Saturday, March 16, 2013

Susun semula prestasi kerja 3 bulan pertama 2013

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, tahun ini masih marathon menulis, berikut senarai buku/ebook yang sudah terbit dan bakal terbit.

Sudah terbit

1. Jana RM Dari Rumah- karangkraf
2. Jana Wang Di Rumah- www.janawangdirumah.com
3. Mula Bisnes Salun- pts
4. Mula Bisnes Butik
5. Super wahm, super mom

Bakal terbit
6. 30 tips pantang dan hamil
7. Rahsia Bisnes Khadijah
8. Panduan Asas Belajar Blog
9. 101 Idea Bisnes Bulan Ramadhan/ Syawal
10. Strategi Pemasaran Rasulullah
11. 101 idea home based bisnes
12. Usahawan SOHO

Lima bakal menyusul bersama protege saya

13. Mula Bisnes Jahitan
14. Mula Bisnes Katering
15. Mula Bisnes Produk Kreatif
16. Mula Bisnes Kesihatan & Kecantikan
17. Mula Bisnes Masakan

Jadi, berbaki 13 lagi untuk cukupkan 30, hoyeh..;)

Ya, kelas asas protege itu adalah, bagaimana membuat blog yang berpengaruh, juga belajar menulis secara konsisten, dan produk akhir adalah penulisan ebook bersama saya. Kerana selesai sesi masing-masing sudah ada pendapatan pasif dan aktif. Kelas ke dua dibuka penyertaan.


Friday, March 15, 2013

Rahsia Bisnes Khadijah, Isteri Rasulullah, bakal terbit!


Ubat tidur lena malam ini, hehe, Alhamdulillah, bakal terbit ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tips motivasi terhebat buat surirumah ')

Teks: Masayu Ahmad



Sudah Jumaat, sudah separuh bulan 15 Mac 2013, aduhai masa sangat pantas

Hari ini saya masak menu sayur dan ulaman. Kerabu ala kelate pucuk paku dan kacang, sayur campur (ada udang, kangkung, kobis), ikan siakap goreng, ikan gelama kering basah goreng dan ayam goreng. En.suami bertanya banyaknya sayur. Saya iyakan sahaja, asyik-asyik santankan, hari ni separuh ada sayur dan ulam hehe ;)

Tips penulisan hari ini.


1. Untuk mengasah kepakaran menulis, tulis dan tulis. Blog adalah cara termudah untuk kita berkongsi, selepas menulis terus sahaja 'publish'. Mudah kan, rasa teruja apabila ada yang membaca apa yang dikongsi.

2. Menulis apa? Bagaimana mahu memilih bidang apa, perkara apa, dan bagaimana nak mula. Ini soalan asas yang selalu ditanya kepada saya. Jawapannya berdasarkan analisan ini, iaitu pendidikan, pengalaman, kemahiran, minat dan matlamat jangka pendek/ jangka panjang. Melalui analisa ini kita sudah boleh memilih untuk fokus apa yang kita mahu tulis.

3. Bagaimana mahu konsisten?
Sangat ramai yang ada blog, tetapi ada tak anda lihat blog yang sudah lama tidak terusik. Salah satu penolakan positif untuk menulis adalah, apabila melihat trafik pelawat yang ramai, tetapi tidak ada sesuatu pun boleh dibaca, ada entri setahun yang lepas, tidak dan masih tersadai di situ. Tentu pembaca blog kecewa, jadi antara semangat dan inspirasi saya adalah mencatat dan berkongsi di sini. Ia adalah luahan, perkongsian pengalaman atau apa sahaj.

Sumber nota: Kelas Asas Blog & penulisan.

























Tuesday, March 12, 2013

Tips penulisan-membina blog berpengaruh

Teks: Masayu Ahmad

Foto: Lake Tekapo, New Zealand-Store My Ic

Bagaimana membina blog berpengaruh

1. Kenalpasti bidang kepakaran berdasarkan analisan pendidikan, pengalaman, minat, kemahiran dan matlamat/cita-cita.

2. Mula create blog berdasarkan analisa di atas, kerana kebarangkalian keterujaan menulis adalah lebih tinggi.
Contoh, penulisan dan keterujaan saya tentang bekerja dari rumah, membuatkan semangat menulis tidak pernah padam, idea mengalir dengan banyak berdasarkan sumber bacaan yang dicari sepanjang masa.

3. Konsisten adalah wajib
Konsisten adalah wajib dan ia adalah syarat utama untuk melatih penulisan yang baik. Semakin konsisten menulis kita sedang mengasah kepakaran yang ditekuni.

Sumber di atas adalah dipetik dari: Kelas Asas Blog

Penyertaan masih dibuka untuk kelas pertama, hari ini menerima seorang lagi protege baru. ;)










Pecahkan tembok zon selesa





Sumber:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=621347301215510&set=a.192323457451232.59719.186100378073540&type=1&theater

BERANI MENANGGUNG RISIKO

Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar d
aripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.

Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh.

Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut:
1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif.
2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita.
3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang.
4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu.
5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.

Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa
hebatnya!

Monday, March 11, 2013

Tips kekal bermotivasi buat surirumah

Foto: Google

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah pagi indah bermula lagi, alhamdulillah. Pagi ini tidak memasak, mertua sudah masak daging kicap. Resipini saya pernah buat tetapi tidak sama. ;)

Hakim sudah ke sekolah, Aiman dan Arif belum selesai. Arissa sambung tidur semula seperti biasa. 10 tips berikut memberi tenaga segar buat surirumah cara saya ;)

1. Selalunya saya menikmati minuman yang saya suka, milo kosong panas atau kopi susu kambing, atau kopi habbatusauda. Menikmati makanan kegemaran memberikan mood gembira, kata pakar kesihatan dalam sebuah jurnal.

2. Selepas urusan anak-anak selesai, atau selepas hantar Aiman dan Arif, saya akan singgah di salah satu makanan sarapan kegemaran, ini kes kalau saya malas makan di rumah. Salah satu, nasi daun pisang. Di sini kepakarannya ada daging goreng kunyit, gulai itik, serati, ayam kampung. Saya sudah jadi pelanggan tetap pula di sini. Kalau singgah lewat jam 10 pagi saya bungkus siap-siap untuk Hakim. Biasanya saya pergi ke sekolah Hakim sekitar 1.30 untuk Ahad dan Isnin. Hari ini selesa, 12.15 Hakim sudah keluar. Semalam katanya, mahu saya teman juga masa makan. Jadi tunggu jugalah sehingga Hakim selesai makan, baru sambung tugas hantar barang ke pejabat pos.
Terdapat tiga lokasi kegemaran saya, satu lagi nasi kerabu, lokasi ke tiga nasi padang merpati putih. Disitu lauknya banyak sedap dan murah. ;)
Masa makan inilah saya menikmati masa rehat sebentar sebelum sambung semula.

3. Urut tradisional. Badan sakit-sakit dan lenguh. Iyakan kita bukan sekadar suri rumah tetapi juga suri super, macam-macam perkara perlu diselesaikan di rumah dan di luar rumah. Urutan salah satu pilihan rawat dan rehat untuk saya, balik miggu lepas masih juga tidak sempat. Kita lihat 14 haribulan ini, mungkin selepas selesai urusan ayah, 15 hb saya mahu urut lagi.

4. Reward pada diri sendiri atas usaha sendiri. Semalam saya reward pada diri sendiri, insya-allah reward ini adalah salah satu pelaburan terbesar saya. Sangat rasa bersyukur dan teruja, tidak tahu mengambarkan bagaimana, kerana hasil menulis mampu memberi saya peluang melabur sebegini rupa. Rasa sangat gembira dan terharu hasil ebook ini, iaitu penulisan di blog ini menjana pendapatan harian dan bulanan buat saya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya masih simpan angan-angan untuk realisasikan sebuah bilik Soho yang penuh rak buku, dan rak itu dipenuhi buku-buku saya sendiri, dengan operasi di rumah, lokasi berdekatan pejabat pos. Juga agen buku online kini makin bertambah setiap hari, alhamdulillah. Soho itu mempunyai panorama hijau, iaitu landskap mengikut kemahuan dan citarasa saya. Di situlah akan dihabiskan usia dengan menulis, menulis, menulis dan berkongsi inspirasi dan motivasi. Ia seolah-olah sudah memanggil-manggil saya dan sudah melambai-lambai. Soho ini sudah jelas di depan mata, Allah tangguhkan dahulu agar saya perlu lebih kuat berusaha dan pada masa yang sama saya fikir saya masih ada amanah yang perlu dijaga iaitu kedua mertua dan ayahanada. Insya-Allah ia akan direalisasikan cepat atau lamba, itu semua urusan Allah. Urusan saya adalah berusaha dengan cara terbaik, tidak putus asa dan tidak kenal jemu.

Dua Ebook ini hanya RM50 sahaja dan mendapat buku bonus di bawah

Tempah dan bayar di sini ya

Pakej di atas paling laris setakat ini terima kasih atas kesudian kalian mendapatkannya, moganya lebih ramai surirumah dapat menjana pendapatan aktif dan pasif seperti saya. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


Kelas pertama belajar asas blog juga hampir penuh, dan saya sedang mencari konsep cover ebook untuk dua pelajar yang sedang gigih menyiapkan tugasan.Ya, hasil akhir belajar blog ini adalah kalian mendapat sebuah ebook hasil penulisan bersama saya. Juga dua blog bisnes iaitu, blog kedai buku online dan blog produk sunnah. Jadi bayar pendaftaran hanya sekali, dan pendapatan insya-Allah, jika sudah rezeki yang Allah restui, maka saya harapkan pelaburan kalian itu menjana pula pendapatan pasif dan aktif sebagaiman saya.

Cumanya saya sekarang sedang mengejar 30 ebook/buku untuk dua tahun ini. Dan boleh fokus 1 buku.ebook setiap bulan sambil menyampaikan ilmu ini kepada kalian melalui kelas di atas.

Ya, saya menjana pendapatan aktif dan pasif sepenuhnya dari blog ini, blog ini adalha titik mula yang cukup penting buat saya sebelum mempunyai kedai online yang lain. Kepada Allah sayang bersujud atas segala nikmat dan kasih sayang ini. Terima kasih Allah

Sambung lagi ya, Aiman dan Arif belum siap lagi.

Wasalam.



Sunday, March 10, 2013

Bersyukur saat diuji, bersyukur rezeki diuji

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, salam kasih dan sayang Aiman sudah sihat sepenuhnya, hampir seminggu tidak ke sekolah, sekarang tiga beradi ini sudah ke sekolah seperti biasa. Tinggal Arissa sahaja. Hari ini bersamaan 11.3.2013. Laju dan pantas masa berlalu. 14 hb ada temujanji lagi di hospital bawa ayah.

Temujanji yang lalu, saya bawa Arissa dan Aiman. Disebabkan hujan maka tidak sesuai saya membawa Arissa keluar dari kereta. Jadi saya turunkan ayah dahulu, kemudia berpusing dan ketika laluan semula, ada sebuah tadika/pusat asuhan. Lalu saya singgah di situ, melihat persekitaran yang ok, lalu saya tinggalkan Arissa. Dia tidka menangis. Selaam tiga jam bayaran hanya RM10 sahaja, sangat berbaloi, maka selepas ini boleh tinggalkan Arissa di situ juga ada urusan di sekitar.

Ini salah satu contoh bagi kes macam saya suka bawa Arissa. Tetapi untuk lebih mudah saya akan turun awal dan tinggalkan Arissa di PASTI.

Berikut tips penulisan blog.

1. Bagi yang baru dan mahu melati menulis, tulis setiap hari tulis catatan harian. Jangan tinggalkan, lihat perubahan sepanjang 44 hari. Idea akan mengalir lancar. '

2. Konsisten, konsisten, konsisten. Apabila sudah memutuskan untuk menulis, maka konsisten itu perlu.

3. Bacaan. Ini juga adalah wajib, wajib dan wajib. Pilih jenis bidang atau genre banyakkan bacaan bidang kita, ini sangat mudah memberi input baru dan kesegaran dalam penulisan.

4. Tulis dan tulis. Itu sahaja latihan perlu dibuat, dan perlu setiap hari.

5. Tulis dengan jiwa. Bagaimana mahu tahu sampai atau tidak, apabila kita baca ia sampai ke hati. Tulislah dengan ikhlas.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin