dan hingga saat ini, alhamdulillah, Allah memberi Nisa kekuatan untuk tidak jemu menabur ilmu dan dengan sabar melayan kerenah protege-protegenya yang pelbagai, ;). Saya dipandu sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah. Kami di follow up dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, perkongsian bersama dengan rakan lain dalam kelas ini juga membantu, :). Alhamdulillah, Allah beri juga saya kekuatan untuk terus menulis berkongsi rasa di sini.


UNTUNGNYA?

Blog membolehkan kita mempunyai ruang sendiri bagi meraih pembaca dengan akses yang lebih luas berbanding mukabuku. Tidak dinafikan bahawa ruang ini mampu menjadi platform yang lebih baik dan konsisten dalam kita menawarkan khidmat/produk/ilmu kepada orang ramai. Kalau nak tahu, cubalah! Sesiapa juga mampu belajar! Klik sahaja di Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis, :). 

Walaupun saya masih dalam proses menawarkan khidmat mengedit video, pada masa yang sama saya dapat melatih diri untuk menulis dan menyampaikan apa yang saya harap, buah ilmu. Jujurnya, saya berharap ilmu yang dikongsi ini menjadi saham saya di akhirat dan sebagai pelaksanaan tanggungjawab saya sebagai khalifahNya, :).

Moga Allah, Ya Mujeeb, berkati dan bimbing kami sentiasa, ameen.. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin