Alhamdulillah, ramadhan muncul lagi. Teringat semasa usia masih kecil, takkala selesai berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, saya selalunya mengikut ibu, untuk turut serta menunaikan tarawih di masjid. Suasana di kampung apabila menjelang ramadhan cukup meriah. Bagaikan seluruh kampung meraikan, beramai-ramai berjalan kaki ke masjid, ada juga yang menunggang motosikal. Lelaki, wanita, tua dan muda sama-sama berusaha mengambil keberkatan.
Saya masih rindu dan terbayang suasana tersebut tatkala ramadhan menjelma.
Apatah lagi masakan emak yang begitu enak saat menjamu beramai-ramai berbuka puasa. Kemeriahan paling dirasakan sewaktu mengadakan kenduri berbuka puasa beramai-ramai. Sanak-saudara dan jiran tetangga dijemput bersama. Bertukar-tukar juadah adalah rutin, hinggakan tidak tahu menjamah yang mana satu. Kuih-kuih tradisional khususnya beraneka rupa, buah melaka, sira pisang, pengat, ikan percik, semuanya dimasak sendiri, tanpa perlu bersusah-susah membeli. Air tangan ibu sampai bila-bila pasti dirindu.
5 comments:
salam kenal..
salam ramadhan juga buat anda sekeluarga
Selamat berkenalan kembali, terima kasih kerana singgah di sini. Selamat menjalani ibadah puasa dari saya sekeluarga.
re - terima kasih ye masayu sbb bgtau psl layout tu...nk try ar nanti..
salam ramadhan...
baca pst ni terus tak sabar nak balik kelate... hu hu
ayam percik.. seri kaya akok peeeh
bila nak tonjolkan 3 naufal nak juga tengok
tulah 3 naufal ni low profile skit..
Post a Comment