Friday, February 26, 2016

Kisah dan kehidupan

Cerita tenang bulan lima.
Kisah tentang kemarau, anak bendang. Kisah kampung pacat dan lintah. Kisah meraduk ikan, gali ubi dan jual tapai musim kemarau.
Cerita tentang anak kampung, mengirik padi. Karya Fatimah Busu. Karya dekat dihati.
Ini pula kisah saya,
Jikalau petang beramai ke pantai. Perahu pada pagi mula turun kelaut, petang hari mula berlabuh.
Berlari-lari pakat bantu menyorong perahu naik ke darat. Dibawahnya di letak berselang seli batang-batang kayu. Menjadi penongkah dan ditolak perahu naik ke atas secara beramai-ramai.
Pelanggan dan peraih akan mula kerumun perahu yang sudah mudik.
Ikan-ikan segar mula ditompok-tompok mengikut kategori.
Segar dan murah, segar dari laut.
Biasanya guna lidi iaitu dari dedaun kelapa yang dicantumkan. Daun dicarik kemudian tinggalkan baki daun dihujung. Ikan disarungkan ke lidi tersebut.
Apabila kuala sudah dibuka, kebanyakan sudah mula 'upgrade' perahu kepada bot yang lebih besar.
Termasuklah bot ayah. Diberi nama 'Selamat".
Sejak ada kuala, jeti dijadian tempah pacak bot berlabuh.
Suasana kini lebih teratur. Sebelum sampai ke Kuala, kita akan laui dahului jalan pasir.
Ketika masih hingusan saya melihat perkembangan ini.
Dan beberapa minggu sudah, kg saya viral di dunia maya.
Saya tidak suka, kerana keindahannya dicarik pengunjung buat onar dengan sampah.
Di sini 'privacy' dunia kecil harmoni yang sudah dirobek masa

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin