Thursday, July 2, 2015

Kembara perjuangan setiap hari

Teks: Masayu Ahmad


Jumaat barokah, salam Ramadhan ke 16. Pantas masa menyusur. Moga ini bukan Ramadhan yang terakhir dan kita mahukan Ramadhan yang terbaik berbanding semalam. Insya-Allah.

Tahun ini tahun ke lima jugalah merai Ramadhan bersama orang tua, sama ada sebelah suami dan sebelah saya. Moganya kesempatan ini saya menggunakan sebaiknya masa yang ada. Masa yang tidak banyak.

Jika dulu mertua selalu bangun memasak, Ramadhan kali ini keuzuran kian menyusut. Namun kadangkala beliau bangun juga sekadar duduk dan menemani di meja makan. Sambil itu saya hanya memanaskan lauk dan juga masak nasi.

Menu yang sama sahaja, saya memasak ganda dua. Satu untuk berbuka dan sebahagian lagi untuk sahur. Kebanyakan menu adalah untuk memenuhi selera orang tua.

Ma (panggilan saya kepada mertua) sudah saban tahu menjalani dialisis, ternyata beliau antara paling lama. Masih kuat walaupun ke dua belah pinggang sudah rosak. Iai penghidap buah pinggang tahap 5.

Lauknya hanyalah bersumberkan ikan bilis, telur itik, telur. Menu biasanya adalah telur goreng, sambal ikan, sambal daging, telur itik masin yang direbus. Juga kepelbagaian kerabu. Juga ikan pekasam atau masin. Juga bersumberkan daging. Jika mahu masak ikan perlu dimasukkan asam jawa, atau ikan rendaman asam jawa.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin