Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.masayuahmad.com
Alhamdulillah saya kembali di sini, lama sungguh mencari masa yang sesuai. Bugar pagi ini suasana sungguh nyaman.
Hari ini sudah 18.Januari 2018. Betapa saya rindukan untuk duduk dan menulis. Jam sudah pun 7.30 pagi.
Arif, Aiman dan Arissa sudah pun dijemput Pok Sid. Amni bersambung tidur semula, hanya Ammar ligat ke sana dan ke mari.
Saya sangat percaya dalam setiap satu kesukaran akan ada mudahnya di penghujung. Setiap trek perjalanan memberikan kita nafas dan ruang. Ruang untuk belajar memaksimakan keupayaan. Nafas untuk kita bersyukur bahawa setiap detik masa yang berlalu akan dihitung dan dikira.
Tahun 2017 tahun yang penuh kesibukan. Dengan anakanda yang sulung menghadapi peperiksaan besar. Jadi saya memberi tumpuan kepadanya. Alhamdulillah sudah pun selesai naik ke tingkatan 1 dengan penempatan di sekolah yang saya selalu impikan.
Anakanda tinggal berasrama semoga abe Hakim dapat belajar dan memberi tumpuan sebaiknya untuk 5 tahun ini di awal persekolahan menengah. Insya Allah.
Untuk 2018 saya akan kembali menyambung tugasan yang tertangguh. Ketika ada anak kecil hati meronta sebentar dan kini masa kembali bertenang insya Allah.
Lakukan apa yang kita seronok untuk kita selesaikan, nesaya kita ibarat berada dalam duni yang penuh warna warni. Kita gembira dan berada tenang di situ.
No comments:
Post a Comment