Monday, April 14, 2014

Kematian sebagai satu motivasi

Teks: Masayu Ahmad

Sibuknya saya, sejak beranakkan Ammar, saya sudah tidak punya masa luang. Masa diisi, pagi dan petang siang dan malam. Namun begitu saya usahakan untuk tidur awal dan bangun awal. Menjejaki usia anakanda 3 bulan, saya perlu susun atur semula masa. Walau kesibukan berganda, namun alhamdulillah saya masih di rumah bersama anak-anak.

Untuk urusan luar saya perlu lari dengan laju iaitu jam 10 hingga jam 12 sahaja, kerana Ammar menyusu badan, tidak membolehkan saya berada lama di luar. Kalau terbabas pun jam 1, akan tetapi sebelum keluar perlu susun masa betul-betul, bagi dia tidur dalam keadaan kenyang dan bertahan sehingga saya balik. Alhamdulillah, masih ok.

Perjuang diteruskan
Apabila mengingatkan kematian, biarlah ada ilmu yang dimanfaat, ada ilmu yang disebarkan, agar mati kelak sebagai hari rehat. Memang tidak ada erti penat lelah bagi pejuang. Saya menikmati hari-hari mendaki, menuruni cerun, berada di puncak gunung dan nyamannya kematangan ketika berdiri di kaki gunung. Alhamdulillah.

Masa berlari begitu pantas, editor buku menantikan manuskrip, editor majalah menantikan bahan setiap minggu. Saya perlu lari larian kuda tak tahu kuasa berada. Sekarang berkerja seperti tangan 10 dan kaki 10.

Akan tetapi, masa kerja kita kerja, masa ibadah kita fokus, masa rehat kita rehat sebaiknya.

Alhamdulillah, ada yang sudah mendapat hasil seawal 10 hari selepas belajar di kelas blog, juga seawal seminggu menjana pendapatan. Itulah yang menjadi kepuasan saya.

Lagi, saya mahu lebih ramai yang keluar atau hijrah kepada 'zon bebas wang' dan 'zon bebas hutang' dengan bermula tahu mengurus akaun, tidak kira kalian itu berstatus surirumah, atau surimuah usahawan.

Sebab itu kelas akaun wahm soho kini, sudah bermula dengan kelas Offline di Shah Alam, iaitu pada 10.5. 2014, pendaftaran sudah dibuka hanya 50 tempat sahaja. Untuk medaftar boleh hubungi mana-mana guru online, atau rakan niaga akademi bekerja dari rumah.

Kelas urus akaun ini ada beberapa modul dan saya berkolaborasi denga dua jurulatih akaun/kewangan bertauliah. Bukan saya yang ajar ya.

Saya juga kini sedang berlari 300 km, sejam untuk
- ebook mula bisnes puasa/ramadhan
-ebook mula bisnes jahitan
-ebook mula bisnes kek dan roti
-ebook jejak aliran tunai

Juga larian laju untuk majalah Mingguan Wanita, ia terbit setiap minggu. Menjelang raya, biasanya kita akan mula menyelesaikan lebih awal sebelum bercuti. Ketika masih di editorial majalah ini, orang belum puasa, kami sudah gantung ketupat, sebab mahu ambil 'aura' sausana raya, walhal belum pun puasa ;P

Ya, Allah jadikan apa yang kulakukan ini mendapat rahmat dan keberkatan. Jadikan usaha yang sedikit ini agar lebih ramai mampu dan mempunyai pilihan bekrja dari rumah. Kerana ketika ini masa tidak ada lagi untuk bersuka ria, kerana jalan pulang itu sentiasa terbentang dan berdetik.

Ampuni aku ya allah, ampuni aku, ampuni kesalahan dulu, kini dan akan datang.

1 comment:

Maria Qiptiyah said...

Lajunya Kak Ayu lari...membacanya pun terasa letih. Saya ini pun kadang-kadang saja dpt rasa nikmat berlari laju tu. Di akhirnya nikmat kepuasan berlari untuk diri sendiri dan keluarga. Seronok.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin