Monday, January 18, 2016

Berlari ke kaki langit

Sungguh pantas masa bergerak.
Pagi ini Arissa ayah yang hantarkan.
Bersemangat setiap hari. Tahun lepas kalau setahun hanya setengah tahun sahaja kakak ke sekolah.
Pergi ketika rajin sahaja.
Tahun ini bersemangat. Ibu ulang setiap hari,
"Kakak tahun hadapan sudah naik darjah satu, jadi kakak perlu rajin sedikit."
Berjumpa cikgu Dah ketika membeli sarapan pagi.
"Semangat dia, selalu kalau puji suka bangun dan berada di depan. Arissa memang sungguh-sungguh mahu kejar mengaji dan juga membaca.
Saya senyum sahaja.
Setiap kali balik mesti ibu yang perlu jemput awal. Satu botol minuman sejuk ibu sudah sediakan.
Berlari gembira keluar dari kelas.
Tak sabar mahu jumpa Ammar. Balik ke rumah hanya bermain dan main sahaja. Ibu lupuskan aktiviti belajar, hanya main dan main. Malam sama-sama tidur awal bersama Ammar.
Pagi banyaknya ibu bersama Ammar, selepas sarapan Ammar suka aktiviti depan rumah sambil bertenang keliling laman.
Usai jam 9.30 barulah Ammar tidur. Inilah waktunya ibu menyambung tugasan lain.
Disebabkan hari persekolahan, selepas asar barulah tiga abang sampai ke rumah.
Rehat dan menikmati menu ibu sudah sediakan. Bersambung sesi hafazan malam jam 7.00 hingga 8.30.
10.30 waktu tidur.
Rutin sekarang lebih terurus dan tempoh bertenang-tenang.
Ibu baru memasuki trek penulisan semula selepas urusan keluarga sudah kembali memasuki rutin.
Selalula berdoa.
"Ya Allah ilhamkan aku kerja yang tidak memberlukan aku sibuk dan menyibuk. Ya Allah ilhamkan aku ketenangan yang berterusan dalam urusan keluarga dan rumahtangga.
Ya Allah, jadikan urusan kerja ini membantu sama untuk berada tenang di rumah."
Allah itu maha Pemberi, Maha Pemurah.
Mintalah, kerana kita boleh meminta dan Allah akan berikan.
Sabar dan solat dalam setiap permintaan yang ditangguhkan.
Travelog suri nota motivasi.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin