Saturday, May 20, 2017

Ramdhan 2017

Kerisi gemuk diperap semalamam kemudian bakar atau goreng.
Ini menu Ramdhan dan juga sedap masa sahur.
Apa menu mak kalian? Sedap dan teringat ingat.
Sebulan puasa masakan mak paling sedap sup ayam kampung. Dulu mana ada ayam bandar macam sekarang.
Bau sup memang jadi segar, sebab tunggu lama mahu hirup. Tunggu tengahari tidur lepas tu tengok jam bergerak, aduh lama sangat.
Sudah petang pergi kedai runcit Wan Hasan. Beli ais panjang. Dipotong dengan gergaji. Dua puluh sen sahaja. Letak dalam plastik rok rak. Ais ketul bawa balik ikat di pelantar basikal.
Menitis nitis sepanjang jalan. Balik rumah letak dalam bocong.
Istimewanya ayah akan kait kelapa muda.
Lagi istimewa ayah suka letak buah kabung, isi kelapa muda, susu dam sirap, ditambah juga dengan cendol. Memang sedap.
Kami budak budak air kelapa muda dan sup ayam, tambah ayam goreng cukup dah. Kenyang sangat.
Ikan bakar, ikan kembung percik, ikan pari bakar cicah asam, kerabu lawa ini menu biasa orang tepi laut. Gulai ikan tenggiri, biasanya ikan tu perap satu malam, baru esoknya gulai.
Akok, nekbat, sira pisang, pengat pisang ini manisan istimewa Ramadhan.
Hidangan membuatkan kita teringat kenangan lalu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin