Teks: Masayu Ahmad
Saya mengambil kesempatan ini, bermohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang kita berinteraksi. Insya-Allah, mana yang kurang itu adalah kelamahan saya sendiri, maha yang hebat Allah nan satu.
Selamat bercuti buat kalian walau di mana sahaja berada.
Empat bulan terakhir untuk tahun ini, mohon doakan saya menyelesaikan lagi 10 manuskrip yang ada di tangan. Salah satunya Mama Sudah Resign edisi kemaskini.
Doa kalian sangat saya hargai.
Jam ketika ini 12.50 tengah malam. Anak-anak sudah lena. Saya? Beginilah seolah tidak mampu melelapkan mata dek kerana teringat ingat tugasan ini yang belum selesai.
Alhamdulillah, atas segala ilham yang tidak putus,
Matlamat bekerja di rumah
Saya mahu kongsikan salah satu perkongsian usahawan dari rumah dalam ebook ini. Iaitu menetapkan fokus yang jelas walau bekerja dari rumah. Beliau berkembang dengan baik dan berjaya membuka satu lagi kedai fizikal dan mempunyai pekerja,
Bezanya kali ini ada pengasingan urusan kedai dan di rumah. Namun, apa yang menarik perhatian saya ialah kerana keutamaan tetap diberikan kepada keluarga. Walau di rumah, mampu memantau pergerakan 'operasi bisnes'. Inilah uniknya apabila kita tahu dan bijak mengurus masa 'fleksibel'.
Keupayaan sebenar kita adalah mampu menguasai pengurusan masa dengan baik, bukan masa menyebabkan kita terlalu sibuk.
Ok, saya sudah mengantuk, bersambung untuk entri akan datang.
Saya doakan impian kalian sukses, bekerja dari rumah, bebas hutang, mati dalam keadaan husnul khotimah. Insya-Allah. ;D
No comments:
Post a Comment