Langit sudah terang, kabus kelihatan tandanya kita sekarang
berada dalam musim kemarau. Daun kering banyak yang gugur. Sebelum sampai ke
sekolah kami singgah seperti biasa beli kuih-muih. Kuih masih murah di sini 4
biji seringgit. Aiman donut, Arissa sardin gulung. Sejak Januari sudah lama ibu
tidak menyediakan sarapan. Tidak sebagaimana dulu dulu. Masa seakan sangat
pantas. Hanya petang barulah menyediakan menu sebelum anak anak balik sekolah.
Tahun ini agak kritikal jadual, namun Alhamdulillah masih dipermudahkan.
Hanya
beberapa hari lepas ibu keliru dan mungkin juga terbabas, awal setengah jam dan
tunggu agak lama juga Arif tidak muncul-muncul. Jadinya, Arif pulang berjalan
kaki. Kalau dikira dekat sahaja, tetapi dengan cuaca panas begini memang aduhai
aduhai. Maafkan ibu.
Lalu pagi ini bertanya lagi.
“Arissa balik jam berapa.”
“1.30.”
“Aiman dan Arif?”
“Jam 3.00 dan jam 3.30.”
Walaupun kadangkala kita menjalani rutin yang sama, tetaplah
juga terlepas pandang. Tahun ini agak padat jadual, namun alhamdulillah sebab
ini yang kita mahu maka sentiasa berlapang dada.
Jalan melawan arus, kereta bersusun ke tempat kerja. Muka
kelat, masam, macam macam wajah pagi. Terkenangkan dahulu turun rumah seawal
jam 7 anak anak masih kecil hanya hantar kepada pengasuh. 1 jam perjalanan
pergi dan balik, walhal 30 hingga 40 minit sahaja dari Hulu Langat ke Kota
Damansara. 1 jam untuk menempuh kesesakan jalan
No comments:
Post a Comment