Friday, September 12, 2008

Kak Yan pulang bercuti

Raya kali ini, kali pertama pembantu rumah saya pulang ke kampungnya, nun di Selatan Thai, Narathiwat. Saya juga sudah lama tidak ke sana, terakhir melawat sanak saudara di Thai ketika umur 12 tahun.

Saya bukan orang Thailand, ya! Cuma semasa zaman Jepun dahulu ramai yang sanak saudara sebelah ayah berhijrah ke sana. Apabila ada kenduri mereka akan ke sini atau kami akan ke sana.

Seronoknya, banyak masakan dan murah-murah pula. Teringat ketika saya di sana, bihun supnya hanya 20 sen, macam-macam lauk ada. Aneka kuih pula tidak terkiralah. Amat kreatif. Paling saya suka pulut santan dan buah mangga kuning. Sungguh sedap. Roti canai yang digulung padat dan didalamnya ada susu. Lemak dan sedap juga. Apabila digigit terasa keenakan dan kelembutan padu.

Tidak tahu hendak menjengah ke rumah mana dahulu, begitulah ramahnya jiran tetangga di sana. Sarapan di rumah ini, makan tengahari di rumah sana dan makan malam di ruma sinun pula. Saya sangat suka suasana sebegitu.

Nampakya, Aiman, Arif dan Hakim perlu tinggal di rumah jiran sebelah sementara Kakak pulang ke kampung. Semoga urusan dipermudahkan, mungkin saya agak letih sedikit dari biasa, kerana perlu menguruskan semua sekali.

5 comments:

Anonymous said...

dia blk cuti baper lama? gerenti blk cni blk x? hehehehe

Masayu Ahmad said...

oh, pembantu ku sangat setia,, mana mungkin taknak balik lagi,, gaji dia mahal kat sini,,

bawak balik satu beg aje,, dua beg lagi tingal kat sini..

i am me said...

ayu. aku minat gak nak carik helper dari selatan thai bila aku balek nanti.. rajin mengemas tak maid ko? Nanti ko citer kat aku camna prosedur ko buat nak ambil helper ko tuh.. thanks!

Masayu Ahmad said...

insyaallah,, boleh tolong setakat mana yang mampu.. lambat lagi nak balik kan..

Masayu Ahmad said...

setakat ni sagt cmerlanglah perkhidmatan nyer,, ini udah yang ke tiga..sebelum ni indon

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin