Saturday, February 27, 2016

Pagi bertenaga

Alhamdulillah, alhamdulillah,
Kami rai pendaftaran baru untuk Februari dan Mac 2016. Selamat datang sahabat-sahabat baru ABDR.
Moga kalian berada dalam limpahan Allah sentiasa.
Cuaca di sini sudah macam londong, kak jemah dirai suasana pagi nyaman.
Rintik hujan pagi. Titisan jernih pada dedaun limau bali, latar belakang sambil menulis.
Ditemani anakkanda Ammar.
Sepatutnya selepas Ammar masuk wad kali ke dua, perlu berkampung lagi di hospital pada tempoh lama.
Akan tetapi saya sudah letih dan mula tidak sihat.
Jadi apabila Ammar sudah tidak demam dan muntah, perkembangan yang sudah baik.
Tinggal lagi satu perkara yang belum ok. Tetapi saya melaporkan pada doktor rutin pagi ia sudah ok. Sepatutnya 6 saya nyatakan 2 sahaja.
Tawakkal kerana mahu balik dan rehat di rumah.
Ikhtiar melalui air zam-zam, kurma dan madu.
Alhamdulilah anakanda aktif.
Ibu konsisten lagi memantau Ammar.
Terima kasih barisan doktor baik hati dan juga jururawat. Saya bukan menidakkan rawatan di hospital. Tetapi laluan lain agar boleh berehat di rumah.
Alhamdulillah, hari ini rutin penulisan kembali mendapat rentak.
Baca asas persediaan berhenti kerja di sini yawww.janawangdirumah.com.
Saya tutup sementara penyertaan kelas ebook, kelas lain masih berlangsung seperti biasa.
Terima kasih atas sokongan kalian.
Salam pagi bertenaga.
Travelog suri nota motivasi

Friday, February 26, 2016

10 sebab kekal bermotivasi di rumah


1. Matlamat yang jelas.
2. Ada graf pencapaian.
3. Bukan ikut-ikutan.
5. Kemampuan mendorong diri sendiri.
6. Berada dalam kumpulan positif
7. Bijak ubahsuai keadaan fleksibel.
8. Proaktif.
9. Tahu dan mahu untuk capai matlamat.
10. Tahu mengisi lompang apabila motivasi mula cair.

Kisah dan kehidupan

Cerita tenang bulan lima.
Kisah tentang kemarau, anak bendang. Kisah kampung pacat dan lintah. Kisah meraduk ikan, gali ubi dan jual tapai musim kemarau.
Cerita tentang anak kampung, mengirik padi. Karya Fatimah Busu. Karya dekat dihati.
Ini pula kisah saya,
Jikalau petang beramai ke pantai. Perahu pada pagi mula turun kelaut, petang hari mula berlabuh.
Berlari-lari pakat bantu menyorong perahu naik ke darat. Dibawahnya di letak berselang seli batang-batang kayu. Menjadi penongkah dan ditolak perahu naik ke atas secara beramai-ramai.
Pelanggan dan peraih akan mula kerumun perahu yang sudah mudik.
Ikan-ikan segar mula ditompok-tompok mengikut kategori.
Segar dan murah, segar dari laut.
Biasanya guna lidi iaitu dari dedaun kelapa yang dicantumkan. Daun dicarik kemudian tinggalkan baki daun dihujung. Ikan disarungkan ke lidi tersebut.
Apabila kuala sudah dibuka, kebanyakan sudah mula 'upgrade' perahu kepada bot yang lebih besar.
Termasuklah bot ayah. Diberi nama 'Selamat".
Sejak ada kuala, jeti dijadian tempah pacak bot berlabuh.
Suasana kini lebih teratur. Sebelum sampai ke Kuala, kita akan laui dahului jalan pasir.
Ketika masih hingusan saya melihat perkembangan ini.
Dan beberapa minggu sudah, kg saya viral di dunia maya.
Saya tidak suka, kerana keindahannya dicarik pengunjung buat onar dengan sampah.
Di sini 'privacy' dunia kecil harmoni yang sudah dirobek masa

Thursday, February 25, 2016

Hakikat kejayaan sebenar

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas ini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Salam pagi Jumaat penuh rahmat. Titisan baki hujan pagi meredupkan suasana harmoni.

