Monday, February 23, 2009

Teruna air mata














Daripada mereka bertiga, Ariflah paling suka menangsi. Kalau ala-ala nak merajuk nak suruh dukung atau nak susu, lambat sikit ambil, Arif akan terus rebah dan jatuh pengsan. Dia akan buat badan lembik dan taknak bangun sampailah kena angkat. Kalau saya buat-buat tak tahu atau cuba sembunyikan diri. Arif segera bangun dari pengsannya, dan akan pengsan pula di depan saya. Rasa nak marah jadi nak tergelak pun ada bila melayan kerenah anak teruna air mata ni.

Jika dia kata nak susu, melalaklah nak susu sehingga dapat. Kalau Hakim lebih mudah sikit untuk dipujuk, sekejap Hakim ibu sibuk ni. Hakim akan terus diam. Bagi Arif tiada alasan C, D atau F dia akan tetap nak A juga. Kalau tak Arif akan terus mengeluarkan air mata sehinggalah keinginannya dipenuhi.

4 comments:

Mama Adib said...

akhirnya muncul juga teruna air mata d layar blog he he

Masayu Ahmad said...

tu lah,, terunanya pemalu macam ibunya..selalunya lambat nak upload.. tu yang malas masukkan gambar..test ari ni boleh pulak

vivavogue said...

hahaha....arif yg no.2 ek?? middle -child syndrome tuh....

Masayu Ahmad said...

tulah,, pendiam, berdikari boleh bagi kat dia..tapi kalau dah stat enjin melalak.. sampai setengah jam baru baru berhenti.. pujuk lah mcm mana sekalipun..kadg2 sampai tertido

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin