Tuesday, January 7, 2020

Arif Tingkatan 1 2020

Alhamdulillah Allah makbulkan impian bersekolah di sini. Hari ujian bertulis adalah hari kematian Tok Ayah.
Arif hanya bersama Tok Ayah hingga jam 8 pagi sahaja.
Kita sambung 5 tahun lagi perjuangan di sini, insya Allah. Sesi kedua pada 9 haribulan ibu datang mengiringi Arif. Pagi setengah jam lebih awal sudah sampai.
Airmata, kasih sayang, usaha, perjuangan, letih semuanya sudah berbayar. Moga setiap ilmu kelak sebagai balasan segala didikan guru guru dan pergorbanan mereka. Kekallah diri Arif sekarang yang suka merendah diri.
Semoga dipermudahkan setiap pendakian perjalanan ilmu. Libang libu hati ibu seorang lagi akan keluar sarang, berbaki dua minggu.
Awal tahun kami berbincang mahu sekolah A atau sekolah B. Berbincang dari hati ke hati. Jika sekolah A boleh fokus yang ini, sekolah B fokus yang ini.
Rezekinya di sini. Allah Maha mengabulkan doa. Saat kesedihan diberikan khabar bahagia.










No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin