Friday, March 4, 2016

Nikmat pagi

Teks: Masayu Ahmad


Sepanjang bulan Februari, separuh bulan berkampung di wad, kemudian bersambung kesihatan sendiri yang kurang bertenaga.

Alhamdulillah minggu ini sudah kembali bertenaga dan nikmatnya pagi menyedut udara segar laman.

Nikmatnya pagi memasak sarapan untuk anak-anak. Lebih kurang 100 hari lagi bakal menyambut orang baru.

Tidak dapat tidak kali ini saya lebih fokus menjaga kesihatan diri dan urusan rumahtangga.

Sebelum puasa nanti sasaran selesai tugasan dan dapat menikmati tempoh berpantang dengan lebih tenang.


Delegasi tugas

"Asyik-asyik sayo, asyik-asyik sayo."

Adu Aiman apabila disuruh buat kerja.

Lepas makan ibu aturkan terus apa perlu selesai.


Hakim basuh pinggan, Arif kutif gelas, Aiman sapu meja dan lantai.

Nampaknya semua sudah ada peningkatan.

Kalau pagi cuti.

"Arif jemur seluar, Aiman jemur baju."

Kadangkala apabila menahan mata melihat pakaian yang disidai 'keriut petot' atau nama lagi tidaklah mencapai standard yang ibu mahukan.

Tidak mengapa apa pun latihan memerlukan latihan berterusan untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya.

Selaunya usai anak-anak sudah menyidai, apabila mereka sedang ralit menyambung aktiviti. Ibu sambung untuk 'betulkan' semula sidaian.

Saya teringat arwah mek, kalau menyuruh tidak membebel, kesalahan berkali-kali itulah yang membuatkan kita ingat dan tidak buat lagi.

Namun dulu-dulu waktu pagi renyahnya, perlu memberus satu besen besar pakaian. Mana ada mesin basuh kan.

Sejak kita sudah besar barulah menikmati canggihnya gajet. Ada mesin basuh sudah canggih dan kita kini sudah banyak gajet yang membantu.



















No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin