Wednesday, November 19, 2008

Bonda Tersayang Kembali Ke Rahmatullah

Al-Fatihah.

Jam 3.00 pagi bersamaan 12/11/2008 bonda kesayangan menghembuskan nafas terakhir. Hanya iringan doa dan ayat-ayat suci buat pengubat rindu untuk bonda tersayang.
Terasa masa begitu singkat, rupanya syawal lalu, adalah yang terakhir kami sekeluarga beraya bersama arwah. Moga-moga arwah aman bersemadi di sana. Rasanya belum puas lagi memberi khidmat bakti kepada arwah.

Tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat bermanja, tempat mencurah segala masalah.
Saya akan rindukan pelukan dan kasih sayang arwah. Saya masih terkenangkan arwah apatah lagi apabila melihat setiap sudut rumah dan tempat arwah berehat. Saya redha atas pemergiannya. Moga-moga roh arwah dicucuri rahmat.

Al-Fatihah

6 comments:

MAMA ADIB said...

Al Fatihah

Semoga roh bonda ayu di cucuri rahmat..
:-(

Masayu Ahmad said...

Terima kasih

vivavogue said...

Ya Allah ayuuu....so sorry 2 hear tt...takziah beb...patut lama ko menyepi....

Masayu Ahmad said...

vogue.Gunalah peluang berbakti pada bondamu itu. Gunalah masa ini sebaik mungkin.

Kadangkala mood emosi itu datang juga. Rasa belum puas lagi berbakti.

tun fatimah said...

ayu.. i'm so sorry for your loss. Tabahkan hati ye.

Masayu Ahmad said...

Terima kasih Tun.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin