Selepas ketuban pecah, saya dibawa ke bilik bersalin. Terdengar juga dari bilik sebelah, seorang lagi wanita seperjuangan sedang bertarung melahirkan bayi sulung. Nasib kurang menyebelahi, dia terpaksa dibedah saat akhir kerana bayinya tidak berjaya dilahirkan normal. Saya terdengar antara kata-kata semangatnya menyebut-nyebut Allahuakbar, setiap kali meneran. Saya hanya terdengar dalam keadaan menunggu saat saya klimaks.
Selepas disuntik epidural, i jam kemudian barulah rasa bertenaga semula. Cubaan kali kedua dengan sekuat tenaga, Arif lahir selepas maghrib. Selama 24 jam menahan kontraksi yang begitu lama. Bunyi suara si kecil, air mata sata mengalir, berjaya juga akhirnya hingga ke titisan peluh terakhir. Kepenatan seolah-olah membayar wang sejuta. Lega sungguh.
4 comments:
bestnya ada gambor betul2 lepas deliver.
saya gambo bb adib semua tiada, hu hu cpu kena attack virus, terus assalamualaikum
aah,,nanti baby ke-2 tu bawak siap2 kamera.. arif masa tu baru beberapa saat dilahirkan..lepas nurse potong tali pusat.. ayah dia terus snap..tp masa aiman,, tiba2 bateri kong
kenapa saya nampak macam besar ee
berapa berat arif time tu
agak besar jugak 3.2..mungkin sebab badan dia jenis kembang.. tu yang nampak besar
Post a Comment