ALhamdulillah, masih ada kekuatan untuk meneruskan perjalanan.

Ujian kesihatan anakanda Ammar, dua kali bulan Februari berkampung di hospital.

Minggu sudah saya minta pulang, lantaran diri sendiri juga mampir habis tenaga.

Balik ke rumah auranya lain. ALhamdulillah pagi rasa lebih bertenaga.

Ketika situasi begini banyaknya syukur kerana mampu mendorong diri untuk rehat dan fokus kepada Ammar.

Insya-Allah perjalanan untuk selesaikan manuskrip berbaki masih boleh diteruskan.

Thursday, February 18, 2016

Kisah dan kehidupan

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas panduan di sini ww.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop



Saturday, February 6, 2016

Rintik hujan petang

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas persediaan ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Jam 5.09 hujan di luar berjemaah merintik. Alhamdulillah, Cuti panjang sudah bermula. Kami di sini tidak ke mana-mana. Di saat jalanraya sesak, saya lebih suka memilih menyelesaikan tugasan penulisan.

Arif ada kem pengawas di sekolah. Ammar dan Arissa seperti biasa bermain bersama.

Masak nasi dan buat sekali menu petang mee kari.
Perjalanan dan perjuangan masih panjang, sasaran 30 manuskrip perlu saya selesaikan dahulu. Insya-Allah. Lima lagi cover ebook sedang dibuat.


Alhamdulillah atas ilham yang tidak pernah putus, Terus mengalir.

Sebenarnya lagi beberapa bulan insya-Allah akan menerima lagi kehadiran orang baru. Keadaan begini saya lebih suka memerap di rumah.

Mahu kata teruja tidak juga, ingatkan sudah selesai tugas hamil lima orang sudah cukup. Aduhai-aduhai Allah berikan lagi peluang seorang lagi.

Saya pun seperti percaya dan tidak sahaja. Alahan yang teruka juga bulan pertama hingga bulan ke tiga. Bersambung pula dengan keadaan dua mertua.

Bulan seterusnya barulah saya melepaskan penat seketika.

Benarlah hidup di dunia bukan tempat bersenang-lenang tetapi tempat berpenat lelah. Moga segala apa yang kita perjuangkan mendapat restu Illahi dan hidup dalam keberkatan.


Ada dua kotak baju bayi yang belum saya sudahkan. Saya hanya melihat dengan pandangan kosong. Pandangan bila agaknya tangan ini mahu saring baju-baju comel itu basuh sekali lagi dan letak pada sudut 'bersedia'.

Kali ini saya memilih banyak untuk berehat dan mahu menyelesaikan manuskrip.

Selalu saya panjatkan doa ke hadrat Illahi, ya Allah permudahkan apa sahaja urusan di hadapan. Permudahkan kelahiran dan zuriat ini.

Sesungguhnya Ya ALlah, tidak ada upaya menolak akan amanah ini, namun berikan kekuatan terbaik agar aku mampu mengasuh dan mendidik anak-anak dengan terbaik.

Amanah ini juga Ya Allah sangat berat untuk dibawa. Tetapi itulah selagi mana kita manusia perlu lunaskan amanah di depan ini dengan sebaiknya.

Doakan saya ya.

Monday, February 1, 2016

Alhamdulillah bakal terbit ;D


Baca naskah persediaan ada di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak pilihan rujukan seperti di atas dapatkan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop


Teks: Masayu Ahmad.

Semangat saya sangat berkobar-kobar sejak mendapat perkhabaran tentang bakal terbit salah sebuah ebook. Tidak pula saya sangat penilaiannya sangat cepat sekitar dua hari sahaja sudah dapat persetujuan untuk diterbitkan.

Hari ini baru saya berkesempatan print out salinan perjanjian penerbitan. Insya-Allah esok pagi akan pos segera kepada penerbit. Larian saya agak lambat untuk naskah fizikal memandangkan banyak cabaran dan saya perlu selesaikan dahulu mana yang penting di hadapan.

Insya-Allah tahun ini lebih fokus untuk lebih banyak bakal terbit. Januari yang mengujakan


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin