Hari ke 3 minggu ke 2 sesi persekolahan ibu berjaya juga masak bekal setiap hari.
Ahad. Ibu datang kakak sedang solat, jadi makan ibu berteman.
Isnin. Jadual ibu sudah kritikal. Ibu pesan nanti makan bersama kawan ya. Memang nasi ibu bungkus besar dan boleh makan 3 orang.
Dari rumah tok ayah ibu rempit dapatkan kakak.
Ibu jumpa abang Aiman. Tanya mana adik? Dijawabnya tidak tahu. Bertuah sungguh.
Kakak sedang lepak depan kelas. Nasi belum diusik. Jadi ibu ajak ke kantin. Ajak sekali kawan kawan yang lain. Hanya Arashatun sahaja yang mahu. Jadi sempat kakak makan lagi 10 minit loceng berbunyi.
Alhamdulillah sempat makan.
Selasa. Hari ini, ibu sudah maklum bahawa akan jumpa abe Hakim. Jadi kakak perlu pandai bawa diri. Pastikan makan. Ajak kawan sekali, memang ibu sudah sediakan dua bungkus.
Bertuah juga tak makan.
Kenapa ibu tak datang? Semua kawan ada mak temankan.
Jadi nasi tadi kakak makan di rumah.
Jam 3 ibu jumpa abang Hakim. Siap sedia menunggu.
Ibu, ada abang abang mengejek. Kudin, Kudin. Ada juga panggil Pudin.
Sabarlah abe, nanti bagitahu nama saya Naufal bukan Kudin. Bukan Pudin.
Diari mak anak 6.
www.masayuahmad.com
No comments:
Post a Comment