Jika mood malas memasak untuk sarapan, saya biasanya gemar ke gerai Mak Cik nasi kerabu. Itulah pengubat rindu bagi masakan Pantai Timur. Bukan sahaj nasi kerabu, masakan lain seperti nasi dagang, nasi berlauk dan nasi lemak pun ada.
Sambil menunggu Mak Cik membungkus, kami berborak. Katanya, setiap hari dia akan membuat persediaan seawal jam 2 pagi hinggalah jam 12 malam. Hanya dua jam sahaja masa tidurnya untuk berehat. Kagum saya dengan kerajinannya. Bukan hanya 4 jenis nasi sahaja, lauk-pauk lain seperti daging goreng, ayam masak merah, paru goreng dan macam-macam lagi, semuanya dibuat seorang diri. Alahai Mak Cik. Kagum saya dibuatnya.
2 comments:
wah bestnya.. nasi kerabu my fav.. tiap minggu mesti pekena samaada hari rabu or khamis.. he he sampai kakak kat pasar malam tu dah jadi member dah
hmm tulah,,, menu yang tak boleh tinggal.. nak cari yang betul sedap susah..
Post a Comment