Saturday, September 7, 2019

Topi menulis

Teks: Masayu Ahmad

Lama tidak bersiaran di sini, lama juga menangguh tugasan demi tugasan lantaran memberi laluan sementara kepada anak anak yang menduduki peperiksaan sepanjang tahun 2019.

Alhamdulillah sedah kembali bertenang, dan bulan ini adalah laluan atau perjalanan akhir AIman untuk UPKK dan juga Arif untuk UPSR.

Berdasarkan perbincangan kami Arif sudah pun jelas untuk memilih sekolah A dan B bagi tingkatan 1 kelak.

Namun dia sudah faham dan tahu bakal yang dilalui kelak. Dan bulan bulan sibuk 10, 11 dan 12 akan sekali lagi kami lalui.

Saringan dan pemilihan sekolah akan bermula dan sekali lagi anak anak akan menduduki peperiksaan saringan bagi sekolah sekolah tertentu.

Semoga Allah permudahkan.

Saya sudah pun memaklumkan Aiman. Kita sudah boleh bermula membuat persiapan untuk 2020 iaitu Aiman pula selepas ini akan menduduki peperiksaan UPSR.

Ruang berkarya.

Ibu, mahu kembali menulis dan menyusun semula jadual yang lama tertangguh. Harapannya masa berbaki ini dapat digunakan sebaiknya. Insya-Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin